Menang lagiiiiiiiiiiiii..........!
Kemenangan kedua dari empat perlawanan persahabatan yang telah dilangsungkan. Walaupun menang tipis 1 - 0, namun kepuasan jelas bersinar-sinar memancar diwajah setiap pemain yang turun pada perlawanan ini. Mana tak puasnya, hanya ngam-ngam sebelas orang pemain yang sempat menghadirkan diri, yang bertungkus lumus menahan asakan-asakan dan membina kubu kental demi menjaga pintu gol dibolosi. Kebanyakkan pemain tidak dapat turun kerana kecederaan ataupun kerana tugas.
Gol tunggal tersebut telah dijaringkan oleh separuh masa pertama. Selepas gol tersebut, Mafia Corp. lebih banyak bertahan, namun serangan tidak dilupa. Ronaldo Jantan dan Linggi, kekadang berjaya mengkucar-kacirkan benteng lawan. Sekali tu.....golkiper lawan menendang bola terus kepada Linggi...namun oleh kerana tergamangan...bola dikaki hilang melolos diri, dik dirampas pertahanan lawan.
Pertengahan separuh kedua, ramai pemain telah mula kekejangan otot yang disebabkan stamina dah semakin menurun peratusnya. Ader yang mula terjengkut-jengkut, larian dah mula selow, jemari-jemari kaki telah mula injured dan tangan asik memekap kat perut. Namun, semangat melawan dan ingin mempertahankan kelebihan gol dan seterusnya ingin mencapai kemenangan, segala keletihan, kejengkutan dan kesakitan perut dilupai. Bola tetap terus dikejar. Pemain lawan tetap terus dikekang. Sehinggalah tamat masa permainan, semuanya telah berjaya mempertahankan kemahkotaan kemenangan dengan keringat yang digantikan dengan kepuasan dan senyum memanjang.
Pujian harus diberi juga kepada penjaga gol kita orang, JJ, walaupun pertama kali diturunkan pada perlawanan internasional peringkat kelab, telah menunjukkan kecekapan membaca arah bola. beberapa percubaan yang merbahaya, telah dapat ditangkiskannya dengan bergaya walaupun tak setinggi mana. Cubaan-cubaan merbahaya dari pihak lawan adalah sama dengan percubaan-percubaan seperti penyerang-penyerang dari Kelab-kelab Eropah, seperti Ronaldo, Bebeto, Zedane, Kitasuk dan juga James Wong. Pakngah, penjaga gol utama, harus berwaspada. Dia tidak dapat hadir pada perlawanan ini kerana sedang berada di Italy , berunding dengan kelab Inter Milan untuk membeli sepasang glove keeper kelab tersebut.
Yang paling gembira adalah pengurus Mafia Corp., Uncle. Pertama kali dia dapat turun untuk menyaksikan perlawanan pasukan kita orang. Kali ini tiada ader aper-aper masalah yang berjaya menganggunya. Dengan semangat yang membelah langit, hujan yang turun tidak dihiraukan. Semuanya diredah. Hanya satu yang tersemat dijiwa. Berada di padang INTAN wajib dilaksana.
Uncle mengatakan dia berpuas hati dengan gaya lengguk permainan pasukannya walupun ramai pemain utama tidak dapat hadir menunjukkan body. Pemain-pemain simpanan telah menunjukkan semangat permainan dan melawan yang tinggi tanpa mengenal penat lelah. Ini menunjukkan pemain-pemain Mafia Corp. tidak mempunyai perbezaan yang ketara sesama sendiri. Didalam latihan kenalah semua pemain bekerja keras dengan mengangkat batu bata 15 tan, mengorek lubang sedalam 15meter, menebang pokok sebanyak 15 buah dan menarik keretapi dengan gigi unutk menunjukkan kegigihan dan kemantapan masing-masing utnuk terpilih mewakili pasukan.
Perlawanan ini adalah anjuran pihak INTAN, jadi tidak ader siaran langsung dan juga acara-acara selingan sebelum perlawanan. Jumlah penonton tidak sempat dikira, kerana sebaik sahaja pemain kami sampai, terus menukar seluar dan masuk padang dan main. Tu yang jem-jem tu....kerem-krem..sengal-sengal...kerana tidak ader strech dulu.
Setiausaha Mafia Corp. juga tidak menghadirkan diri demi kerana tugas. Tulisan kali ini adalah bayangan dari penceritaan pengurus pasukan, Uncle, kepada sepuh. Foto jugak tak sempat ditangkap, kerana...tak cukup orang...yang tidak bermain...Uncle...sibuk memberi arahan dari semua sudut...termasuk tendangan sudut, Izwan...UTM mari...jadi jaga garisan...yang selalu dijaga oleh JJ, jadi...kamera diletakkan saja dibawah garaj.
Ni dulu la buat time ni...last-last, berhati-hatilah korang semua, pemain utama, kerana pemain yang selalu sejuk tersimpan dalam peti sejuk, mula memasang penghawa panas didalam peti sejuk mereka. A.W.A.S.........!!!!!!Kekekekek...kruk.........!
Senarai nama pemain - semuanya takder dalam gambar
JJ/ Joos / MJ Baggio / Seman Sap / Lan Gamma / Binjay / 25sen / Linggi / Ronaldo Jantan / Jackal / NX105
Senarai nama pemain simpanan
Takderrrrrrr....!!!