ENJIN EMPAT LEJANG
Proses Penghasilan Tenaga Oleh Enjin Kenderaan.

Terdapat dua jenis enjin empat lejang iaitu : Enjin Petrol Empat Lejang dan Enjin Diesel Empat Lejang


Enjin Petrol Empat Lejang

Palam Pencucuh
Injap Masuk ------|-------Injap Ekzos

1. Lejang Aruhan : Udara dan Petrol disedut masuk ke dalam enjin melalui injap masuk oleh omboh yang bergerak turun.

2. Lejang Mampatan : Udara dan Petrol dimampatkan oleh omboh yang bergerak naik.

3. Lejang Kuasa : Palam Pencucuh mengeluarkan bunga api dan membakar petrol untuk menghasilkan tenaga haba. Pengembangan udara menyebabkan omboh ditolak ke bawah.

4. Lejang Ekzos : Hasil pembakaran seperti asap ditolak keluar oleh omboh melalui injap ekzos


Enjin Jet dan Enjin Roket

Apabila enjin jet di hidupkan, pemampat menyedut udara masuk serta dimampat kan. Bahan api iaitu kerosen dipancutkan ke dalam ruang pembakaran dan bercampur dengan udara menyebabkan pembakaran terhasil. Gas panas akan mengembang dan terpancut keluar ke belakang jet itu dengan tujahan yang besar dan dapat menggerakkan kapal terbang jet ke hadapan.

Enjin roket menggunakan bahan api hidrogen cecair dan membawa bekalan oksigen kerana di angkasa lepas tiada oksigen yang perlu untuk pembakaran bahanapi. Hidrogen dan Oksigen di pam ke ruang pembakaran di mana pembakaran bahan api mengeluarkan gas ekzos pada suhu tinggi. Gas ekzos memberikan tujahan ke bawah mana kala roket itu akan menerima tujahan yang sama ke atas.

PERBEZAAN

ENJIN JET

ENJIN ROKET

1. Bergerak di udara.
2. Tidak membawa oksigen.
3. Bahanapi - kerosin.
4. Badan tidak berperingkat tidak boleh ditanggalkan.
5. Menghasilkan tujahan dan pecutan yang rendah.
1. Bergerak di angkasa lepas.
2. Perlu membawa oksigen.
3. Bahanapi - hidrogen.
4. Badan berbilang peringkat yang boleh ditanggalkan.
5. Menghasilkan tujahan dan pecutan yang lebih tinggi.