mafia1  

 Sejarah Hidup Mafianet

         Pada mulanya Mafianet adalah seorang yang tidak tahu menahu langsung tentang Internet. Pada pertengahan tahun 1997, beliau hanya memerhati sahaja rakan-rakan beliau menggunakan Internet. Lama kelamaan beliau tertarik dengan Internet dan ingin mencuba.

 
         Mafianet mula berjinak dengan internet dengan mencari maklumat untuk pengetahuan dan juga gambar-gambar yang menarik (bukan gambar lucah tau....!!!). Selepas itu beliau mencuba bermain dengan Alamak.com iaitu satu program yang membolehkan kita chatting dengan rakan cyber secara langsung.

         Dari sinilah Mafianet dapat berkenalan dengan ramai kenalan cyber menerusi Internet. Nick yang mulanya digunakan adalah Tenet. Tetapi Tenet telah di cemuh dan dikutuk oleh rakan-rakan cyber maka Tenet telah bertukar imej dengan menggunakan Mafianet.

         Mafianet juga telah mempromosikan Mafia Corporation Berhad di dalam Internet. Nampaknya ia mendapat sambutan yang menggalakkan dengan sokongan dan pertolongan rakan-rakan ahli Mafia Corporation yang lain seperti Nasty_boy, Sateyy, Senapang, Sarjan, Tokey_jamban, Obeyzz, AdelinA, Mafiababy, Mafianita, aci_dot_net, hassler dan juga ahli-ahli yang lain.

         Setakat ini sahaja yang dapat digambarkan serba sedikit tentang sejarah hidup Mafianet.....ahaks!!!!