
BERSAMA
DR. ZORAINI WATI ABAS
Fakulti Pendidikan Universiti
Malaya

Home ||| Next

koleksikoleksikoleksikoleksikoleksi


Komputer
Tanpa Internet Ibarat Lagu Tanpa Irama
Tiga tahun lalu, sekiranya saya bertanya, " Adakah anda tahu
tentang Internet?" Pastinya ramai akan menjawab, " tidak"! Kini keadaan
sudah berubah. Tanyalah sesiapapun. Orang di kampung pun sudahpun mendengar tentang
Internet, apalagi warga kota. Pelajar di universiti semuanya juga sudah mendengar dan
membaca tentang Internet. Cuma mungkin, belum ramai yang merasai atau berpengalaman
menggunakannya.
Mengikut anggapan, lebih daripada 100 ribu orang di Malaysia sudah
menggunakan Internet.Berbeza dengan satu tahun yang lalu, di mana cuma 10 ribu
menggunakannya. Hebat bukan?
Media massa, tidak kira radio, tv atau akhbar sering meliputi berita
tentang Internet. Berpuluh-puluh agensi Kerajaan Malaysia mencipta halaman untuk tontonan
50 juta pengguna Internet dari seluruh dunia. Hampir 100 buah sekolah di seluruh sekolah
sudah mencipta halaman web mereka sendiri. Lebih hebat lagi, beratus rakyat Malaysia
telahpun mempunyai halaman web mereka sendiri.
Kalau kita lihat komputer pula, kita akan lihat komputer yang diiklankan
dilengkapkan peralatan Internet ataupun " Internet Ready" menarik. Tidak lama
dahulu, ramai sibuk-sibuk menyatakan Internet ini dipenuhi maksiat. Oleh itu, rakyat
Malaysia tidak patut dibenarkan menggunakannya. Mujurlah, orang lebih tahu telah
bermati-matian menunjukkan kelebihannya yang terdapat pada Internet. Bahan maksiat wujud
dalam pelbagai cara. Kalau tidak ada Internet pun bahan-bahan ini mudah diperolehi secara
senyap-senyap.
Kini, pengguna Internet di Malaysia sudah tidak menjadi isu. Malah pihak
kerajaan ingin meluaskan lagi penggunaaan Internet ini. Ramai dari menteri kita telah
melancarkan tapak web agensi ataupun swasta.
Sekolah kerajaan juga telah dimasukkan akses ke Internet. Kementerian
Pendidikan telah memilih lima puluh buah sekolah dari seluruh Malaysia untuk dimasukan
dibawah projek Jariangan Pendidkan. Hampir semua sekolah ini sudahpun dilengkapi
perkakasan untuk membolehkan akses ke Internet. Projek ini diselaraskan oleh unit komputer
dalam Pendidikan yang terletak dibawah Pusat Perkembangan kurikulam, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Empat buah sekolah lain dari seluruh Malaysia juga telah dilengkapi
makmal komputer dan rangkaian munysi yang memberi akses ke Internet. Sekolah-sekolah ini
terletak dibawah pengawasan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kini, saya ternanti-nanti untuk melihat perkembangan selanjutnya di
sekolah-sekolah tersebut. Yang pasti sekiranya aktiviti Internet boleh dijalankan dengan
berkesan, murid akan untung.
Mungkin ada yang tertanya-tanya "bagaimana ?" sebenarnya ,
saya telah ditanya beberapa kali soalan ini. Yang bertanya itu tidak dapat membayangkan
bagaimana guru akan menggunakannya Internet untuk memanfaatkan pembelajaran. Yang bertanya
itu biasanya orang yang sudahpun menggunakan Internet dirumah atau dipejabat untuk tujuan
pemasaran. Mereka tidak percaya Internet boleh digunakan di dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran.
Kalau saya katakan, pengalaman awal saya dengan Internet ialah apabila
saya melihat beberapa guru di di sebuah Persidangan di Orlando, Florida mempamerkan projek
mereka yang berasaskan Internet, percaya atau tidak?
Pada waktu itu ( jun 1993 ), saya juga telah membentangkan sebuah kertas
kerja di persidangan yang sama tetapi saya dapati kertas kerja guru sekolah yang
menceritakan tentang pengalaman mereka menggunakan Internet dalam bilik darjah sungguh
menakjubkan pada masa itu.
Saya pada masa itu, tidak tahu apa itu Internet apatah lagi apa yang
terkandung di dalamnya, cuba memahami apa yang berlaku. Yang saya pasti, ramai guru
sekolah di Amerika Syarikat mempunyai mel elektronik. Saya rasa saya seorang sahaja yang
yang tidak ada mel elektronik. Saya terasa amat segan seolah-olah saya ketinggalan zaman!
Lantas sebaik sahaja saya pulang ke tanah air, saya melanggan Internet
di Unversiti. Oleh kerana susahnya hendak ke bilik komputer setiap kali saya perlu
menggunakan mel elektronik di kampus, saya melanggan terus dengan MIMOS (akaun jaringan)
supaya dapat menggunakan Internet dari rumah. Itu pengalaman awal saya.
Kini, saya sudah banyak menulis tentang Internet. Saya juga telah
berpuluh kali memberi ceramah tentang Internet, baik kepada guru sekolah, pelajar
universiti, pensyarah maktab dan kumpulan lain seperti polis, ahli perniagaan dan
masyarakat umum.
Saya juga telah beratus-ratus jam menggunakan Internet. Kalau saya tidak
membuka mel elektronik saya dalam sehari, saya rasa saya kurang sesuatu dan yang lebih
aneh, walaupun maklumat tersangat banyak di dalam Internet itu, saya tidak puas-puas
mencari. Kini, fokus saya ialah terhadap bagaimana Internet boleh digunakan di sekolah
supaya dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid. Bagaimana? Nantilah saya ceritakan.
Buat masa ini, cukuplah kalau pembaca mempercayai saya, bahawa, komputer
tanpa Internet ibarat lagu tanpa irama !
Megabait. 10 Oktober 1996.
ke rencana 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || Index

Internet
- sumber ilmu pengajaran/pembelajaran
Internet telah menarik perhatian ramai. Ramai pemilik komputer di negara
ini tidak lagi memikir dua kali untuk mendapatkan aseks ke Internet di rumah.Lebih
daripada 100,000 orang penduduk di Malaysia telahpun menggunakan Internet untuk pelbagai
perkara. Ramai lagi yang akan menggunakannya.
Lima tahun lalu, hampir tiada guru di Malaysia mengetahui apa itu
Internet apa lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru yang mempunyai akses ke
Internet sudah mencapai angka ratusan. Dalam beberapa tahun lagi, angka ini akan meningkat
ke paras ribuan! Lebih-lebih lagi apabila bahan tempatan yang sesuai untuk di gunakan oleh
guru-guru Malaysia dihasilkan. Saya dengar terdapat beberapa usaha ke arah ini.
Apakah yang boleh di buat oleh guru dalam Internet? Perkembangan
Internet di negara maju amat jauh ke hadapan berbanding dengan negara kita. Tetapi ini
tidak bermakna kita lupakan saja untuk mengejar mereka.
Internet telah digunakan sebagai punca untuk mendapatkan pelbagai sumber
pengajaran dan pembelajaran. Ia amat sesuai sebagai sebuah saluran komunikasi dengan guru
lain.
Projek yang telah atau boleh dijalankan guru berasaskan Internet juga
boleh di dapati di dalam Internet. Antara beberapa tapak web yang mempunyai cadangan
tersebut ialah:
Academy One ( http://www.nptn.org.cyber.serv/AOneP/academyone/project-index.html
)
Global School Net Foundation ( http://www.gsn.org )
IECC Projects ( http://www.stolaf.edu/network/lecc/
)
Begitu juga dengan rancangan pengajaran yang disediakan dengan
guru untuk dikongsi bersama dengan guru lain melalui Internet. Cuba akses ke tapak web
untuk mendapatkan rancangan pengajaran ini.
