SEJARAH
A: BANGUNAN
Bangunan pertama surau dibina kira-kira pada tahun 1925. Pada tahun 1927, ianya dipindahkan ke tanah Encik Montel. Selang beberapa tahun kemudian, ianya dipindah lagi ke tapak sekarang iaitu milik Puan Alus bte Samat. Pemindahan disebabkan kurang sambutan kerana penduduk tidak ramai di kawasan itu. Ianya telah beberapa kali diubahsuai bergantung kepada keperluan semasa sehinggalah kepada bentuk bangunan sekarang. Pembinaan Semula bangunan surau ini adalah hasil dari tajaan beberapa Kontraktor Islam, Syarikat Swasta, Badan NGO, Derma dari Masjid-masjid dan orang perseorangan samada penduduk tempatan mahupun dari luar.
Surau ini telah menjadi pusat pendidikan dan pengembangan ilmu di Kampung Parit Sidang Seman khasnya dan penduduk Sungai Rambai umumnya. Perkembangan ilmu, khususnya beberapa disiplin Ilmu Islam seperti Feqah, Tauhid dan Tasawwuf, bertambah tersebar dengan kedatangan Tuan Guru Faqih Hamzah dari Pattani Siam pada tahun 1935. Ianya dibawa oleh Tuan Haji Sam bin Haji Abdullah. Pada tahun 1940, majlis ilmu di surau ini dibimbing pula oleh Tuan Guru Haji Ahmad Minangkabau.
Guru-guru lain yang pernah mengajar di surau ini ialah:
Memandangkan dari kronologi sejarah, kita yakin pasti Madrasah Al-Jihad akan terus mengulangi sejarah kegemilangan silam di bawah kepimpinan baru.
Projek Pembangunan Semula Madrasah Al-Jihad adalah di atas Tanah Milik Puan Alus binti Samat. Lot 2850 Kampung Parit Sidang Seman, Mukim Sungai Rambai, Daerah Jasin, Melaka. Madrasah terletak di kawasan tengah perkampungan. Ini merupakan suatu kawasan yang strategik untuk memudahkan penduduk kampung menghadiri program-program yang dirancangkan oleh pihak madrasah.