Sekapur Sirih Daripada Guru Besar
 
 
 
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada tuan/puan yang berkunjung ke Laman Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Nan, Batu Anam , Segamat, Johor.
Zaman sekarang adalah zaman multimedia dan internet, kita harus menghadapi cabaran ini dengan melengkapkan diri kita dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi ini supaya tidak ketinggalan zaman.
Laman ini tidak begitu cangih seperti laman-laman yang lain, tetapi ia adalah daya usaha kami sebagai satu percubaan permulaan atas dorongan En. Jailani Bin Rusni, Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Segamat.
Laman ini akan dikemaskini dan diperkayakan dari semasa ke semasa untuk memberikan makluman yang sempurna.
Kami juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Shamsul Kamar, Pegawai Maklumat PPD Segamat yang telah banyak membantu dalam persiapan laman ini.
Sekian. Terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama"

TAY TECK GUAN
 
 
 
||||| BACK |||||