Cerita Kedai Kopi #12

Perkataan gawat amat kerap digunakan di Malaysia ketika ini.Ianya semakin popular sejak akhir-akhir ini semasa negara menghadapi pelbagai kegawatan-gawat air,gawat ekonomi dan sekarang gawat politik pula.Saya rasa tidak ramai yang pernah mendengar,  tambah lagi mengerti maknanya sebelum bulan Julai,1997.Sekarang,perkataan ini sudah menjadi sebutan biasa di bibir semua orang,khususnya mereka yang terlibat di bidang perniagaan.Malah,ianya diguna sewenang-wenangnya sebagai satu alasan yang mudah diterima umum.Segala-galanya dibebankan kepada gawat,terutama kalau lambat bayar hutang....gawat,gawat,gawat?

Semasa makan nasi kerabu hitam di satu pagi di Lorong Purnama,Kota Bharu seorang murid sempat bertanya gurunya berkenaan pelbagai kegawatan yang dialami kita sekarang..

Ustaz:Saya amat tertarik bila orang menyebut perkataan gawat.Dalam ejaan jawi,perkataan ini di mulakan dengan huruf "ga".

Murid:Apa hebatnya huruf "ga"?

Ustaz::Bahasa Melayu kita memang hebat.Banyak perkataan kita yang bermula dengan "ga" mempunyai makna yang hebat,lucu dan mengawatkan.Contohnya:
gementar,gelagat,gelojuh,gemuk,gagah,gemuruh,geli,gigit,goncang,gelabah,gong,gila,gatal...

Murid:Boleh saya tambah sikit Ustaz.Geletik Gelenye;-(Loghat Kelantan,maknanya lebih kurang gatal atau gelabah)
(Kami ketawa kuat,ramai yang melihat  gelagat kami berdua ni.Kena butir geli manalah)

Ustaz:Kesitu pula perginya!!!Apa perkembangan politik di KL sekarang?Kita di Kelante duk nanti tengok dulu...

Murid:Tak tahulah apa nak komen, Ustaz.Saya sekarang gawat fikiran pula...

Ustaz:Ini satu lagi pertambahan bahasa pagi ini.Ini pulut bakar best dari Jalan Gajah Mati.Gerenti manis macam ore tino kita di Kelantan.

Murid:Patutlah ramai di Kelantan yang kena penyakit kencing manis.Tak silap sampai 120,000 orang -hampir 10% dari ore Kelante.Kak Mah, bagi saya kopi O kurang manis ya....

Begitulah cebisan bicara selepas mereka pulang dari sembahyang subuh dan menghadiri kuliah ugama di Masjid Maahad Muhammadi disatu pagi Jumaat.



Dibawah ialah maklum balas dari Mr Pear dari KB.


Assalamu`alaikum Abe Deep.

Lucu cerita Abe Deep. Boleh Pear tambah sedikit.... sebenarnya kata-kata
yang bermula dengan huruf "ga" yang disebut oleh Abe Deep tidak berakhir
setakat itu sahaja. Dalam dunia bunyi ada kata-kata yang berawal huruf
GA yang melambangkan makna bunyi atau suara yang bising seperti guruh,
guntur...gerudum. Dalam dunia emosi terdapat kata-kata yang berawal
huruf GA yang membayangkan perasaan sedih dan gerakan cemas seperti
gundah gulana, gerunyut, gelisah, gemuruh, gugup dan akhir
sekali...gila.

Biar apapun perkataannya, yang kita tahu akibat setiap kegawatan akan
berakhir dengan dua situasi yang juga bermula dengan huruf "ga" iaitu
girang gembira bagi peniaga-peniaga matawang seperti Soros kerana
mendapat untung durian runtuh dan gundah gulana kepada orang-orang yang
rugi... biar apapun jangan jadi gila sudahlah kerana rezeki Allah itu
masih banyak.

Sekarang guruh-guruh mulai berbunyi, tidak lama lagi hujan akan
turun...alamat gawat pula kami di pantai timur dengan bah... satu lagi
jenis gawat.

Pear.