Pantun bola Pantun bola Pantun bola Pantun bola Pantun bola Pantun bola Pantun bola

Tanggal lapan haribulan tujuh...kami ke padang tidaklah jauh,

tidaklah hati semua luluh...menentang Maybank yang kukuh.


Agaknya hujan nak turun lebat, kena beli juga ubat gegat,

Separuh pertama diasak hebat, teruk semua bertahan ligat.


Baru seminit dah kena penalti, tangan gatal memegang bola,

Bukan yang lain siapa lagi, kalau bukan Joos tu haaaa...


Debar berdetup jantung menggelegak, JJ perati bola yang nak disepak,

Kegugupan dapat diselak, bola ditangkap tanpa mengelak.


Malam tadi makan sop ekor, tak cukup satu sampai lapan,

Sekali menyerang Obeyz menyekor, satu kosong kami kedepan.


Lepas menyekor sedikit kelam, sesekali saja dapat menyerang,

Terlepas sebiji masuk kedalam, namun kami tetap berjuang.


Selesai sudah babak pertama, keluar menderu mencari air,

Tak tertahan tekak berkata, hingga lidah terjelir.


Separuh kedua semua sedia, diganti beberapa pemain utama,

Yang dari tadi asyik membaca, cara permaianan lawan kita.


Ronaldo Jantan, Jackal, War4 dan pakNGAH, juga Daewood tidak ketinggalan,

Berbekal strategi yang dipangkah, mahu berenang segenap pengkalan.


Jentera tengah mula bergerak, kehulu kehilir bola ditolak,

Membelah pintu gol itulah lagak, yang ingin disalak.


serang menyerang silih berganti, kedua pasukan tampak hebat,

Hanya satu yang dicari, jaringan gol walaupun berat.


Jelmalah sudah gol dinantikan, terkena palang mencecah masuk,

Melompat gembira Ronaldo Jantan, mengangkat tangan ketiak busuk.


Gol kedua dicari sudah, inginkan pula yang ketiga,

Pertahanan lawan terus disergah, pertahanan sendiri juga terus digoda.


Jackal Ronaldo menjana gerakan, meloloskan bola dicelahan,

Berlari laju meluru kedepan, mengelirukan pertahanan lawan.


Itulah Daewood meluru laju, terus disepak penuh kekuatan,

Gagallah keeper yang sedang meluru, terlepas bola dari cengkaman.


Gol ketiga menjelma kini, senyum manjang tanda puas,

Namun kealpaan memakan diri, lawan menggasak sungguh meluas.


Pakngah jarang mendapat bola, pertahanan bermain sungguh berwibawa,

Kerelekkan pakNGAH membawa bala, satu serangan secara tetiba,

Kesilapan Joos melepaskan bola, dapat kat lawan yang mencuba,

Lob betui dipenjuru segi tiga, pakNGAH hanya nengok saja.


Kedudukan sudah tiga dua, sepuluh minit masih ada,

Rangkaian serangan terus mengila, tembak gagak dan pelbagai gaya.


Berbaju hitam berseluar hitam, kehulu kehilir berlari sakan,

Itulah pengadil tak pernah diam, meniup wisel tamatlah permainan.


Sepnjang masa dalam permainan, sibaju hitam telah layangkan,

Tiga kad kuning satu untuk Gammalan, dua lagi tentulah lawan.


Gammalan menarik baju lawan, lawan terus menolak Gammalan,

Didepan pengadil depa sakan, kedua-dua kad dilayangkan,

Nak kata apa lagi kawan, dalam hati ajerla gelak-gelakkan.


Pertama kali bermain tokey jamban, kejap atas kejap bawahan,

Tersentuh sikit melayanglah badan, dik lawan yang tegap dan gagahan,

Dibandingkan badan kurus kekeringan, makan banyak mana tetap kekurusan,

hek eleee...tokey jamban.


JJ dan pakNGAH penunggu pintu, berpeluang terus menerkam bola,

Dua-dua lepaskan sorang satu, walaupun gitu tetap "cayala".


Obeyz, Daewood dan Jantan, sorang satu dapat jaringkan,

Tahniah ajerlah diucapkan, semoga dapat diteruskan,

Pada yang lain syabas dilayangkan, semangat jitu yang diterapkan,

Kekalkanlah apa yang ditunjukkan, janganlah macam geraf boling bulanan.


Empat perlawanan dilewati sudah, setelah mendapat jersey tajaan,

Berbangga juga kerana belum kalah, namun jauhkanlah riak-riakkan.


Pakngah, JJ, Joos, Rentong dan Gammalan,

Binjay, Hentam, Daewood, dan tokey jamban,

Sibuk depa menjaga pertahanan,

Supaya tidak ditembusi lawan.


Jackal dan MJ Baggio ligat ditengah, Mafiadotnet dan Mansap juga menjengah,

Kelancaran enjin lawan cuba ditegah, tapi hangpa tetap gundah.


Kat atas ligat berlarian, itulah Obeyz ngan Jantan,

War4 dan LInggi beri bantuan, nak cari gol ler katakan.


Uncle pengurus kita, tidak dapat hadir kerana cedera,

Tiada pengganti di itu kala, kerana Sepuh sibuk menjaga,

Segala barang-barang yang dibawa, termasuklah jam, kunci, handphone dan biola,

Manalah tahu kot hilang semua, kemenangan pulak disambut duka.


Gunung Daik bercabang tiga, Mafia Corp samala Teknikal Bernama,

Tamatlah sudah perbicaraan kita, buat ini ketika,

Akan datang insyallah kita berjumpa, menyambung lagi kata-kata,

Dah tentu dilaman web ini la, http://fly.to/sepuh URL nya,

Mata kuyu tak tertongkatkan jua, kepala pening kerana berjaga.


Izinkan kan saya menamatkan, izinkan saya menghabiskan,

Sebelum saya diberi keizinan, ingin juga saya perkatakan,

Seratus dua kalau tak satu dua perkataan, didalam kita menuju kedepan,

Selamat menyambut Sukan Komanwel sembilan puluh lapan, majulah kita dilapangan sukan,

Rakyat 70 juta diinginkan, sesamerlah kita menjayakan,

Bila sajer diizinkan, untuk memberhentikan taipan,

habeh dah lerrrr...kan..kan...kan.....!!!