cerita kedaikopi
#28  --------------
17hb. Julai,1999
 

-----------------------------------
Caravali Cafe ,       Lot 346
Ditingkat tiga  Suria KLCC
----------------------------------

Sebelum melangkah masuk,aku mengira wang dalam saku,takut-takut  tak mencukupi nanti kena kerja basuh pinggan mangkuk restoran pulak.Ini bukan sebarangan cafe'.......... kurang-kurang ini kedaikopi 4 bintang,mungkin juga 5 bintang.Kalau minum di kedaikopi mamak saperti BBC,TT hanya 70 sen,tapi disini Cafe' au Lait berharga RM4.50 satu mug.
(BBC-Binjai Boom Cafe,TT -ringkasan Teh Tarik).

Ini bukan selalu,jarang-jarang aku juga nak merasa  minum di tempat orang2 berada minum kopi.Selepas membuat pesanan coffee yang paling murah berharga RM 4.50 dan satu kek Danish pastries berharga RM 2.40,aku pun beredar mencari tempat duduk yang menghala kepada taman KLCC.

Wow...indah sekali pemandangannya! Lokasi dan suasana tempat kita berada juga amat mempengaruhi perasaan kita apabila kita  melihat sama ada pemandangan atau peristiwa.Patutlah ramai orang nak jadi orang kaya.Kuasa wang ringgit dapat membeli tempat yang indah untuk mereka menyaksikan pelbagai landscape dan  peristiwa dunia.

Bukan selalu aku dapat duduk tempat yang sebegini indah dan nyaman.Dekor dalaman cafe' ini juga amat menarik-rasa macam minum di sebuah restoran di Champs Elyseés,di Kota Paris.
Sambil menghirup kopi sedikit demi sedikit supaya dapat duduk lama,aku mengeluarkan sebuat buku untuk mencatitkan perasaan dan pengalaman semasa berada di tempat yang menjadi kebanggaan negaraku Malaysia-KLCC ,the Tallest Twin Tower in the World.

Aku kagum melihat bangunan seindah KLCC dari pelbagai aspek.Pada hematku,ianya adalah satu ' architectural and engineering masterpiece' jika dibandingkan dengan Effel Tower dan Empire State Building.Rekabentuk senitaman dikeliling bangunan juga mengkagumkan jika dibanding dengan bangunan-bangunan  tinggi dunia-malah ianya mungkin terbaik didunia...
Walau bagaimanapun,senitaman di istana Raja Inggeris dan Perancis sukar ditandingi oleh KLCC.

Asalnya,tempat ini ialah tempat lumba kuda yang dimiliki swasta.Sebelum terbinanya komplek ini aku tidak pernah mengunjunginya.Sekarang,aku dan keluarga setiap minggu kesana untuk riadah di tamannya.Setiap hari Ahad,ramai wargakota menjadikan taman ini tempat beristerihat keluarga.Anak-anak kecil dapat mandi dikolam yang dihiasi dengan air terjun.Terasa juga aku nak mandi,tapi tidak dibenarkan oleh pengawal.Taman ini cukup indah dan dijaga dengan rapi oleh pihak pengurusan.Track joggingnya amat janggih-menggunakan bahan saperti sponge-lembut dan tidak sakit kaki apabila kita berlari.Pelbagai jenis permainan kanak-kanak diadakan.Ada juga yang datang membawa makanan dari rumah untuk berkelah di taman ini.Disatu sudut, diadakan enam meja untuk orang bermain catur atau dam.Segala kelengkapan tandas dan bilik persalinan adalah mencukupi.Disamping itu juga sebuah masjid yang indah terseegam dibina bersama-Masjid al-Shakirin.

KLCC Suria adalah satu "one-stop shopping centre".Bawa saja duit atau kad kredit,semuanya boleh beli disini dan kedai-kedainya bertaraf antarabangsa.Pihak Petronas telah membina satu Pusat Sains yang agak janggih yang diberi nama Petrosains.Dua bulan dulu saya pernah masuk bersama keluarga.Lawatan ini memerlukan masa sekuran-kurang 1 1/2 jam untuk dimanfaatkan sepenuhnya-ianya menarik dan educational khususnys kepada anak-anak yang masih belajar di sekolah rendah dan menengah.Disamping itu juga ada satu Dewan Filharmonik dimana pertunjukan musik peringkat antarabangsa diadakan.Ini saya akan cuba mengalaminya pada 23/07/99 untuk menuntun satu persembahan Teater Klasik bertajuk Malim Deman.
 

Tapi sayang seribu kali sayang.....bukan salah ibu mengandung,salah diri kita sendiri.Banyak yang datang ke KLCC hanya untuk shopping sebagaimana shopping complex yang lain- lain.Tidak ramai yang ingin memanfaatkan apa yang terdapat disitu.Anak-anak muda ramai datang untuk berpoya-poya tanpa tujuan apa-apa.

Projek ini juga mempunyai kontroversinya sendiri.Semasa menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO beberapa tahun yang lepas,ramai ahli mengkritik pembinaan KLCC,terutama yang menjadi rakan kongsi Petronas ialah seorang tauke judi-tuan punya tanah tersebut.

Secara pribadi,dimana saja saya melawat komplek membeli-belah,saya tidak akan lupa menjelajahi semua cafe'dan kedaibuku.Selain dari Caravali Cafe' kita boleh juga menjamu selera di Dome,Chinoz,Ummph dll.Untuk menjamu minda kita pula,ada kedaibuku saperti The Times Bookshop,Kinokuniya(dalam Isetan)   dan the Specialist Bookshop(Islamic Books).

Kopi pun dah habis diminum dan saya terpaksalah keluar dari Caravali Cafe'.....
Di lain kesempatan,saya akan cuba minum teh Earl Grey dan English scones di Restoran Ummph pula untuk mengingat kembali semasa saya dan isteri menjamu selera di Stradford-Upon-Avon,bandar tempat lahirnya Shakespeare.

-Berisman-