Latar Belakang Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar ditubuhkan pada 1 Disember 1989. Ketika itu sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas selama setahun. Guru yang ditugaskan mengajar ketika itu seramai 18 orang termasuk Pemangku Pengetua, iaitu Tuan Haji Saad bin Aliff. Kakitangan bukan guru pula terdiri daripada tiga orang iaitu seorang kerani dan dua orang pekerja am. Bilangan Bilangan pelajar pada tahun pertama itu seramai 240 orang yang terdiri daripada tujuh kelas pelajar tingkatan 1 dan 2 kelas pelajar Peralihan (Pelajar Melayu berjumlah 76.53 %, pelajar Cina berjumlah 22.2 % dan pelajar India pula 1.25 %) Bangunan baru sekolah ini yang bertempat di Telok Kumbar siap dibina pada 3 Disember 1990. Sejak dari itu, semua pelajar telah dipindahkan ke bangunan baru ini. Kos pembinaan sekolah ini lebih kurang RM 2.6 juta dibiayai oleh Kementerian Pendidikan. Bangunan sekolah yang baru ini terdiri daripada tiga buah bangunan iaitu dua buah bangunan 3 tingkat dan sebuah bangunan 4 tingkat. Bangunan-banguan ini mengandungi 3 buah makmal sains, sebuah bilik seni, bilik pengetua, pejabat, bilik sumber, kantin, tandas, bengkel Kemahiran Hidup, bilik Ekonomi Rumah Tangga, bilik Kaunseling dan sebuah surau. Sekolah ini juga telah dilengkapka dengan sebuah padang permainan yang luas. Jumlah pelajar yang telah meningkat dari tahun ke setahun, dan hingga kini ada 1500 orang pelajar, kesemuanya dalam dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang. Kebanyakan sekolah ini datang dari keluarga kaum nelayan, pekerja kilang dan penjaja. Sekolah ini telah melaksanakan hampir semua projek yang telah dirancangkan seperti membina gelanggang sepak takraw, bola jaring, kedai koperasi, tapak Sains Pertanian, rumah guru dan juga Asrama Desa. Sekolah ini juga telah menjadi tempat bermesyuarat semua pengetua dan guru besar di daerah Barat Daya, tuan rumah untuk pertandingan bola jaring dan pertandingan Forum Remaja. Setakat ini Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kumbar telah berjaya dalam kegiatan ko-kurikulum hingga ke peringkat negeri. |