The Lesson Plan Page ( http://www.coe.missouri.edu/~kyle/edu.html
)
Teachnet. Com Lesson Ideas ( http://www.teachnet.com/lesson.html )
Ramai guru gemar menggunakan Internet bersama pelajar mereka. Mereka
dapati pelajar mereka biasanya lebih berminat dan menumpukan perhatian kepada apa yang
dipelajari. Mereka lebih bersedia untuk belajar dan ini akan meningkatkan potensi belajar
seseorang pelajar.
Projek berasaskan Internet perlu diintegrasikan ke dalam pelajaran yang
biasa diajar didalam kelas.
Kenalpasti terlebih dahulu objek yang perlu dicapai di dalam kelas.
Kemudian fikirkan cara Internet boleh digunakan dengan berkesan. Lantas, cari bahan yang
sesuai dan rancangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan serta menjayakan
projek tersebut.
Sesetengah aktiviti Internet cuma memerlukan sebuah dua komputer di
dalam bilik darjah. Manakala yang lainnya memerlukan setiap pelajar duduk di depan
komputer semasa berinteraksi dengan bahan dari Internet.
Dalam salah sebuah projek yang baru selesai dijalankan di tujuh buah
sekolah di seluruh Malaysia, pelajar menggunakan MY English Page ( http://www.mmserve.com/educ ) untuk akses ke
bahan-bahan pembelajaran dan sumber untuk pembelajaran Bahasa Inggeris pada tahap menengah
rendah.
Dua atau tiga pelajar didudukkan berhadapan komputer. Guru akan memberi
arahan untuk menggunakan sesuatu bahan yang telah dikenalpasti terlebih dahulu, pelajar
kemudian akan menghabiskan masa melayani bahan tersebut mengikut tugas yang diberi oleh
guru.
Saya dapati kebanyakan pelajar amat seronok belajar cara ini. Mereka
menganggap bahan di dalam Internet yang telah dikenal pasti lebih menarik daripada buku
mereka. Juga, mereka gemar menyelesaikan word puzzle yang telah dicari terlebih dahulu
untuk pelajar.
Pelajar merasa hampa apabila aktiviti Internet ini dihentikan seketika
memandang kan peperiksaan akan berlangsung dalam seminggu dua.
Projek ini dijalankan sebagai sebahagian dari projek penyelidikan oleh
Fakulti jelas membuktikan kemampuan Internet dalam menggalakkan pembelajaran.
Mengikut guru-guru yang terlibat di ketujuh-tujuh buah sekolah, tapak
web MY English Page yang telah disediakan khusus untuk pelajar sekolah Malaysia akan terus
digunakan pada tahun hadapan kerana keberkesanannya dalam menimbul kan atau meningkatkan
minat murid di dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Sementara itu, tapak web tersebut akan
dipertingkatkan nilainya dalam sebulan dua ini.
Mungkin ada juga projek-projek lain yang berasaskan Internet dijalankan
di sekolah sekolah lain.Jika ada, teringin juga saya untuk mengambil tahu.
Megabait. 24 Oktober 1996.
ke rencana 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || Index

Kursus
Universiti dalam Internet
Sekiranya anda biasa melayari INTERNET, tentu anda pernah terjumpa
dengan kursus-kursus universiti di dalam Internet.Kalau dua tiga tahun lalu, bilangannya
sedikit, kini, masuk saja ke tapak web World Lecture Hall (http://www.utexas.edu/world/lecture ) dan
anda akan melihat beratus dan bermacam kursus dari universiti di Britain,Australia dan
amerika.
Antara kursus dalam senarai di World Lecture Hall termasuklah dari
bidang perakaunan, pengiklanan, pertanian, biokimia, sains komputar, pendidikan, ekonomi,
geografi, bahasa, perpustakaan dan sains maklumat, farmasi, falsafah, fizik, statistik,
teater, zoologi dan lain-lain.
Hebat ! Saya tertarik kepada senarai kursus dalam bidang pendidikan (http://www.utexas.edu/world/lecture/edu/)
Antara kursus-kursus tersebut ialah:Child Growth and Development, Connition, Human,
Learningand, Motivation, Computer in the classroom. Distange Education.Theory and
practice, Education, sosial Issues, Interactive Multimedia Design and Production, Internet
for teachers, Teaching Technigues for Adult Learning dan banyak lagi .Antara univeraiti
yang menawarkan kursus tersebut ialah Wellington Polytechnic. New Zealand Indiana
Universiti, South Bend, Arizona State Universiti, Illinois State Universiti dan Universiti
of Texas at Austin.
Dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Komputer (http://www.utexas.edu/world/lecture/ece
) pula, terdapat kursus-kursus seperti Consumer Electronics Desing, Digital Logic Design,
Intriduccation to Electronics, Telecommunications Networks dan VLSI Achitectures for High
Perfomance Computing, juga dari pelbagai universiti.
Tidak lama dahulu disalah-sangkakan sebagai saluran yang memanfaatkan
mereka yang berakhlak negetif dan bermoral rendah .Tidak dinafikan bahan negetif boleh
didapati melalui Internet. Akan tetapi, Internet lebih banyak digunakan untuk
perkara-perkara positif terutama bagi mendapatkan pendidikan dan pengetahuan .
Tujuan kursus universiti diletakkan ke dalam Internet untuk memudahkan
pelajar mendapat akses ke dalam utala seperti nota dan bahan sampingan seperti rujukan dan
contoh peperiksaan pada bila-bila masa. Juga,pelajar tidak perlu datang ke kelas setiap
minggu.Mungkin dua tiga kali sahaja.
Bagi kebanyakan kursus,pensyarah telah menetepkan tugasan atau bacaan
yang patut di buat bagi setiap minggu. Tambahan,pensyarah juga dapat mewujudkan kumpulkan
diskusi elektronik yang perlu disertai setiap pelajar kursus. Juga, pelajar boleh
menghantar mel elektronik kepada pensyarah bila-bila masa.
Begitu juga dengan tugasan, yang mana boleh, dihantar saja melalui mel
elektronik. Ini jelas memanfaatkan pelajar yang tinggal jauh atau susah hendak datang ke
kampus.
Apakah anda akan suka belajar secara elektronik? Bagi pihak universiti
yang menawarkan kursus pula, cara elektronik ini akan membolehkan kursus boleh di tawarkan
kepada semua pelajar. Mungkin ada juga pelajar yang ingin mengambil kursus tetapi tidak
dapat kerana kelas sudah penuh ataupun kelas tersebut diadakan pada masa yang tidak
sesuai.
Mungkin anda tentunya, sekiranya kursus ini terdapat di dalam Internet,
tentu semua orang boleh melihat kursus ini tidak kira siapa atau dari mana.
Tidakkah ini mendatangkan masalah ? Internet berupa saluran dari mana
segala bahan yang terletak di dalamnya dikongsi bersama, walau bagaimanapun,kita harus
menepati undang-undang intellectual property di mana kita tidak boleh mencuri atau memakai
bahan orang lain tanpa kebenaran. Juga sekiranya anda tidak mendaftar sebagai pelajar di
universiti yang menawarkan kursus itu, anda tidak akan mendapat manfaat dari kursus
tersebut selain melihat atau mendapat pengetahuan dari bahan yang disediakan.
Bagaimana kalau kursus ini cuma boleh diakses sekiranya pelajar itu
berdaftar? Ini, memang boleh dibuat dengan menggunakan kata laluan atau password. Juga
setiap universiti boleh mengadakan Internetnya sendiri di mana segala bahan yang terletak
di dalam servernya cuma boleh diakses oleh warga kampus dan tidak oleh warga siber.
