Uji Kepintaran Anda
Uji Kepintaran Anda
Tarikh Bersara
Umur bersara pekerja sebuah syarikat ialah 55 tahun. Seorang pekerja di syarikat itu berumur 42 tahun 8 bulan pada 1 Januari 1997. Nyatakan tarikh pekerja itu akan bersara.
Jawapan
Wayar
Seng ada 50 m wayar. Dia menggunakan 15.6 m wayar itu dan bakinya dijual kepada Kamal dengan harga 25 sen semeter. Berapakah Kamal bayar untuk wayar itu?
Jawapan
Kucing Menangkap Tikus
Tiga ekor kucing boleh menangkap tiga ekor tikus dalam masa tiga minit. Berapa minitkah masa yang diambil oleh 100 ekor kucing untuk menangkap 100 ekor tikus?
Jawapan
Lompat Katak Lompat
Seekor katak telah terjatuh dalam sebuah perigi yang dalamnya 10
meter. Berapa lamakah masa yang diambil untuk katak tersebut naik ke
atas sekiranya untuk satu lompatan katak jaraknya 3 meter dan setiap
kali melompat ia tergelincir 2 meter dan masa yang diambil bagi setiap
lompatan adalah 1 saat.
(oleh Habid)
Jawapan
Tiga Naskah Buku
Di atas sebuah meja tersusun tiga naskah buku. Setiap buku itu mengandungi 103 muka surat. Ada berapakah muka surat di antara buku yang pertama dan buku yang ketiga.
Jawapan
Ratu Cantik
Dalam satu pertandingan 'Ratu Cantik' , seorang pemberita bertanya mengenai umur seorang peserta itu. Peserta itu menjawab; '4 kali ganda umur saya dua tahun yang akan datang tolak 4 kali ganda umur saya dua tahun dulu, itulah umur saya sekarang'. Tahukah anda berapah umurnya ?
Jawapan
Berapa Ekor Ikan?
Sebuah aquarium telah dimasukkan sebaldi ekor ikan emas. Sejam kemudian 10 ekor ikan emas telah mati, iaitu 10 ekor daripada jumlahnya. Berapa ekor ikankah yang masih tinggal dalam aquarium itu ?
Jawapan
Jarum Panjang Dan Jarum Pendek
Jam dinding menunjukkan waktu pukul 12 tengah hari di mana jarum panjang sedang bertindih dengan jarum pendek. Dari waktu ini hingga ke-12 tengah malam, berapa kalikah jarum panjang akan bertindih dengan jarum pendek itu?
Jawapan
Aziz dengan sarung kakinya
Aziz mempunyai 38 helai sarung kaki yang telah disimpan dalam sebuah bilik yang sangat gelap. 18 di antaranya adalah berwarna hijau dan yang lain warna biru. Pada suatu hari, Aziz ingin mengeluarkan sepasang sarung kaki dari bilik itu tanpa memasangkan lampu bilik. Dia perlu mengeluarkan sekurang-kurang berapakah sarung kaki supaya dia mendapat sepasang yang sama warnanya?
Jawapan
Tali Dan Air
Seorang pelayar menurunkan satu hujung daripada segelung tali dari tepi kapalnya. Hujung tali itu tidak menyentuh air. Jarak di anata hujung tali itu dengan permukaan air ialah satu perempat meter. Air laut di pelabuhan itu semakin meningkat pada kadar 1 meter per minit. dalam masa berapa minitkah air laut akan menyentuh hujung tali itu.
Jawapan
Siapa Orang Itu ??
Dua orang sedang berjalan bersama-sama. Seorang darinya ialah dewasa dan seorang lagi kanak-kanak. Kanak-kanak itu adalah anak bagi orang dewasa itu tetapi orang dewasa itu bukan bapanya. Siapakah orang dewasa itu ?
Jawapan
Apakah nombor itu ??
Seorang guru memberikan suatu nombor kepada murid-muridnya. Murid-murid itu dikehendaki kuasa duakan nombor itu kemudian mengurangkan 39 darinya. Seorang murid yang tidak memberi perhatian pula mencari punca kuasa dua nombor itu kemudian menambah 39 kepadanya. Walau bagaimanapun, ia mendapat jawapan yang sama seperti murid-murid yang lain. Apakah nombor yang diberi oleh guru itu?
Jawapan>
Itik dan arnab
Dalam sebuah sangkar terdapat 44 ekor haiwan yang terdiri daripada arnab dan itik. Jumlah kaki yang terdapat pada haiwan di situ ialah 100 batang. Ada berapa ekorkah itik dan arnab dalam sangkar itu ?
Jawapan
Umur kura-kura
Seekor kera bertanya mengenai umur kura-kura yang dinaikinya. Kura-kura itu berkata "Semasa saya berumur 8 tahun, bapa saya berumur 34 tahun. Sekarang umur bapa saya 3 kali umur saya". Kera itu pun menggarukan kepalanya. Bolehkah anda menolongnya mencari umur kura-kura itu ?
Jawapan
Selamat mencuba pengunjung ke
.Sudut ini akan diperbaharui setiap hujung minggu. Sekiranya anda ingin meyemak jawapan anda sama ada betul atau salah. Sila email saya leander@tm.net.my
pasang/tutup
Laman Guru & Pelajar