KURIKULUM MATEMATIK DALAM KBSM : SATU KRITIKAN

Oleh:

Tengku Zawawi b Tengku Zainal

Unit Matematik MPKTBR

 


PENGENALAN

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ) mendukung cita-cita yang murni dan unggul selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penggubalan KBSM bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar berperibadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani. Kurikulum ini adalah berlandaskan perakuan-perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan ( 1979 ) dan merupakan lanjutan dan perkembangan daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ).


KURIKULUM MATEMATIK KBSM

Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara, Matematik KBSM telah dirancang untuk memberikan pelajar suatu pengalaman yang mengandungi:

 ( Nik Azis Nik Pa, 1992 )

Sehubungan dengan itu beberapa aspek tertentu diberikan tumpuan khas dalam sukatan pelajaran Matematik KBSM. Aspek-aspek itu adalah:


Sukatan pelajaran Matematik KBSM adalah bersifat umum dan merupakan satu kontinum daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kandungan sukatan pelajaran ini diolah mengikut tiga bidang yang saling berkait iaitu Nombor, Bentuk dan Perkaitan. Olahan ini dipilih kerana dalam situasi umum seseorang itu memerlukan pengetahuan dan kemahiran berhubung dengan:

Operasi tambah, tolak, darab dan bahagi menjadi asas kepada ketiga-tiga bidang di atas. Aspek sejarah matematik dan tokoh matematik disertakan dalan kurikulum Matematik KBSM untuk menyedarkan pelajar tentang perkembangan dan kepentingan matematik dalam kemajuan tamadun manusia.


MATLAMAT DAN OBJEKTIF MATEMATIK KBSM

Matlamat Matematik KBSM adalah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya seseorang individu dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dengan berkesan dan bertanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik.

 Objektif Matematik KBSM ialah untuk membolehkan pelajar:


PRINSIP - PRINSIP DALAM KBSM

Sebagai langkah ke arah mengatasi kelemahan KLSM, pengubalan KBSM dilaksanakan berpandukan kepada beberapa prinsip seperti berikut :

i.Kesinambungan dari peringkat sekolah

Asas pembelajaran yang dibentuk pada peringkat sekolah rendah dilanjut dan diperluaskan lagi pada peringkat sekolah menengah. Kesinambungan pembelajaran dari peringkat rendah diambil kira untuk memastikan tumpuan, isi kandungan, dan cara belajar dalam KBSM secocok dengan apa yang pernah dialami oleh pelajar dalam KBSR.

ii.Pendidikan umum untuk semua pelajar

Pendidikan KBSM dirancangkan supaya semua pelajar mendapat pendidikan yang umum dan tidak ada sebarang pengkhususan dalam mana - mana bidang tertentu. Pendidikan diperingkat sekolah menengah seharusnya membekalkan para pelajar dengan kemahiran asas yang menyediakan mereka untuk memasuki berbagai bidang pekerjaan dan bukan kemahiran yang khusus untuk sesuatu pekerjaan sahaja. Antara lain, prinsip ini dibentuk berlandaskan perakuan 61 Laporan Kabinet.

iii.Pendidikan seumur hidup

Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan. Pendidikan di peringkat sekolah pula merupakan bahagian awal daripada proses pendidikan. Dengan itu pendidikan KBSM harus menyediakan semua pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang boleh dijadikan blok binaan bagi pendidikan seumur hidup dan sebagai keperluan asas untuk menghadapi cabaran hidup. Seterusnya, pendidikan yang diterima oleh pelajar harus dapat menimbulkan motivasi pelajar untuk terus mencari ilmu walaupun mereka sudah tamat pendidikan formal. Prinsip ini adalah berlandaskan kepada perakuan 62 Laporan Kabinet.