Tidak lama lagi, kursus universiti tempatan wujud di dalam Internet.
Pelajar akan dapat melihat nota, bahan rujukan, tugasan atau lain-lain yang berkaitan
dengan kursus tersebut. Saya juga pasti, kursus yang di tawarkan melalui jarak jauh akan
mula muncul di dalam Internet.
Melalui Internet,pengadaran bahan kursus lebih mudah dan apa-apa
pengumuman dan pembetulan senangdan cepat dibuat. Begitu juga, peningkatan kualiti bahan
lebih mudah dan murah di buat sekiranya Internet menjadi saluran bahan disampaikan.
Anda bagaimana ? Sudahkah anda menggunakan Internet? Internet akan
berkembang dengan lebih meluas lagi. Setakat ini,lebih daripada 50 juta penduduk di
seluruh dunia telah menggunakan Internet Juga terdapat lebih daripada 52 juta dokumen
dalam tapak-tapak web di serata dunia.
Megabait, 27 Mac 1997
ke rencana 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || Index

Masalah
mendapatkan kemudahan komputer di sekolah
Isu amat kurangnya peratus masyarakat Melayu membudayakan komputer tidak
akan selesai dalam sekelip mata. Ada yang mencadangkan supaya sekolah memainkan peranan
dalam memperkenalkan komputer kepada pelajar-pelajar mereka.
Ada dua cara sekolah dapat menyediakan komputer untuk pelajar dan guru
sekolah. Pertama ialah dengan menuggu pihak Kementerian Pendidukan untuk memasukkan projek
komputer ke sekolah. Kedua ialah dengan inisiatif sendiri sama ada dengan mendapatkan
bantuan kewangan dari pihak swata atau dari ibu bapa melalui PIBG ataupun melalui kutipan
yuran daripada pelajar yang menjadi ahli menyertai aktiviti yang disediakan oleh syarikat
swasta.
Cara pertama agak lambat. Setakat ini kurang daripada 200 buah sekolah
rendah dan menengah di seluruh negara telah dipilih untuk menjadi sekolah projek yang yang
dianjurkan Kementerian Pendidikan. Antara projek yang ada ialah projek Pusat Sumber
Elektronik, Projek Komputer dalam Pendidika. Projek Pengajaran /Pembelajaran. Berbantukan
Komputer dan Projek Jaringan Pendidikan.
Saya kurang pasti berapa banyak sekolah yang membuat inisiatif sendiri
seperti menubuhkan kelab komputer yang dilaksanakan oleh syarikat komputer . Kelab
komputer ini akan menarik ahlinya dari kalangan pelajar dari setiap orang pelajar biasanya
dikenakan yuran keahlian sebanyak RM 10 sebulan. Tenaga pengajarnya juga disediakan oleh
syarikat swasta tersebut.
Di sekolah anak saya sendiri (sekolah rendah) terdapat kelas komputer di
mana murid-murid Tahun satu hingga Tahun enam masuk ke bilik komputer sekali seminggu
untuk menggunakan komputer. Yuran yang dikutip daripada setiap orang murid ialah RM 50
setahun. Hampir semua murid membayarnya kerana sekolah ini mempunyai murid yang ibu bapa
mereka terdiri dari ahli kumpulan profesional.
Walaubagaimanapun, saya kurang senang dengan kemudahan yang disediakan
komputer lama, mungkin komputer 286 atau sebaik-baiknya komputer 386 dan telah tidak
diperbaharui sejak empat tahun yang lalu.
Kalau dikira jumlah kutipan, sekolah rendah ini yang mempunyai lebih
kurang 1,500 pelajar akan mengutip sebanyak RM 75,000 setahun, Wow!
Yang lebih menyedihkan ialah komputer itu digunakan. Perisian pendidikan
yang disediakan adalah perisian yang telah direka sepuluh tahun yang lalu. Walaupun ia
masih dapat menarik minat murid Tahun satu dan dua, murid lain semakin bosan. Tambahan,
sejak kebelakangan ini, murid (mengikut kedua-dua orang anak saya disekolah tersebut )
dipaksa menyalin apa yang diajar pada skrin ke dalam buku.
Jadi pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik seolah-olah
diulangi di dalam Bilik komputer dengan menggunakan komputer sebagai papan hitam
elektronik. Kelebihan komputer seolah-olah tidak digunakan. Mungkin pembaca sudah menanya
kenapa saya tidak masuk campur. Ini perkara rumit dan kompleks dan susah untuk
diceritakan. Saya sudah cuba dan sehingga hari ini pihak sekolah dari PIBG mendiamkan
diri. Mungkin asalkan syarikat ini masih memberi perkhidmatan, walaupun tidak seberapa,
lebih senang meneruskan usaha dengan syarikat yang sama. Nampak-nampaknya mereka lebih
suka berada di dalam comfont zone.
Lewat tahun lalu, saya telah mencadangkan kepada sebuah syarikat untuk
cuba menjual perisian pendidikan multimedia yang menarik ke sekolah anak saya. Saya
berpendapat perisian ini baik sekali dan saya telah membelikannya untuk anak-anak di
rumah. Sekolah memberitahunya bahawa mereka sudah mengikat kontrak dengan syarikat lain
untuk menyediakan perisian komputer di Bilik komputer Hmm. Terdapat juga ibu bapa lain
cuba masuk campur dalam perkara ini tetapi tidak dilayan.
Apa yang dikatakan disini ialah kadang-kala syarikat swasta mementingkan
keuntungan dan tidak menyediakan kemudahan yang tercanggih dan sebaik yang boleh. Mengaut
untung berlebihan tanpa memberi perkhidmatan profesional menjadi kebiasaan.
Juga di sebuah sekolah menengah di sebuah kawasan perumahan elit di
Kuala Lumpur, sebuah syarikat komputer yang membekalkan komputer dan pengajar di sekolah
tersebut telah didapati menipu pihak sekolah.
Syarikat ini memberi komputer yang berlainan spesikasi dari yang patut
diberi dan mahu tak mahu sekolah menamatkan kontrk dengan syarikat ini walaupun rugi. Kini
sekolah memberi komputer sendiri dan walaupun guru yang bertanggungjawab terpaksa
menangggung bebas tugas yang berlebihan, sekurang-kurangnya mereka tidak ditipu.
Ada juga syarikat komputer lain yang meminjamkan komputer multimedia
dengan perisian CD-ROM dengan bayaran keahlian RM 36 setahun bagi setiap orang murid.
Walaupun bilangan murid mencapai angka 700 di setiap buah sekolah, syarikat ini cuma
membekalkan lebih kurang lima buah komputer. Adakah ini mencukupi?
Murid pula cuba dibenarkan menggunakan komputer ini semasa rehat dan
sebelum atau selepas waktu persekolahan mereka. Dalam lain perkataan, kalau sekolah ingin
mendapatkan kemudahan komputer disekolah, berhati-hatilah mendapatkan syarikat yang jujur.
Lebih baik lagi ialah untuk mendapatkan guru yang arif komputer diminta membantu sekolah
untuk mendapatkan kemudahan ini akan memintanya mengajar ahli-ahli kelab komputer. Walau
bagaimanapun, sebaik-bainya wang yang dikutip digunakan juga untuk membayar guru yang
mengajar di luar waktu sekolah ini,
Saya tertanya sendiri, bagaimana kalau jabatan atau pihak Kementerian
Pendidikan sendiri menjemput syarikat-syarikat komputer yang bertauliah untuk mencadangkan
program dan kemudahan komputer untuk sekolah?
