Suci Dalam Debu

Iklim


Engkau bagai air yang jernih
Didalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlindung jua

Cinta bukan hanya dimata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah dimata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Ku harapkan kau kan terima
Walau di pandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka kita langkah bersama
Di situ kita lihat bersinarlah hakikat
Debu jadi permata hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan ku renang jua

Solo :


Deen Attan