iv.Kesepaduan unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani

Tujuan pendidikan, antara lainnya, adalah untuk memupuk dan membentuk sahsiah yang bersifat seimbang, menyeluruh dan mulia. Sahsiah yang demikian sukar dicapai sekiranya masih ada potensi yang diabaikan atau tidak diperkembangkan dengan secukupnya. Selaras dengan hasrat ini, KBSM digubal bagi mewujudkan kesepaduan antara unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kesepaduan ini akan membolehkan potensi pelajar berkembang dengan seimbang dan menyeluruh. Konsep bersepadu dalam KBSM membawa maksud yang luas, merangkumi aspek gabungjalin, integrasi, penerapan, hubungkait dan kesinambungan. Secara umumnya konsep ini bermaksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, pemupukan nilai, kemahiran bahasa dan perkembangan jasmani dilakukan serentak dan secara menyeluruh tanpa sebarang pemisahan antara aspek - aspek tersebut. Konsep bersepadu mempunyai dimensi seperti berikut :

v.Penggunaan disiplin ilmu yang ada

Disiplin ilmu yang sedia ada digunakan sebagai asas dalam menentukan mata pelajaran dalam KBSM. Namun aspek tambahan seperti pemupukan nilai murni dan pembentukan kemahiran belajar melalui aktiviti penglibatan aktif diterapkan dalam semua mata pelajaran. Seterusnya penghayatan nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan juga menjadi tumpuan dalam pendidikan KBSM.

vi.Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu pengetahuan, bahasa perhubungan utama dan bahasa perpaduan.

Bahasa Malaysia merupakan satu alat dalam usaha mencapai perpaduan negara. Sehubungan itu pendidikan KBSM memberikan tumpuan khas dalam meningkatkan peranan dan penguasaan bahasa Malaysia dalam semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sewajarnya.


KELEBIHAN KBSM

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan Kurikulum Lama Sekolah Menengah.

  1. Menggalakkan penglibatan murid dan aktiviti berpusat kepada murid.
  2. Bahan dan proses pengajaran- pembelajaran dirancang mengikut umur, kebolehan, minat dan persekitaran
  3. Memberi perhatian kepada perbezaan individu.
  4. Program pemulihan disediakan untuk kumpulan murid yang lemah dan aktiviti pengayaan untuk kumpulan murid yang cergas.
  5. Pendekatan integrasi membolehkan beberapa kemahiran / tajuk dapat dikuasai serentak.
  6. Penggabungjalinan dengan subjek Bahasa dan subjek-subjek lain.
  7. Proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti mementingkan cara kumpulan dan individu. Beberapa kaedah pembelajaran seperti " Pembelajaran Koperatif " dilaksanakan.
  8. Penggunaan buku teks dikurangkan, tetapi rujukan dan sumber pengajaran dan pembelajaran ( SPP ) dipelbagaikan.
  9. Penerapan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat sebanyak 18 nilai-nilai murni dalam KBSM ( Mok Soon Sang, 1993


BEBERAPA KELEMAHAN DALAM SUKATAN MATEMATIK KBSM

Terdapat beberapa aspek di dalam sukatan Matematik KBSM yang perlu diberi perhatian:

1.Terdapat tajuk-tajuk yang tidak berada dalam urutan yang sesuai. Contohnya

-nombor negatif lebih sesuai diajar selepas nombor bulat ( Ting 1)

-kuasadua perlu dikaitkan dengan teorem Pythagoras ( Ting. 2 )

-lokus perlu diajar sebaik saja selesai tajuk pembinaan geometri kerana ianya amat saling berkaitan ( Ting. 2 ).

-Bearing amat sesuai diajar selepas Trigonometri atau Garis Lurus, supaya penguasaan tajuk Trigonometri dapat dipertingkatkan ( Ting. 4 ).

-Tajuk Ubahan agak mudah dan sepatutnya boleh diajar sebagai tajuk pertama ( Ting. 5 ).

2.Bilangan tajuk dalam huraian sukatan pelajaran bagi sesuatu tahun agak padat, terutama Tingkatan 2. Beberapa tajuk boleh dipindak ke Tingkatan 1 atau 3.

3.Terdapat tajuk yang agak sukar, seperti Kebarangkalian ( Ting. 5 ). Tajuk ini perlu dikurangkan kemahirannya. Begitu juga tajuk Bumi Sebagai Sfera.