Megabait, 8 Mei 1997.
ke rencana 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || Index

Menggunakan
Internet di Sekolah.
Beberapa orang telah menghantarkan mel elektronik kepada saya untuk
bertanya bagaimana mereka dapat menggunakan Internet di sekolah.
Memanglah ini soalan utama bagi kebanyakkan guru. Walaupun sudah
memasukki Internet iaitu mendapat akaun untuk mengaseks Internet, contohnya akaun Jaring
dari MIMOS ataupun akaun Tmnet dari Telekom Malaysia, ramai guru kurang tahu cara
mengaplikasi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari menjelang Januari
1998 kelak. Juga telah diumumkan, semua sekolah menengah akan mendapat aseks ke Internet
menjelang tahun 2000.
Oleh itu, guru perlu tahu sedikit sebanyak tentang cara Internet dapat
digunakan semasa mengajar atau belajar dari sekarang lagi. Antara cara Internet telah dan
dapat digunakan ialah: mendedahkan pelajar kepada pelbagai sumber yang terdapat di dalam
Internet.
Sumber-sumber ini seperti imej bumi yang diambil dari satelit di seluruh
dunia atau maklumat tentang puting beliung, fakta-fakta negara, pelbagai jenis penyakit
yang susah diperolehi dari sumber biasa sangat berfaedah.
Tambahan, maklumat seperti ini lebih terkini daripada apa yang dapat
diperolehi dari sumber lain.
Guru juga dapat mengatur supaya pelajar membuat lawatan ke tempat-tempat
menarik di seluruh dunia secara elektronik. Muzium, tempat-tempat bersejarah seperti
Melaka dan tempat-tempat menarik seperti Grand Canyon dan Niagara Falls terdapat di dalam
Internet, khususnya World Wide Web. Gambar dan maklumat tentang tempat-tempat ini dapat
diperolehi dengan cepat dan mudah.
Di dalam Internet juga terdapat beribu majalah dan jurnal. Begitu juga
dengan surat khabar. Pelajar boleh diminta untuk mendapatkan berita tentang sesuatu
perkara melalui akhbar dari seluruh dunia contohnya dan bandingkan cara penyampaian berita
di lain-lain negara ini mungkin sesuai bagi pelajar-pelajar peringkat menengah atas.
Guru juga dapat menggunakan Internet untuk mempertingatkan kemahiran
menulis. Mel elektronik merupakan aplikasi utama di sini.
Terdapat beberapa tapak web seperti Kidlink ( http://www.kidlink.org/ ) yang menyediakan aktiviti
forum untuk disertai pelajar dari umur 10 tahun hingga 14 tahun untuk berhubung antara
satu sama lain dengan membincangkan topik yang ditetapkan.
Beberapa buah sekolah menengah di Malaysia telah mendapat manfaat dari
penyertaan mereka dalam forum Kidlink.
Semasa menyertai forum sebegini malalui mel elektronik, pelajar biasanya
lebih prihatin dan teliti dalam menulis. Mereka akan memastikan ejaan dan nahu betul dan
apa yang dibangkitkan memberi imej yang positif bukan sahaja mereka sendiri tetapi
sekolah, masyarakat dan negara.
Selain itu, guru sendiri boleh berhubung dengan guru lain untuk
berkongsi sumber, idea ataupun masalah khususnya melalui kumpulan diskusi elektronik.
Terdapat berpuluh-puluh kumpulan diskusi elektronik di dalam Internet yang dapat disertai
secara percuma oleh guru di seluruh negara dunia.
Untuk mendapatkan apakah antara kumpulan diskusi elektronik ini dan
bagaimana hendaknya menyertainya, aseks ke tapak ( http://www.educ.kent.edul/deafed/whahome.httm
)
Guru juga dapat membaca artikel yang berguna untuk mempertingkatkan diri
mereka sebagai pendidik atau untuk mendapatkan idea bagi mengintegrasikan teknologi di
dalam bilik darjah.
Antara jurnal yang ada di dalam Internet ialah:
From Now On ( http://fromnowon.org )
Technological Horizons in Education Journal ( http://www.thejournal.com )
Electronic Learning ( http://place.scholastic.com/EL/index.htm
)
Kalau minat tentang sekolah bestari di Amerika Syarikat, beberapa
dokumen juga terdapat di dalam Internet. Antaranya ialah Getting America's Students Ready
for the 21st Century http://www.ed.gov/Technology/Plan
)
A Handbook for Creating Smart Schools
( http://darkwing.uoregon.edu/~ncite/smart.htm
) dan
Leaning Schools
( http://www.nap.edu/readingroom/books/techgap
).
Beratus-ratus rancangan pengajaran yang telah disediakan oleh guru lain
juga terdapat di dalam Internet untuk manfaat guru-guru lain.
Antara tapak-tapak web yang boleh kita lawati untuk mendapatkan
rancangan pengajaran bagi sains ialah ( http://wwwsci.lib.Uci.edu/SEP/SEP.Internet
)
Bagi matapelajaran sains sosial, (http://www.csun.edy:80/hceduo13/) dan bagi
Matematik, (http://forum.swarthmore.edu/arithmetic/arith.units.html
)
Untuk melihat tapak web pendidikan tempatan bagi mendapatkan sumber yang
dapat digunakan untuk peringkat UPSR, PMR dan SPM lawatilah TM School On-Line di (http://gti-tech-malaysia.com./tmsol/ )
Jelas Internet mempunyai potensi untuk membuat pengajaran dan dan
pembelajaran lebih menarik.
Terpulang kepada guru untuk dapat membawa penggunaan Internet ini ke
bilik darjah walaupun aseks ke Internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada
hari ini.
Walau bagaimanapun, ramai pengetua dan sebilangannya khuatir bahawa
Internet mungkin tidak sesuai di bawa masuk ke sekolah selagi terdapat tapak web yang
kurang positif.
Namun, ini tidak sepatutnya dijadikan faktor penghalang. Bagaimana
pendapat anda?
Megabait. 15 Mei 1997.
ke rencana 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || Index

Sekolah
Bestari Gagal Jika Guru Takut Komputer
Tidak lama dahulu saya pernah mengemukakan masalah kurangnya bilangan
golongan Melayu mendekati komputer. Apa yang lebih merisaukan ketika ini ialah kurangnya
guru ingin mempelajari tentang komputer .Masih ramai yang menjauhi komputer kerana
takut.Takut ini pula ada tiga jenis.
Takut jenis pertama ialah fobia - takut sekiranya komputer itu rosak
apabila disentuh. Ada juga guru yang takutkan komputer meletup sekiranya tersalah tekan
suis. Ramai pula yang takut komputer mudah rosak sekiranya digunakan terlalu kerap. Oleh
itu tidak hairan lah sekiranya ada pihak sekolah yang mengelak orang ramai daripada
menggunakan komputer yang baru sampai ke sekolah. Takut nanti ianya rosak dan tidak ada
yang tahu membaikinya pula.
Ada juga guru yang tidak ingin mengambil tahu tentang komputer kerana
takut tidak berupaya untuk mempelajari perkara yang dianggap berteknologi tinggi. Ini
takut jenis kedua. Guru takut tidak dapat memahami komputer dan akan gagal mempelajari apa
yang diajar dalam kursus komputer. Oleh itu, lebih baiklah menghindarkan diri daripada
belajar tentang kemputer "lebih selamat" kata mereka.
Takut jenis ketiga ialah takut sekiranya sekolah mengarahkan guru yang
tahu dan mahir komputer untuk membuat segala tugas yang memerlukan penggunaan komputer.
Ramai guru tidak sanggup dibebankan dengan tugas seperti memasukkan dan
menganalisis markah peperiksaan dan membuat jadual waktu sekolah menggunakan komputer.
