PERMATA DARI KUALA SEDILI
(untuk Usman Awang)Aku seru nama asal bermula dari Kuala Sedili
kuala yang muaranya bersemadi segala derita
laut yang ombaknya membahang segala duka
di dasarnya terhimpun seribu rangka khazanah luka
pantai landai yang memutih menutupi
rona-rona kehidupan mereka yang perit.Pak Utih
Punya satu isteri mahu dakap sampai mati
lima anak mahu makan setiap hari
teratak tua digayuti cerita pusaka
sebidang tanah tandus untuk huma...@ 1Cucu Pak Utih
bertandang mencari tapak bekas teratak tua
di hilir muara
di perdu kelapa masih tersadai sebuah perahu usang
kemana hilangnya kayu nisan condong
di makam bonda?
anak-anak berlari-lari mengejar ketam di pantai
gadis desa berlesung pipit mengelek upih
menjunjung dulang mencari remis di tepian muara.Di mana ya? ... bunga popi, kemboja berbaris, berbunga putih pewangi
desa?
siulan angin, desiran dedaun, nyanyian burung
tenggelam timbul antara laungan jentolak
menolak pasir membina benteng
mobil besar keliling kampung melanggar kerbau.Sebutir permata bersalut lumpur dari kuala itu
disepuh digilap dari segala kedaifan asalnya
dilepaskan ke sebuah dataran persada seni
lalu menjejaki suatu kembara jalanan yang berliku
jiwanya meronta dalam kelembutan watak yang bersopan.Merpati Putih terbang jauh ke angkasa bebas
menyanyi lagu sedih menyaksi kezaliman di bumi
menyeru pada awan pada langit melepas hujan perdamaian
Adalam keruncian manusia bimbang curiga
terbanglah ia menjelajahi dunia
putih sayapnya melambai cintai damai
bersih bulunya mengibarkan panji hidup bersama...@ 2
Sebutir permata yang membawa sinar kebebasan
mementil goris menyala semangat anti penjajahan
lalu ditiup bara-bara menjadi rencahan api
menyemarak laungan kemerdekaan
ingat kembali kata sakti
dari bahang kesedaran berapi
di atas robohnya kota melaka
kita dirikan jiwa merdeka...@ 3Sebutir permata itu menyinari cahaya kemanusiaan
membuka langkah bukannya di luar gelanggang
peluru dan senjata bukan wadah perdamaian
Bunga popi bunga mayat perajurit bergelimpangan
bunga darah merah menyimbah, penuh kengerian
kami benci pada perang penuh pembunuhan
kami rindu pada damai sepanjang zaman...@ 4Permata disalut emas menjadi cincin menghiasi jejari
uda dan dara memadu kasih memintal janji
bayangnya tak nampak sapu tangan mengganti diri
bahasa berkias bulan dan mentari menjadi saksi
Akan ku jolok bulan gerhana
menjadi lampu menyuluh rindu
akan ku rebahkan mentari
menjadi laut malam mu
menghirup sangkar madumu...@ 5Sinis sindirannya tajam menikam makna
bahasa berseloka dalam melodi humor
Jakun dan semang memang melayu
cina dan banggali pun boleh jadi melayu
kalau disunat anunya itu...@ 6Sambil menimang anak ibu pun menyanyi
dendang berirama melodi melayu asli
Timang tinggi-tinggi, dapur tak berasap
bila besar nanti, jangan masuk lokap...@Sesekali kedengaran ibu menyanyi
pantun tradisi caranya sendiri
siakap senohong, gelama ikan duri
bercakap bohong tak boleh jadi menteri...@ 7Permata dari lumpur Tanjung Sedili telah
menjelajahi dunia puisi
pejuang bahasa yang mengangkat martabat
sastera bangsa
seniman masyarakat yang mewarna sebuah
pentas kehidupan
menyatu dalam wadah kesatuan kemanusiaan insan
penanya mengasah zaman
merakam sejarah perjuangan
penanya adalah senjata
menyiang ke akar umbi mencari perdamaian abadi.Kalau tidak ke ladang tuan
Habislah padi di makan kedidi
Kalau tidak kerana abang Usman
Tidaklah saya meminati puisiMari dilurut padi di sawah
Ke pekan pula berjual beli
Mari kita memohon pada Allah
Agar kesihatannya segar kembali.
NOORDIN RAZAK
Kuala Lumpur
14.4.991. Pak Utih (1954)
2. Merpati Putih, jelajahilah dunia ini (1958)
3. Jiwa Hamba (1949)
4. Bunga Popi (1955)
5. Melayu
6. Kekasih (1971)
7. Ibuku (1984)