Azan subuh dipagi raya mengejutkan aku dari tidur.Semalaman sudah berkekang mata di surau bertasbeh disamping berjumpa sahabat lama dan sanak saudara.Semasa mengambil wuduk,talifon berdering memecah suasana sepi pagi.Aku bergegas menjawapnya."Ayah sudah meninggal sekejap tadi",beritahu Nublan anak bongsu guru agamaku-Ustaz Dato' Yusuf Zaki Yaakob..
Selepas solat subuh,aku bergegas memecut kereta kerumah beliau bersama isteriku.Aku kehilangan guru terhurmat dan isteriku kehilangan bapa saudara tersayang.Didalam perjalanan,kedengaran esak tangis dari isteriku.Setelah kematian ibunya,isteriku tinggal bersama bapa saudaranya yang juga guru agamaku.
Semasa tiba,beberapa ahli keluarga terdekat sudah sampai dan duduk bertafakur disekeliling mayat yang terbujur.Terus aku ke katilnya dan membuka kain penutup muka untuk melihat wajah guruku buat kali terakhir.Wajahnya tenang dan tersenyum ...
Buat sekitika aku teringat saat-saat bersama-samanya.Banyak topik telah
kami sama bicara........
Akan aku simpan dalam memori kenangan pribadiku.
Disudut hatiku terlihat sebatang Dian Perkasa padam buat selama-lamanya sesudah empat puluh tahun membakar diri menabur jasa untuk muslimin dan muslimat di Nusantara..
Catitan:Mohd Adib Noh
Taman Maluri,KL.
25hb. Januari,1999.
IRFAN ZAKY DATO YUSOFF ZAKY wrote:
> PESAN AYAHNDA
> Dia lebih rela,
> dilafaz jujur serangkai doa,
> dari ribuan tangisan hiba.
> Dia lebih rela,
> sesaat dikenang dalam bahagia,
> dari terus menjadi kenangan luka.
> ...Tinta luka daripada Pear...
Mohd Adib Noh's reply:
Jangan berduka wahai adiknda,
ayahnda kembali kepada Khaliqnya,
pesan Ayahnda jangan dialpa,
teruskan perjuangan sekadar kita.
Padamlah sebatang dian perkasa,
membakar diri menabur jasa,
kepada keluarga,bangsa dan agama,
untuk dinikmati ummah di nusantara.
Hati menangisi pemergian guru dan bapa,
masih teringat kata-nasihat dan gurau senda,
kenangan manis buat sekita,
airmata mengalir tidak terasa.
Hati bertekad mencontuhi Ayahnda,
hidup berilmu hidup beragama,
singgah sebentar dimayapada,
dalam perjalanan menuju yang Esa.
...cebisan rasa dari Abedib yang menumpang kasih.
dan salam untuk Bonda.