Setiap satu tugas memerlukan masa berpuluh-puluh jam untuk menyelesaikannya.Oleh itu,ramai
guru berperasaan "biarlah tidak tahu menggunakan komputer daripada tahu ".
Sampai bila situasi ini akan berterusan ? Koridor Raya Multimedia ( MSC
) semakin terbentuk dan akan berkembang jauh tidak llama lagi. Tarikh pelaksanaan sekolah
bestari juga semakin lama semakin dekat.
Saya mengenengah isu ini berikutan sambutan yang dingin di kalangan guru
sekolah dalam mengikuti salah satu daripada acara INET '97 di Pusat Dagangan Dunia Putra (
PWTC ) pada 24 Jun lalu.Acara yang dimaksudkan itu ialah 'K 12 School Networking
Colloquium'.
Acara ini bertujuan memanfaatkan guru yang ingin mengetahui tentang
Internet ,belajar tenteang bagaimana Internet dapar diaplikasikan di sekolah .Selain itu,
ia dapat memaparkan pengalaman pendidik lain yang telah membentuk aktiviti berasaskan
Internet untuk guru dan pelajar sekolah dari seluruh dunia dan berguna bagi guru yang
sedang memerangi beberapa isu berkaitan dengan akses ke Internet.
Pada mulanya,yuran untuk menghadiri acara ini ialah RM263. Saya banyak
kali diberitahu ,yuran ini terlalu mahal dan tidak mampu dibayai.Setelah dibincangkan
dengan Internet Society ( ISOC ) iaitu penganjurnya, mereka bersetuju untuk
mengurangkannya.Yuran ini kemudiannya diturunkan menjadi RM75 sahaja untuk membolehkan
lebih ramai guru mendapat manfaat.Namun,walaupun lebih kurang 200 orang menyertainya,angka
ini tidak boleh dibanggakan berbanding terdapat lebih 280,000 guru di seluruh negara.
Apabila saya bertanyakan sesetengah guru yang menghadiri acara ini, kenapa mereka sahaja
yang datang. Mereka menjawab, guru lain di sekolah mereka tidak berminat walaupun setelah
dikempenkan.
Aduh! Bagaimana sekolah bestari akan dijayakan kelak jika sikap seperti
ini diamalkan oleh para guru kita.Hal ini menjadi satu tanda tanya yang besar.
Saya telah menerima mel elktronik daripada seorang pembaca saya membawa
isu kurangnya penglibatan masyarakat Melayu dalam dunia komputer .Pembaca tersebut
beranggapan bahawa gurulah ynag berperanan penting di sini untuk cuba membangunkan
masyarakat Melayu dalam penggunaan komputer.
Sekolah merupakan tempat didikan awal dalam kehidupan seseorang.Ia
merupakan tempat yang paling sesuai untuk memupuk sesuatu nilai, melahirkan kemahiran baru
ataupun memberikan pengetahuan terkini.
Sekolah bestari yang bakal diwujudkan bertujuan untuk menyempurnakan
perana di dalam aspek yang disebutkan itu.Kalau bukan guru yang membantu menjayakan
sekolah bestari siapa lagi ?
Masalah ini tidak berakhir di situ. Di kalangan guru yang sudah celik
komputer lain pula masalahnya. Ramai guru yang sudah celik komputer merungut kerana tiada
peluang menghadiri kursus-kursus baru untuk mendapat kemahiran atau pengetahuan baru. Ada
juga yang hampa keran tidak mendapat pinjaman komputer kerajaan kerana gurulah kumpulan
yang terakhir yang akan mendapat manfaat pinjaman.
Pegawai-pegawai di Kementerian didahulukan.Pegawai-pegawai di
kementerian -kementerian lain ( bukan pendidikan ) pula dianggap lebih mudah mendapat
pinjaman. Di mana silapnya ? Atau apakah pinjaman tersebut tidak mencukupi untuk
dimanfaatkan kumpulan yang betul-betul memerlukannya ?
Ini antara isu yang diketengahkan semoga segala masalah yang berkaitan
dapat diselesaikan .
Sekolah bestari cuma akan mempunyai bangunan bestari yang tidak dapat
dimanfaatkan murid sekiranya guru tidak bestari. Bestari di sini bergantung kepada kepada
keupayaan guru untuk dapat mengintegrasikan teknologi komputer di mana boleh untuk
menyempurnakan objektif pembelajaran.
Sungguhpun komputer bukan fokus utama di dalam kelas, komputer masih
dianggap alat yang membolehkan pembelajaraan bestari.Oeh itu,guru yang celik komputer dan
dapat menggunakan komputer sepenuhnya untuk mencapai objektif pembelajaran amat diperlukan
dalam masa kurang daripada dua tahun dari sekarang ! Bagaimana pendapat anda ? Sila
kemukakan .
Megabait. 26 Jun 1997
ke rencana 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || Index

Pengalaman
Pertama Masuki Ruang Siber
Pada semester ini, saya telah ditugaskan mengajar kursus Internet dalam
pendidikan di Fakulti untuk sekumpulan guru sekolah rendah yang sedang menyertai program
pengsiswazahan di Universiti Malaya dalam bidang Teknologi Pendidikan.
Guru-guru ini semua celek komputer dan sekurang-kurangnya sudah pun tahu
menggunakan perisian Microsoft Office dan Authoware. Ada juga yang sudah pandai
menggunakan perisisn grafik seperti Adobe Photoshop dan Microsoft Publisher.
Pada awal semester, saya telah bertanya mereka, " apa itu
Interner?" Saya minta menulis jawapanyan di kertas.
Jawapan daripada guru-guru ini membanggakan. Ramai yang menjawab bahawa
Internet ialah sebuah rangkaian antarabangsa yang menggabungkan beribu-ribu komputer di
seluruh dunia. Ia mengandungi banyak maklumat.
"Ia sebuah perpustakaan elektronik, sebuah information
super-highway" yang dapat mengeluarkan banyak maklumat yang terkini dalam masa yang
singkat.
Maklumat ini boleh dikongsi bersma. Melalui internet, kita boleh
berhubung antara satu sama lain dan mendapat bantuan jika perlu. Ia memudahkan perhubungan
tersebut di mana kita boleh menghantar mel elektronik."
Ada yang menambah, " Di dalam pendidikan hari ini, Internet
memainkan peranan yang penting dalam mencari maklumat samaada di pusat pengajian tinggi
atau di sekolah."
Saya betul-betul kagum dengan dengan ppengetahuan mereka yang sedia ada.
Namun, bila ditanya berapa ramaikah yang sudah menggunakan internet, hanya seorang dua
sahaja yang pernah. Majoritinya ( kira-kira 20 orang ) belum pernah menggunakan internet.
Mereka banyak membaca dan mendengar sahaja melalui akhbar, majalah dan siaran televisyen.
Beberapa minggu kemudian, saya membawa mereka ke makmal Internet supaya
mereka dapat mengenali Internet dengan lebih dekat dan agar mereka dapat merasai masuk ke
ruang siber.
Perasaan mereka? Secara keseluruhan, guru-guru ini menyatakan rasa
tertarik dan menyeronokkan. Mereka sangat gembiradapat mengenali Internet dengan lebih
dekat dan menjelajahi dunia hanya dengan duduk di hadapan komputer. Mereka benar-benar
menyedari bahawa terdapat terlalu banyak maklumat yang boleh didapati dan segala kemudahan
yang ada sangat menakjubkan yang belum pernah ditemui selama ini.
Terdapat seorang daripada guru tersebut, yang sebelum memasuki alam
siber terasa dirinya daif dalam dunia komputer, jauh ketinggalan dan segan hendak
memaklumkan bahawa beliau jahil dalam Internet.
