"Selamat Datang
Begitulah sebahagian dari kata-kata aluan yang amat lunak saya masih ingat semasa lawatan kami ke Kota Surabaya,Indonesia lima tahun yang lalu. Sambutan yang diberikan oleh rakan kami dari Perpamsi (Persatuan Air Minum Seluruh Indonesia) kepada rombongan kami dari MWA(Malaysian Water Association) amatlah hebat dan tidak terbalas oleh kami.Budi bahasa dan budayanya amat saya kagumi.Izinkan saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Bapak Ir. Hoesodo,Direktur Utama Perusahaan Air Minum Surabaya dan rakan-rakannya dari Perpamsi selaku tuan rumah. Surabaya ialah bandaraya perindustrian terbesar di Indonesia dan berkali-kali mendapat status bandar terbersih dengan gelaran Adipura Kencana Tercinta.Dihati kami terasa malu bila bandar ini ternyata lebih bersih dari Bandaraya Kuala Lumpur!Bapak-Bapak dan Ibu-ibu dari Malaysia ke Kotamadya Surabaya Adipura Kencana Tercinta".
Indonesia adalah sebuah negara yang besar dan unik-dengan penduduk melebihi 200 juta dan bilangan pulau melebihi 3,000 dan jarak dari Acheh hingga ke Timur Timor menjangkau lebih 3000 batu dan mempunyai 2 zon masa.Untuk menjelajah sebagai pelawat keseluruh bumi Indonesia,ianya besar kemungkinan tidak tercapai oleh para visata(pelancong) biasa.Ditambah lagi dengan kepelbagaian kumpulan etnik,agama dan budaya,ianya satu bangsa yang unik dan tidak mudah untukditadbirkan.Situasi ini telah diambil kesempatan oleh penjajah Belanda untuk memerintah bangsa Indonesia selama 400 tahun!
Kata orang tak kenal maka tak cinta,tapi disetengah negara lain lagi kenal,lagi tak cinta(sila lihat Gossip Coffeehouse Utusan Malaysia).Secara peribadi,saya mengenali nama Indonesia apabila ianya mengistiharkan konfrontasi terhadap Tanah Melayu diawal tahun 1960'an semasa saya masih disekolah rendah.Hanya pada tahun 1991,saya dan keluarga (ibu,isteri dan tiga orang anak) berkesempatan melawat Indonesia iaitu Jakarta dan Bandung.Lawatan ini memberi peluang kepada saya mengenali Indonesia dengan lebih dekat lagi.Selepas lawatan ini,saya susuli dengan beberapa lawatan urusan MWA,biznes dan peribadi.Tempat yang telah saya lawati termasuk Medan,Bukit Tinggi,Jakarta,Bogor,Bandung dan Surabaya.
Saya amat tertarik dengan keindahan bahasanya,kekayaan budayanya dan keenakan makanannya.Biar miskin harta,tetapi kaya budaya.Setiap kali saya sampai di Kota Jakarta,selepas sahaja mendaftarkan diri di hotel dan menyimpan beg dikamar,saya terus kesebuah restoran nasi padang di Komplek Sogo, berhampiran Hotel Indonesia.Setiap tengah hari,saya pasti makan nasi padang walau dimana saya berada.Agaknya sudah terkena nasi padang.......
Sayang seribu kali sayang.Sekarang bangsa Indonesia sedang bergelut dengan satu krisis politik,ekonomi dan sosial yang amat serius.Saya masih ingat semasa melawat Monas(Monumen Nasional),dimana saya mendengar suara rakaman Presiden Sukarno mengistiharkan kemerdekaan bangsa Indonesia membuatkan bulu roma saya berdiri tegak ditiup semangat kemerdekaan.Bangsa Indonesia terpaksa bermandi darah untuk melepas diri dari cengkaman Belanda pada tahun 1946.Beratus ribu kemudian terkorban dalam cubaan rampasan kuasa komunis pada tahun 1965 dan lebih kurang seribu terkorban dalam bulan Mei,1998 ketika rusuhan pelajar untuk mendesak Presiden Suharto meletak jawatan.Saya amat bersimpati dengan jiran kita yang sebangsa dan seagama.Hati kecil tertanya -tanya: Kenapakah ini harus terjadi? (Teringat kepada satu lagu popular Indonesia)
Inilah soalan yang memeningkan.Memang benar untuk mengisi kemerdekaan itu kadang-kala lebih perit dari perjuangan mencapai kemerdekaan.Walau pun sudah merdeka berpuluh tahun,rakyat masih dijajah dalam pelbagai sektur saperti ekonomi, sosial dan budaya.Yang paling dahyat ialah penjajahan minda bangsa yang pernah dijajah termasuk bangsaku sendiri di Malaysia.Kesan penjajahan minda ini masih ada lagi di Malaysia walaupun kita sudah lebih 40 tahun Merdeka!Yang amat menyedihkan lagi,selepas sesuatu bangsa itu merdeka dan menghalau penjajah,anak bangsa itu sendiri mengambil tempat penjajah selaku diktatur atau pemimpin yang merosakkan bangsa sendiri saperti apa yang telah banyak terbukti di benua Afrika dan dibeberapa negara jiran.
