APAKAH PARADIGMA DALAM KBSM
Oleh:
Tengku Zawawi b Tengku Zainal
Unit Matematik MPKTBR
TAKRIF
Paradigma ialah lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi ) pada suatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman ,pengetahuan, kemahiran dan kesedaran yang ada.( Kamus Dewan, 1993 )
Anjakan Paradigma ialah peralihan paradigma daripada satu lingkungan atau batasan kepada sesuatu yang baru., biasanya yang lebih baik ( Kamus Dewan, 1993 )
KBSM adalah akronim bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.
PARADIGMA KURIKULUM
Melalui paradigma pendidikan kita akan memperolehi logik-logik dalaman yang lebih tersusun . Sebagai contoh, dalam tahun 1916 , Dewey mengesyorkan paradigma kurikulum yang menggunakan logik penyelesaian masalah sebagai logik dalaman. Logik ini terdiri daripada komponen berikut:-
Metafora yang digunakan oleh Dewey dalam membina Dewey School (1896-1904) adalah tumbesaran , di mana pelajar didedahkan kepada pelbagai rangsangan yang relevans untuk menghasilkan pengalaman utama yang membolehkan mereka mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang timbul.
Dalam Eight Year Study ( 1933-1941 ) paradigma yang sama digunakan oleh Jawatankuasa penilai untuk menilaikan kurikulum di amerika syarikat. Empat komponen kegiatan digariskan dalam paradigma ini, iaitu :
Hilda Taba ( 1945 ) juga menggunakan logik penyelesaian masalah sebagai paradigma kurikulumnya dan menetapkan komponen kurikulum terdiri daripada :
Kedua-dua paradigma di atas masih dianggap longgar dari aspek keseragaman logik , oleh itu satu paradigma yang lebih diterima secara meluas adalah paradigma yang dicadangkan oleh R.W.Tyler (1949) . Paradigma ini merujuk kepada metafora pengeluaran yang bersandar kepada logik penyelesaian masalah dengan analisis rasional kepada empat persoalan pokok:
Paradigma kurikulum Jawatankuasa Eight Year Study(1993-1941), Hida Taba(1945) dan Tyler(1949), semuanya menggariskan gerakan gerakan logik secara linear: Tujuan pendidikan ditentukan, cara mencapai tujuan diusahakan dan akhirnya tercapai tidaknya tujuan tersebut dipastikan. Paradigma Dewey (1916) pula mengariskan gerakan logik saling berkait antara kompenon kurikulum : Tujuan pendidikan dan cara mencapai tujuan bercantum untuk membentuk kesatuan yang di pancarkan oleh situasi pendidikan secara terus. Logik linear pula memisahkan cara daripada matlamat. Deway berkata bahawa pemisahan cara daripada matlamat akan membuka jalan kepada pengaruh luar situasi pendidikan untuk menceroboh kedalam situasi tersebut. Ini mendedah kan kurikulum dan sekolah kepada anasir luar yang tidak mempunyai kepentingan pendidikan. Perkara seperti ini tidak akan berlaku di bawah pengaruh logik saling berkait paradigma Dewey.
Kesimpulan, paradigma kurikulum pada kurun ini menunjukkan bahawa:
(a)Logik dalaman kurikulum adalah berbentuk logik linear dalam proses penyelesaian masalah yang bersifat rasional
(b)Logik linear tersebut menetapkan bahawa komponen kurikulum terdiri daripada tujuan pendidikan serta penilaian pencapaian tujuan tersebut.
(c)Anasir yang tidak berkepentingan pendidikan yang berada di luar situasi pendidikan mengalirkan kurikulum.
PARADIGMA DAN KEBENARAN
Dari segi nilai (Kebenaran) , paradigma diklasifikasikan kepada:
(Nik Aziz Nik Pa, 1992)
Ciri-ciri Kurikulum yang memiliki paradigma Tauhid? Rabbani:
(Muhammad Hamid , 1990)
BEBERAPA PERKARA PERLU DIFIKIRKAN
1.Istilah `Rohani’
(Mohd Idris Jauzi, 1991)
2.Fungsi manusia sebagai insan
( Mohd Idris Jauzi, 1991)
3.Matlamat pendidikan Sains
" Melahirkan insan yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk membentuk masyarakat berbudaya sainsdan teknologi, ikram, dinamik dan progresif supaya lebih bertanggungjawab terhadap ‘alam sekekliling dan mengagumi ciptaan ‘alam "
(Tajul Arifin Nordin, 1990)
4.Keterbatasan Kaedah Saintifik
5.Konsep `Alam Semulajadi’
( Tajul Arifin Noordin, 1990 )
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya paradigma kurikulum menunjukkan bahawa ada dua jalan logik yang boleh ditempuh untuk dijadikan dasar logik dalaman kurikulum, Pertama, dengan berpandukan metafora tumbesaran, kurikulum boleh memakai metafora saling kaitan penyelesaian masalah; dan kedua, dengan berpandukan logik pengeluaran, kurikulum boleh memakai logik linear rasional penyelesaian masalah. Walau apa pun bentuk logiknya, komponen kurikulum membayangkan tujuan, cara mencapai tujuan dan penilaian pencapaian tujuan.
Dari segi kebenaran dan matlamat untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang, kurikulum KBSM masih memerlukan satu penafsiran yang lebih jelas dan perlaksanaan yang benar-benar bertunjangkan `Aqidah Islamiyah’.
BIBLIOGRAFI
Ee Ah Meng. ( 1995 ). Pendidikan Sebagai Suatu Proses. Fajar Bakti : Shah Alam
PPK ( 1990 ). Huraian Sukatan Pelajaran : Matematik. DBP : Kuala Lumpur.
PPK (1990 ). Huraian Sukatan Pelajaran : Fizik. DBP : Kuala Lumpur.
PPK ( 1990 ). Huraian Sukatan Pelajaran : Kimia. DBP : Kuala Lumpur.
PPK ( 1990 ). Huraian Sukatan Pelajaran : Sains. DBP : Kuala Lumpur.
Mohd. Daud Hamzah. (1991). Penerokaan Teori Kurikulum. DBP : Kuala Lumpur.
Mohd Idris Jauzi ( 1991 ). Konsep Insan dan Implikasi Kepada Pendidikan. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise
Muhamad Hamid Al -Afendi ( 1990 ). Kurikulum dan Pendidikan Guru ( Terjemahan ) Kuala Lumpur : DBP
Nik Aziz Nik Pa ( 1992 ). Agenda Tindakan : Penghayatan Matematik KBSM dan KBSR. Kuala Lumpur : DBP
Tajuk Ariffin Noordin. ( 1990 ). Pendidikan : Suatu Pemikiran Semula. DBP : Kuala Lumpur