Kini, beliau bukan sahaja seronok, gembira dan berpuas hati, malah
merasakan tidak puas menerokai alam Internet. Moral dirinya naik kembali dan kini beliau
sudah mendapat idea keseluruhan mengenai Internet dan tidak sabar untuk mendapatkan akses
ke Internet di rumah. Malahan bagi sebilangan guru, ada yang kini merasakan perlunya untuk
memiliki komputer sendiri di rumah untuk menggunakan Internet.
Pada amnya, guru-guru tersebut terasa kagum dengan kemajuan teknologi
yang canggih pada masa kini. Seperti yang disebut oleh seorang daripada mereka,
"sebelum menggunakan Internet, terasa ianya sesuatu yang sukar dan tidak dapat
membayangkan apa maklumat yang boleh dicari.Tambahan, beliau tidak tahu bagaimana hendak
menggunakan Internet untuk mencari maklumat".
Kini, selepas tiga jam menggunakan Internet buat kali pertama, beliau
dapati Internet sesuatu yang mudah, seronok, menakjubkandan menyedari bahawa maklumat
boleh diperolehi walaupun di mana jua dan apa sahaja ! Kumpulan ini kemudian menyatakan
kesediaan untuk mendalami lagi pengetahuan mereka dalam Internet.
Begitulah gambaran ringkas setiap kali saya memperkenalkan Internet
kepada mana-mana kumpulan. Mereka kagum dan berasa tidak percaya bahawa pelbagai maklumat
dapat diperolehi dari serata dunia dalam beberapa saat sahaja .
Begitulah pengalaman saya sewaktu mula-mula mengenali Internet empat
tahun lalu. Setiap kali saya belajar tentang perkara baru atau kemudahan baru di dalam
Internet, saya kagum dan terasa diri seolah-olah mahu cepat tahu tentang dunia siber ini.
Walaupun pada waktu saya mula mengenali Internet saya sudahpun
menggunakan mikrokomputer selama lebih sepuluh tahun, keseronokan yang dirasai dengan
Internet melebihi keseronokan yang saya rasai ketika pertama kali menggunakan
komputer.Itulah sebabnya saya menganggap "komputer tanpa Internet ibarat lagu tanpa
irama !"
Tiga minggu yang lepas saya telah memperkenalkan Internet kepada pegawai
penaksiran di Jabatan Hasil Dalam Negeri. Sambutan kepada ceramah saya tentang Internet
diikuti dengan demonstrasi World Wide Web amat positif. Saya dapat rasa mereka kagum
dengan kehebatan yang ditunjukkan. Ramai pula yang ingin cuba mendapatkan akses ke
Internet dari rumah .
Begitu juga beberapa bulan yang lalu. Setelah memperkenalkan dunia
Internet kepada lebih 1,000 guru besar dan pengetua sekolah-sekolah di negeri Johor, saya
mendapat maklum balas bahawa mereka terpegun dengan potensi Internet untuk pengajaran dan
pembelajaran. Kesannya, beberapa orang guru besar dan pengetua kini sudahpun mendapatkan
akses ke Internet dari rumah masing-masing.
Ya, Internet amat mengkagumkan ! Maklumat yang terdapat di dalamnya amat
berguna .Namun, seperti mana-mana alat di dunia ini, baik pisau, pen, telefon dan
sebagainya, alat ini boleh dipergunakan untuk kebaikan atau keburukan. Terpulanglah kepada
kita untuk apa ia digunakan sama ada dimanfaatkan secara positif ataupun untuk
menganiayakan diri dan masyarakat.
Minat kepada Internet di Malaysia semakin bertambah. Kini hampir 300,000
penduduk Malaysia menggunakan Internet. Saya telah menerima sepucuk surat daripada pembaca
yang ingin mengetahui tentang perkembangan Internet
Mungkin akan saya jelaskan kemudian.Tidak kurang juga beberapa pucuk
surat meminta nasihat tentang komputer apa yang harus di beli. Saya minta maaf kerana
tidak semua surat dapat dibalas. Mungkin saya dapat memberi respon melalui penulisan saya
pada lain waktu.
Megabait : 10 Julai 1997
ke rencana 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || Index

Penggunaan
E-mail Beri Banyak Faedah
Apakah cara tercepat dan termurah untuk menghantar dokumen setebal 20
muka surat keluar negeri seperti Kanada ataupun New Zealand ? Jawapan yang lazim diberi
ialah, "faks ataupun kurier".Itu juga merupakan jawapan saya empat tahun lalu
sebelum saya mula berjinak-jinak dengan Internet .
Pada hari ini,saya jarang menggunakan faks untuk menghantar dokumen ke
luar negeri walaupun dokumen yang difaks akan sampai dalam masa lebih kurang satu minit
setiap muka surat ( 20-25 minit bagi 20 muka surat ).
Kos panggilan ke mesin faks di Kanada atau New Zealand lebih kurang RM40
hingga RM60 untuk 20 muka surat. Ataupun kalau ingin lebih murah dan jika dokumen asal
diperlukan,mungkin kita boleh menggunakan perkhidmatan kurier yang anggaran
perbelanjaannya kira-kira RM40.Bagi penghantar ke luar negara , ia memakan masa tiga hari
bekerja.
Apakah mungkin kita cuma berbelanja kurang daripada 10 sen untuk
menghantar dokumen yang sama ( 20 muka surat ) ke Kanada dan New Zealand ataupun Brazil
dan England ? Yang lebih hebat, dokumen tersebut boleh dihantar sekali gus ke
keempat-empat negara tersebut dan kosnya masih kurang daripada 10 sen.
Selain itu , dokumen setebal 20muka surat ini juga dapat dihantar dalam
masa dua hingga empat minit, bergantung kepada kelajuan perkakasan komputer kita.
Saya sudah lama dapat menjimatkan kos dan masa dalam perkara ini.
Maklumlah, bagi seorang ahli akademik, kertas kerja yang sering ditulis, kadang-kadang
terpaksa disampaikan pada masa-masa yang suntuk sekali Contohnya , kertas persidangan,
kertas kerja dan artikel-artikel diminta oleh sesetengah pihak. Saya sudah lama tidak
menggunakan mesi faks ataupun perkhidmatan kurier untuk menghantar dokumen ke luar negara.
Saya banyak bergantung kepada perkhidmatan mel elektronik ( e-mel ). Ia
merupakan sebahagian daripada perkhidmatan Internet . Tanpa e-mel saya merasakan
kelancaran kerja-kerja akan terganggu dan lebih lambat pula.
Apa itu e-mel ? E-mel merupakan mesej yang ditaip pada papan kekunci
komputer dan dihantar melalui modem serta talian telefon ke komputer orang yang akan
menerima mesej tersebut.
Ia tidak ubah seperti surat. Cuma cara penghantarannya sahaja dijalankan
secara elektronik iaitu melalui peralatan komputer dan talian telefon .Komputer dan talian
telefon yang biasa kita pakai di rumah boleh digunakan untuk menghantar ataupun menerima
e-mel.
E-mel juga boleh dihantar ke merata dunia dan boleh diterima dari
mana-mana tempat di benua ini yang mempunyai kemudahan perangkaian komputer ..Hebat
rasanya, bukan ?
Minggu lepas, saya telah mengajar pelajar saya ( guru yang mengikut
program pensiswazahan di Fakulti Pendidikan , Universiti Malaya ) bagaimana untuk menaip,
menghantar dan menerima e-mel .
Kumpulan ini telah didedahkan ke Internet, pada minggu sebelum itu
dengan menerokai World Wide Web ( WWW ). Kini saya memperkenalkan pula kepada meeka dunia
e-mel. Apakah respons mereka ? "Fantastik!" Juga , "naluri ingin tahu
meningkat
.ingin mengetahui sedalam-dalamnya". Seorang lagi menyatakan,
"pengalaman hari ini seakan-akan terdapat da dalam novel , Buaya Mati Dua
Kali , ini amat menakjubkan, kagum, seronok dapat menghantar surat, menerima surat
secara e-mel.