Ya,persoalan masih belum terjawab.Kenapakah ianya harus terjadi?
Besar kemungkinanya,pada hemat saya ialah kerana kurangnya keprihatinan anak bangsa terhadap kemungkaran dan ketidakadilan.Kita terlampau bertoleransi asalkan kepentingan peribadi kita tidak terjejas.Mungkin Pancasila dan Rukun negara perlu suntikan iman.Teringat saya kepada pesan guru agama saya terhadap bahaya memimjam wang dari bank.Dengan kadar bunga(faedah) sekarang 16%,tidak ada biznes akan selamat.Semasa kecil,bayaran faedah adalah saperti monyet yang boleh kita bergurau tetapi apabila besar ianya bertukar menjadi gorila yang akan memakan diri kita sendiri. (Size does matter-please see Godzilla)
Indonesia ialah sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah swt dengan pelbagai kekayaan semula jadi saperti minyak,bumi yang subur dan tanah hutan berbilion hektar.Bagi memanfaatkan sumber ekonomi ini,ia memerlukan kepimpinan,perundangan,dasar dan pengurusan yang baik.Oleh itu bangsa Indonesia memerlukan kajian diri secara terperinci dari semua aspek supaya negara ini dapat dibina semula untuk mengharungi alaf yang lebih mencabar.
Dari pengalaman peribadi urusan biznes di Indonesia,saya sudah serik untuk berurusan dengan mereka yang tidak bertanggung jawab dan tidak menghurmati kontrak sewenang-wenangnya.Pengalaman pahit ini memberi gambaran yang amat negatif dalam urusan biznes secara umumnya.Tidak keterlaluanlah jika para pelajar yang merusuh bulan lepas mendesak diadakan REFORMASI TOTAL.
Semasa melawat Bandung,kami berkesempatan melawat sebuah gunung berapi yang masih aktif berhampiran sebuah desa bernama Tangkupan Perahu.Ianya mempunyai satu dogeng sejarah dimana seorang putra keturunan dewa bernama Sang Kuriang terjatuh cinta kepada ibunya sendiri yang cantik jelita kerana kebal usia.Pemandangan kawasan in sangat indah untuk dinikmati oleh kita semua,mungkin tidak kurang cantiknya saperti ibu Sang Kuriang!Kalau anda berminat untuk mengetahui jalan cerita cinta yang unik ini,silalah ke Bandung.
Salah satu IPT di Indonesia yang saya lawati ialah ITB-Institut Teknologi Bandung dalam rangka kerjasama R & D antara MWA dan Perpamsi.Dalam bidang kajian ilmu bahan komposit dan aeronautik,saya rasa Indonesia lebih maju dari Malaysia.Saya diberi maklum,Bandung bukan sahaja tempat yang cantik dan nyaman,tetapi juga tempat berkumpulnya gulongan intelligensia bangsa Indonesia.Ini adalah satu aset yang akan membangun semula bangsa Indonesia.
Walau apa pun persepsi kita terhadap Indonesia,yang pasti bagi saya, negara Indonesia kaya dengan sumber alam semula jadi dan mempunyai sumber tenaga manusia yang ramai.Penduduknya yang merupakan lebih 80% umat Melayu di seluroh dunia.Ianya merupakan negara Islam terbesar didunia.Jatuh bangun bangsa Indonesia memberi kesan besar kepada bangsa Melayu /umat Islam dan geopolitik di Asia Tenggara.Sebagai insan kerdil,saya hanya mampu berdoa agar kempimpinan baru Indonesia di bawah Pak Habibie mendapat taufik dan hidayat dari Allah swt untuk membangun semula bangsa Indonesia yang malang ini.Bukan salah ibu mengandung....
Yang menyedihkan saya,kurangnya sumbangan dari bangsa Melayu yang kaya raya di Nusantara dan saudara seagama saperti di Timur Tengah untuk menghulur bantuan segera kepada Indonesia.Lupakah kita kepada satu Hadith Nabi yang menyebut bahawa semua umat Islam itu bersaudara?