



Assalamualaikum…
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang ke laman Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing. Saya berharap anda semua mendapat sedikit sebanyak latar belakang tentang sekolah ini.
Dalam mempastikan kecemerlangan bangsa, abad ke 21 pendidikan dan semua institusi memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hasrat dan cita-cita negara merealisasikan wawasan. Justru itu, kita perlu menghayati dan mendasari budaya kecemerlangan dengan menjadikan pengerusan kualiti yang menyeluruh sebagai perkata utama dalam gerak kerja pendidikan.
Dunia pendidikan tidak seharusnya ketinggalan dalam arus pemodenan dan kemajuan teknologi dan informasi kini. Ini adalah perlu untuk memastikan "kualiti pendidikan yang bertaraf dunia" merentas pelbagai benteng displin, ilmu dan budaya akan terserlah sebagai realiti.
Para pendidik pula harus mempu membimbing generasi muda untuk mengharungi segala cabaran dan perubahan. Selaras dengan itu, insan yang akan dilahirkan dapat menyesuaikan diri dengan segala perubahan serta mengekalkan jati diri.
Sekian, terima kasih.
USAHA PASTI JAYA
(Sharifah Zariah bt Syed Kabeer)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing
86807 Mersing, Johor

This page hosted by
Get your own Free Home Page