Kumpulan guru ini juga menganggap pengalaman mereka mempelajari tentang
e-mel dianggap sangat "berharga dan berfaedah".Ada juga yang sudah bertanya .
"Bagaimanakah elektronik ini dapat digunakan di sekolah
?"Sebagai seorang pensyarah kursus , saya gembira melihat keseronokan yang dirasai
oleh guru-guru tersebut. Walaupun mereka telah mendengar tentang e-mel dan Internet
malahan sudahpun menggunakan Internet sebelum ini, pengalaman menerima dan menghantar
e-mel masih dapat menakjubkan mereka.
Saya merasakan bahawa masa depan di sekolah cerah sekiranya ramai guru
seperti guru yang saya ajar ketika ini merasa kehebatan dan keseronokan menggunakan
Internet. Memang Internet menyeronokkan .
Selain itu , ia amat berfaedah bagi kita untuk mendapatkan maklumat
terkini serta berkomunikasi secara lebih kerap . Internet telah banyak dimanfaatkan oleh
guru dan pelajar di negara maju. Ia mempunyai potensi untuk menarik minat pelajar tempatan
bukan sahaja ke dunia Internet tetapi juga kepada bahan yang diajar .
Sejak saya mula menggunakan e-mel, saya telah menggunakannya untuk
pelbagai tujuan seperti mengelolakan seminar dan persidangan. Saya berhubung dengan ahli
jawatankuasa melalui e-mel. Dengan teknologi ini , lebih banyak tugas saya yang dapat
diselesaikan dalam masa yang lebih singkat .
Saya juga menggunakan e-mel untuk berbincang dengan pendidik atau ahli
akademik yang lain yang tidak pernah saya bersemuka tentang perkara-perkara yang diminati
.
Saya juga pernah diminta oleh pelajar-pelajar di luar negeri untuk
membantu mereka mengenal pasti bahan yang diperlukan atau memberi penjelasan yang mereka
perlukan berkaitan dengan kursus atau penyelidikan mereka. Melalui e-mel, saya juga telah
dihubungi untuk memberi pendapat seperti yang diminta oleh beberapa orang pemberita akhbar
tempatan. Banyak lagi yang telah dicapai melalui e-mel. Ia sudah merupakan cara komunikasi
harian. Saya sudah lama tidak menulis surat .Segala dokumen yang perlu dihantar dapat
dikirimkan secara "attachment" melalui e-mel.
E-mel amat cepat dan murah. Ia juga mudah dipelajari. Tidak hairanlah
jika lebih daripada 50 juta orang di seluruh dunia ataupun lebih daripada 300,000 orang
tempatan menggunakan e-mel. Bagaimana dengan anda ?
Magabait : 17 Jualai 1997
ke rencana 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || Index

Bagaimana
Menggunakan Internet
Saya telah menerima beberapa e-mel meminta bantuan atau tunjuk ajar
tentang cara keberkesanan penggunaan Internet. E-mel ini datangnya dari merka yang baru
sahaja membeli komputer. Walaupun sudah memasuki Internet, mereka masih belum berupaya
memanfaatkannya kerana tidak mengetahui arah tuju, cara penggunaan atau apakah maklumat
yang dapat diperolehi .
Cadangan saya yang pertama ialah, fahami terlebih dahulu apa itu World
Wide Web ( WWW ). Besar kemungkinan anda telah disyokan untuk menggunakan perisian pelayar
Netscape atau Internet Explorer .
Kedua-dua perisian pelayar ini untuk membolehkan anda melayari atau
mengakses ke berjuta-juta laman Web yang terdapat di dalam Internet . Setiap satunya
mengandungi maklumat yang berlainan tujuan, rupa dan bentuk
Terdapat juga laman Web yang seakan sama fungsinya namun tidak ada yang
kelihatan serupa . Laman-laman Web ini pula terkandung di dalam berjuta-juta komputer di
seluruh dunia . Namun , masa yang diambil untuk bergerak dari satu laman ke laman web yang
lain-walaupun dengan menggunakan sambungan telefon di rumah-cuma mengambil masa beberapa
saat sahaja.
Inilah yang menakjubkan ! Mereka yang telah memasuki dunia siber sering
menganggap Internet begitu hebat . Untuk mempelajari apa itu WWW, cara-cara penggunaan ,
fungsi dan memperolehi maklumat dan sebagainya boleh diperolehi pada Web
Tutorial di alamat http://home.microsoft.com/tutorial/default.html.
Tutorial ini telah disediakan oleh pihak Microsoft dan ia sertai pula
dengan visual yang menarikdan mudah difahami oleh khalayak ramai. Tutorial ini disediakan
dalam bentuk slidedan anda hanya perlu klik tetikus anda untuk melihat
slidetersebut.
Apabila anda sudah berjaya mendapatkan laman Web Tutorial
tersebut, klik pada perkataan atau ayat yang bergaris untuk membuka laman baru . Ikutilah
secara urutan setiap tutorial yang telah disediakan.
Dalam masa beberapa minit , anda akan memahami apa itu WWWdan cara
melayarinya dengan lebih jelas . ( Sehingga kini saya belum menemui bentuk tutorial yang
sama dalam Bahasa Melayu. Jika ada pembaca yang mengetahui mengenainya, sila sampaikan
maklumat tersebut kepada saya )
Perlu diingatkan, setiap alamat yang diberikan di dalam artikel ini
perlu ditaip di kotak alamat di pelayar yang anda gunakan. Alamat itu boleh ditaip dengan
huruf kecil atau besar. Ingat! Sebarabg perbezaan akan menyebabkan kita gagal mengakses ke
laman Web yang diinginkan.
Selanjutnya, apabila menggunakan WWW, kita kadang-kadang menemui istilah
yang tidak pernah dilihat sebelum ini . Untuk rujukan , anda bolehlah mendapatkan sumber
istilah Internet ( ILC Glossary of Internet Terms ) dari alamat http://www.matisse.net/files/glossary.html
. Istilah-istilah terpenting Internet ada di sini. Cubalah!
Seterusnya, anda mungkin berminat untuk melayari ke tempat-tempat yang
membolehkan anda mengelilingi dunia bagi mendapatkan berbagai-bagai maklumat. Biasanya,
orang akan mengakses ke direktori Yahoo! ( http://www.yahoo.com
) .Kliklah mana-mana kategori yang disenaraikan pada direktori ini sehinggalah anda sampai
ke laman web yang mengandungi maklumat yang menarik.
Bagi golongan remaja, terdapat sebuah direktori yang mirip
Yahoo! yang dinamakan Yahooligans! Ia merupakan panduan web untuk
kanak-kanak dan remaja - www.yahooligans.com
.Beberapa kategori telah disediakan untuk memudahkan pelayaran ke
beribu-ribu tapak web yang tersedia. Bagi wanita yang inginkan tapak Web mengenai
kewanitaan, sila ke Beatrices Web Guide ( www.bguide.com ). Mungkin terdapat laman
web yang menarik bagi anda di sini. Klik pada mana-mana topik yang tersenarai dan klik
lagi sampai anda mendapatkan laman web yang diingini.
Bagi saya pula, saya amat berminat mendapatkan artikel dari majalah atau
jurnal. Untuk memudahkan anda yang tidak tahu apakah majalah atau jurnal yang ada dalam
Internet The Electronic Newsstand dapat membantu anda. Sila ke http://www.enews.com
Tapak web ini menjadi minat saya sejak dua tiga tahun lepas dan ia
semakin lama semakin hebat. Maklumlah terdapat lebih daripada 2,000 tajuk majalah dan
jurnal yang tersenarai di dalm tapak web tersebut.