4.Penggunaan Kalkulator masih tidak dibenarkan. Sekurang-kurangnya kalkulator biasa sudah boleh digunakan bermula dari Tingkatan 4. Pelajar-pelajar boleh didedahkan dengan soalan beraras tinggi dengan bantuan kalkulator. Secara amnya fungsi kalkulator boleh disimpulkan seperti berikut ;

5.KBSM tidak mengandungi aspek penilaian.Seperti mana yang diketahui bahawa penilaian adalah penting untuk memastikan sesuatu kurikulum sentiasa mengalami proses pembaikan dan pemurnian

Kurikulum di beberapa buah negara luar, seperti New Zealand, Scotland dan Britain telah memasukkan unsur penilaian dalam kurikulum mereka ( Junaidah Le’at, 1993)


CADANGAN

  1. Guru perlu diberi seberapa banyak latihan dalam perkhidmatan serta pendedahan tentang KBSM. Pendapat, ide guru untuk memperbaiki keadaan hendaklah diambil kira. Para guru juga seharusnya berusaha mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta memperbaiki diri agar terbentuk peribadi guru yang unggul.
  2. Jangan jadikan keputusan peperiksaan matlamat utama KBSM. Penilaian prestasi untuk kenaikan gaji atau kenaikan pangkat hendaklah memberi penekanan matematik KBSM dalam atau di luar kelas.
  3. Saiz kelas hendaklah kecil iaitu 25 - 30 orang pelajar sahaja.
  4. Prasarana kelas hendaklah memuaskan. Keadaan kelas hendaklah selesa. Cukup lampu dan kipas serta kerusi meja yang selesa. Perpustakaan juga perlu lengkap dengan buku-buku yang diperlukan dalam KBSM ( Faridah Abu Hasan, 1996 )
  5. Sekolah perlu menyediakan peralatan dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan mencukupi. Pengetua mestilah mengamalkan corak kepimpinan demokratik terpimpin dengan memberi penekanan kepada ‘empowerment’ dan team work serta amalan budaya cemerlang ( Faridah Abu Hassan, 1996).
  6. Sukatan pelajaran hendaklah dikurangkan isi kandungan tajuk-tajuknya. Tajuk - tajuk seperti ; Bumi sebagai sfera dan beberapa tajuk ulangan dari KBSR boleh diketepikan.
  7. Kurangkan beban pengkeranian yang terpaksa dilakukan oleh guru.
  8. Buku teks perlu diubahsuai supaya isi kandungannya lebih menepati sukatan pelajaran dan ianya lebih menarik untuk dapat memotivasikan pelajar-pelajar memahaminya dengan mudah. Soalan-soalan yang terkandung mestilah mencabar dan membantu meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
  9. KBSM akan dapat dilaksanakan dengan jayanya jika persediaan institusi perguruan mencukupi dan perkara-perkara yang disediakan itu pula sesuai digunakan bagi menjayakan program KBSM ( Nor Hayati Abd. Rashid, 1996). Para pensyarah di universiti dan maktab-maktab perguruan mestilah terdiri daripada orang yang benar-benar arif dan komited dengan idea KBSM.


PENUTUP

KBSM mempunyai potensi untuk melahirkan insan yang harmoni dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Beberapa kekurangan akan dapat diatasi melalui proses pemuafakatan dan pemurnian dari masa kesemasa. Setiap orang guru seharusnya bersedia menunjukkan komitmen yang tinggi dan bersedia melakukan perubahan, InsyaAllah segalanya akan berjaya.


BIBLIOGRAFI

Abd. Ghani Shamsuddin (1983). Peranan Guru Muslim. Risalah ABIM, 1-10.

Abdullah Md. Noor (1996). Perlaksanaan KBSM Dalam Mata Pelajaran Matematik Di Sekolah. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM;IAB.

Amir Hamzah (1996). Ringkasan Laporan Kajian Penilaian KBSM Fasa II. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB.

Faridah Abu Hassan (1996). Penilaian Perlaksanaan KBSM Peringkat Menengah. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB

Junaidah Le’at (1993) . Penilaian Dalam Perkembangan Kurikulum. Jurnal Pendidikan Maktab Perguruan Sarawak, Edisi 3, 60 - 78.

Mok Soon Sang (1993). Penyuburan dan Perkaedahan Matematik. Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman.

Nik Azis Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: DBP

Nik Faezah Mustaffa (1996). Perlaksanaan Program KBSM Dalam Bilik Darjah. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB

Nor Hayati Abd. Rashid (1996). Laporan Eksekutif Kajian Penilaian Program Latihan Perguruan . Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. IAB