Cerita Kedai Kopi:
       

      Cerita ini  boleh didengar dimana-mana kedai kopi-sama ada di Kedai Beris,di Cabang Tiga Perupuk atau Melawi,di market Bachok atau di Pauh Lima.Cerita kampung,cerita rakyat tapi kadang-kala ada juga berkait dengan dasar Pak Menteri.

      Pak Chu Mamat jual lembu....
       

        Anak lelaki Pak Chu Mamat bernama Mat Rahim dapat tempat  belajar ugama di sebuat IPT di Timur Tengah.Mat Rahim amat gembira kerana usaha giatnya telah mendapat kejayaan,tetapi berita ini membawa dua erti kepada Pak Chu Mamat-gembira  dan sedih.Ayah mana yang tidak gembira diatas kejayaan pelajaran anaknya dan ayah mana yang tidak sedih kerana dimana nak cari wang untuk membiayai pelajaran di luar negeri.Pak Chu Mamat ialah seorang petani -kerjanya tanam padi dan tembakau dan disamping itu ada membela seekor lembu yang sedang bunting.
      Pada malam tersebut dia dan isterinya tak boleh tidur."Mano aku nak cari pitih lima ribu ni?"Inilah soalan yang tiada jawapan. Puas dia memikirkan cara untuk mendapat wang-kalau jual tanah dan lembu nak makan apa.?
       
        Pagi esoknya,dia terus kekedai kopi Che Gayah menunggu Cikgu Ya yang biasanya datang minum kopi dan makan nasi berlauk ikan kering . Nasib baik dia dapat berjumpa dengan Cikgu Ya untuk mendapat nasihat bagaimana caranya untuk membiayai pelajaran anaknya.
      Selepas mendengar cerita keluhan Pak Chu Mamat,Cikgu Ya pun juga naik pening.Mana nak minta bantuan-kerajaan atau wakil rakyat?Tarikh masuk IPT hanya 4 minggu lagi.Daripada tinjauan yang dibuat,kerajaan juga dah habis peruntukan dan wakil rakyat pula tak sebulu!!
       
        Akhir ikhtiar,satu jamuan teh dibuat untuk mengutip derma.Jumlah yang dikutip hanya $1050,masih tak cukup.Mahu tidak mahu,lembu bunting pun terpaksa dijual,tanah padi terpaksa digadai dan habis gelang mas Mak Chu Bidah naik kedai pajak di Kota Bharu demi pelajaran anak.
      Begitulah korban orang kampung untuk kejayaan anak.Mudah-mudahan anak tidak lupa jasa ibubapa apabila berjaya nanti.
       
        Mudah-mudahan ,tahun depan Pak Chu Mamat berharap anaknya akan mendapat bantuan biasiswa.Begitulah doa dan harapannya....


       Nota kaki: Untuk makluman pembaca,cerita ini berulang tiap-tiap tahun di beberapa buah kampung di Bachok.Pada hemat saya, tidak kurang dari 10 orang anak muda Bachok yang sedang menuntut agama di IPT di Timur Tengah yang memerlukan pembelaan.Malah masalah yang juga bagi penuntut di IPT dalam negeri.Satu penyelesaian jangka panjang perlu untuk mengatasi masalah yang berbangkit.
       >dicatit olih Tok Peraih. 

       ARCHIVE OF CERITA KEDAI KOPI