Satu lagi laman web yang amat baik ialah `The Internet Public
Library . Laman web ini mengandungi beberapa koleksi yang disusun mengikut topik.
Anda tentu sanggup menghabiskan masa berjam-jam di sini saja . Jika anda berminat untuk
mendapatkan akhbar tempatan seperti Utusan Malaysia di dalam Internet.Alamatnya ialah http://www.ipl.org/reading/news.
Bagaimanapun , tidak semua akhbar tempatan disenaraikan di sini tetapi hampir kesemuanya
ada .
Untuk mendapatkan maklumat mengenai Malaysia, khususnya agensi kerajaan,
institusi pendidikan dan syarikat-syarikat tempatan, sila akses ke laman web yang
disediakan oleh kumpulan pembina laman web Jaring ( www.jaring.my ) . Beribu-ribu laman web berkaitan dengan Malaysia boleh didapati di sini.
All Malaysian WebSphere ( www.jaring.my/sphere/web/ws/640 ) juga mungkin berguna bagi anda yang ingin melayari ke laman web tentang
Malaysia . Beberapa kategori tentang perniagaan , komputer dan Internet, pendidikan,
makanan dan hiburan, kesihatan dan perubatan dan sebagainya telah disediakan.
Begitulah cadangan saya bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan WWW.
Setelah melayari ke laman web yang saya cadang di sini, anda akan merasai begitu banyaknya
maklumat yang dapat diperolehi.
Walaupun begitu, ini juga kadang kala akan memberikan satu masalah
kepada anda. Satu cara mengurangkan masalah kepada anda. Satu cara mengurangkan masalah
tersebut ialah menggunakan enjin pencari pencari dan ini akan dibincangkan di dalam
artikel berikut. Sampai jumpa
.
Megabait : 24 Julai 1997
ke rencana 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || Index

Enjin
Pencari Untuk Dapatkan Maklumat
Sekiranya anda telah melayari laman web yang diberi di dalam artikel
saya yang lepas, anda tentu telah melihat pelbagai maklumat yang disediakan oleh individu
dan organisasi di seluruh dunia.
Kita akan dapati, sungguhpun laman web ini terkandung di dalam
komputer-komputer yang terdapat di merata dunia, maklumatnya dapat dilihat dan di baca
dalam masa beberapa saat sahaja. Kita juga dapat mencetaknya jika perlu.
Saya pasti anda telah merasai ada kalanya anda seolah-olah
hilang atau hanyut dalam lautan maklumat . Apabila kita sudah
seronok klik sana dan klik sini, entah bagaimana boleh sampai pula ke suatu tempat yang
jauh dari tujuan asal.
Kalau sudah sesat, mudah sahaja ! Klik pada butang Back
untuk kembali ke laman-laman sebelumnya . Sebaliknya butang Forward akan
membawa anda ke laman yang telah dilawati selepas laman yang diperlihatkan pada skrin
komputer. Cubalah !
Selain daripada melayari laman-laman web yang kita sudah ketahui
alamatnya, kita juga boleh menjelajah ke laman web yang belum diketahui kewujudannya.
Katakanlah kita ingin mencari sesuatu maklumat ataupun bahan dari
Internet, kita akan tertanya apakah ada maklumat tersebut, di manakah ia berada atau
apakah alamatnya ? Soalan-soalan ini tidak mungkin terjawab sekiranya kita tidak pernah
tahu tentang ujudnya sesuatu laman web.
Sebagai contoh, katalah seorang anggota keluarga baru didiagnosa
mengidap penyakit kencing manis oleh doktor. Mungkin anda ingin mengetahui lebih lanjut
tentang penyakit ini .
Umpamanya apakah cara mengatasinya, cara mengubatinya ataupun pemakanan
yang perlu diamalkan oleh pesakit. Semuanya dapat diperolehi dengan menggunakan enjin
pencari untuk mencari maklumat yang diperlukan.
Apakah enjin pencari ? Ia adalah satu program komputer yang difungsikan
untuk mengenalpasti laman web yang mengandungi istilah atau kata kunci yang ditaipkan.
Terdapat lebih daripada 300 enjin pencari di dalam Internet dan ada yang
besar atau kecil. Ada yang mencari sesuatu jenis maklumat sahaja seperti alamat mel
elektronik.
Terdapat juga yang hanya mencari dokumen yang terkandung di dalam
kumpulan diskusi elektronik sahaja . Tetapi ada juga yang yang berupaya mencari dokumen
pelbagai jenis dan pelbagai bentuk daripada Internet.
Biasanya kita menggunakan enjin pencari yang besar dan paling popular.
Saya sendiri selalu menggunakan Alta Vista ( www.altavista.com/ ) atau Infoseek ( www.infoseek.com/ ) atau Hotbot ( www.hotbot.com
).
Dalam mencari maklumat tentang kencing manis misalnya, kita
perlu taipkan kata kunci atau istilah yang paling tepat berkaitan dengan maklumat yang di
cari dalam kotak yang tersedia.
Kemudian klik pada butang Search atau Get it
atau sebagainya. Dalam masa beberapa saat sahaja, kita akan diberi senarai yang
menyenaraikan dokumen web yang mengandungi kata kunci atau istilah yang telah ditaipkan.
Kalau anda tidak pasti cara menaipkan kata kunci untuk memulakan
pencarian maklumat, cuba dapatkan tip atau help yang biasanya disediakan bagi
individu yang memerlukannya.
Setiap enjin pencari mempunyai ciri dan keupayaan yang berbeza antara
satu sama lain. Contohnya apabila menggunakan Alta Vista, saya telah mendapat 208,503
tajuk dokumen web yang berkaitan dengan diabetes , iaitu kata kunci yang
ditaipkan. Infoseek pula mencatat 48,558 dokumen manakala Web Crawler ( www.webcrawler.com ), saya telah diberi
4,877 dokumen yang berkaitan.
Saya juga telah cuba mencari dokumen yang mengandungi perkataan
kencing manis . Seperti yang disangka, dokumen dalam Bahasa Melayu atau Bahasa
Indonesia tentang kencing manis amat sedikit.
Enjin pencari Infoseek menemui 12 dokumen manakala Alta Vista.
Memadailah jika kita melayari ke dokumen yang tersenarai pada awal senarai sahaja.
Daripada senarai tersebut, klik pada item-item yang dirasai menepati keperluan kita. Kita
akan diberi dokumen yang sudah tersedia. Biasanya salah satu dokumen yang disenaraikan
menepati apa yang diperlukan.
Sekali sekala mungkin dokumen yang dicari itu tidak muncul. Saya
biasanya akan menggunakan enjin pencari lain untuk terus mendapatkan maklumat sehingga
dapat. Maklumat ini kemudian bukan sahaja dapat dibaca pada skrin komputer malahan di
cetak atau disimpan di dalam cakera, jika perlu.
Bandingkan cara ini dengan cara yang biasa kita lakukan tanpa komputer
atau Internet. Kita akan ke perpustakaan untuk mendapatkan buku atau artikel daripada
majalah.
Mungkin juga kita mengharapkan untuk mendapatkan brosur daripada doktor
kita . Kini , dengan kemudahan Internet, kita ada cara yang lebih baik, cekap, mudah dan
murah.
Megabait : 31 Julai 1997
ke rencana 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 || Index

Semua rencana di atas diterbitkan semula
dengan izin :
Dr. Zoraini Wati Abas
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Catat
Buku Tamu || Lihat Buku Tamu
Webmaster @hamdanmdnoor 97
Serambi |
Diriku | Famili | Warung | Koleksi | Link | Carian
home || up || next
