Tembakau adalah nadi ekonomi Bachok.Ianya sumber wang tunai rakyat.Berikut ialah satu pendapat
dari rakyat tempatan untuk renungan bersama.

BACHOK JELAPANG TEMBAKAU (1) SATU

Adalah sesuatu yang tidak lengkap jika industri tembakau tidak disebut apabila memperkatakan BACHOK HOMEPAGE sebab kira-kira 20% dari pengeluaran tembakau negara yang bernilai sekitar RM40 - 50 juta setahun adalah daya sebenar pengeluaran Bachok. Sejumlah kira-kira  3 - 4 juta kilogram daun tembakau kering telah dikeluarkan oleh bumi Bachok setiap tahun dan diageh bagi diproses oleh beratus-ratus stesen pengawet dari jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh, Besut, Setiu bahkan Kuala Trengganu juga terlibat sama. Jumlah penanam yang terlibat adalah kira-kira 8,000 keluarga meliputi penanam musim pertama dikawasan tanah berpasir (Beris= light soil) iaitu dearah Telong, Repek, Perupok, Tawang, Tanjung Pauh. Tiga daerah lagi ialah Mahligai, Gunong dan Bekelam boleh dikatakan tidak melibatkan diri dengan kegiatan menanam tembakau.
Industri tembakau masa kini boleh kikatakan satu satunya sun-set industri yang sedang menunggu masa untuk mati. Ini adalah disebabkan oleh polisi pihak berkuasa Kementerian Perusahaan Utama dengan menambahkan bilangan pengawet pengawet baru, atas nama PPI kononya dengan alasan  untuk cut the cost bagi menghadapi AFTA 2003:-
           "SEDANGKAN PENGAWET- PENGAWET YANG SEDIA ADA DILESENKAN SUDAH LEBIH           DARI MAMPU UNTUK MEMBUAT PENGELUARAN MENURUT DEMAND PASARAN YANG ADA- BAH KAN SENTIASA OVER PRODUCTION"
Keadaan ini mencetuskan suasana pasaran daun tembakau kering yang berjebah- menbolehkan pihak pengilang-pengilang rokok pick & choose: Sedangkan penanam menghasilkan daun menurut plant position  menurut run-of-crop. Pengilang dengan helah untuk membeli the best part of the crops. Itulah idkata kan semua pengawet lama dan baru, besar atau kecil menunggu masa untuk mati .......Yang sedihnya majoriti  daripada pengawet yang menjadi mangsa itu ialah MELAYU.

Dari segi PASARAN DAUN KERING hingga kini pengilang-pengilang rokok masih bebas mengamalkan sikap "MONOPOLI". Tiap-tiap satu pasaran hanya dipunyai oleh satu syarikat pembeli sahaja. Pasaran hari lain  kepunyaan syarikat lain. Apa lagi dengan bibit-bibit bidding(lelongan) langsung tidak wujud ia 100% merupakan "buyer's market". Pada waktu daun banyak down graded sedang kan sorong tarik dalam mengred daun adalah ibu nyawa kepada untung rugi perniagaan tembakau, sebab beza harganya terlalu jauh: Daun gred satu berharga RM 15.80 sekilogram tetapi daun gred 6 RM6.20. Jika masing-masing dibungkus di dalam satu bendela seberat 75kg Gred 1 berharga RM1,185. Sedangkan Gred 6 RM465 sahaja.

Faktor kedua merupakan penyebab memusnahkan industri tembakau ialah mengenai kepupusan kayu getah sebagai bahan bakar. Permintaan kayu getah sebagai bahan bakar amat tinggi oleh industri perabut.Sedangkan lebih daripada 80% stesen-stesen pengawet tembakau menggunakannya sebagai bahan bakar,berebut dengan gok-gok bakar bata, dan gok-gok arang yang berselerak dengan di seluruh ceruk kampung.

Faktor ketiga kemusnahan industri tembakau ialah kekurangan tenaga pekerja, lebih-lebih lagi apabila projek-projek Petro Kimia berjalan lancar kira-kira pertengahan tahun depan di Pantai Senak, sudah tentu aliran tenaga pekerja di stesen tembakau akan berpindah ke stesen Petro Kimia  di Pantai Senak.

Faktor keempat baru lah persaingan senggit dalam pengeluaran tembakau Asian di bawah skim AFTA 2003.
Pada waktu ini stesen pengawet tembakau yang masih hidup hanya boleh dibilang dengan jari. Pihak
pengilang mulai dua tahun yang lalu lagi telah berlumba-lumba memperkenalkan tanaman tembakau di
Vietnam,Kemboja dan Laos. Mereka sebenarnya berhasrat untuk membawa masuk tembakau import dari negara asalnya seperti USA, Canada dan sebagainya secara pakej dengan berselindung di sebalik kelonggaran AFTA tersebut.Cuba kita perhatikan butir-butir perangkaan seperti di bawah mengenai tembakau dan rokok di negara kita.
Belanjawan 98 yang lalu tidak sedikitpun menyentuh amuniti syarikat-syarikat gergasi rokok yang ada.

1- Jualan rokok setahun masa kini sudah hampir RM 2.8 billion
2- Ini tidak termasuk rokok-rokok GUDANG GARAM yang diseludup dari INDONESIA dan lain-lain destinasi
sempadan serta pusat-pusat bebas cukai. Rokok seludup dianggar bernilai RM 400 juta
3- Penggunaan tembakau tempatan di dalam ekonomi dan muslihat perkilangan rokok adalah tahap 65%.
Negara masih mengimport tembakau asing 35%. Program penggantiaan import 2% setahun ke atas
penggunaan tembakau tempatan untuk mengilang rokok adalah gagal.
4- Pihak media terutama TV adalah bertanggungjawab bagi memajukan jualan rokok. Pihak tembakau negara
(LTN) bertanggungjawab memajukan produktiviti daun tembakau.
5- Kutipan hasil dan iklan serta cukai tidak mencukupi untuk menampung kos perubatan di hospital-hospital
bagi maksud penyakit-penyakit disebabkan oleh ketaggihan tabiat merokok.
6- Kesan dari iklan dan promosi yang sistematik dan strategik, penghisap-penghisap baru didapati
bertambah sekitar 3 - 4% setahun. Tetapi malangnya majoriti pertambahan itu adalah dari kalangan remaja
dan pelajar-pelajar sekolah.
7- Industri menanam dan pengawet tembakau hanya menghasilkan perolehan RM 180 juta setahun. Diageh meliputi penanam, pengawet, pekerja dan pembekal.
8- Tetapi pulangan kepada pengilang-pengilang rokok seperti ROTHMANS, DUNHILL, MTC, RJR, RM 700 juta setahun dalam bentuk,
a) Faedah dan keuntungan/bonus pada pengarah-pengarah Syarikat di luar negara.
b) Mengimport tembakau cerut, tobacco chips.
c) Mengimport filter dan kertas putih pembalut rokok.

Sepatutnya ucapan belanjawan minggu lepas kerajaan patut bertindak tegas menyekat import yang sia-sia  meliputi kesemua jenis barangan tembakau dan rokok dengan mengenakan import duty hingga ke paras 300%. Ia bukan saja mengimport penyakit yang mengancam kesihatan rakyat tetapi sekaligus merupakan satu-satunya dari penyebab defisit iaitu kira-kira RM 1.9 juta satu hari.

Ikhlas dari:Tok Mandur