Assalamualaikum dan selamat sejahtera....!
Alright! Begitulah kata-kata dari pengurus pasukan bolasepak Mafia Corporation atau Teknikal Bernama pada perlawanan persahabatan menentang MMC ( Malaysian Mining Corporation ). Ya! Hehehehehe...pengurus yang pertama kali menjadi pengurus untuk perlawanan Mafia Corp. dan kemenangan pertama dari 3 perlawan yang telah diadakan. Sebelum ini, kalah dengan Bernama All Star dan seri dengan Computer System Advisor. Uncle, pengurus sebenar tidak dapat menghadirkan diri, kerana motosikalnya mengalami kerosakkan kritikal dan di masukkan ke ICU, maka sepuh, setiausaha Mafia Corp, dilantik menjadi pengurus sementara. | ![]() |
![]() Antara ribuan penyokong |
Perlawanan telah diadakan di padang Hospital Besar Kuala Lumpur. Kali ini, penonton sungguh ramai tapi tak tau berapa ramai sebab kalkulator Uncle dah ambik untuk mengira perbelanjaan motornya di ICU, dengan berpakaian serba putih, dan bercalit samada biru, merah atau hijau di kepala. Hinggakan semuanya terpaksa berdiri, kerana tempat duduk tak der! Mana tak putih, semuanya misi.....nurse....doktor dan para attendan juga pesakit-pesakit yang mampu turun ke padang dengan baju yang menunjukkan mereka tinggal di dalam Wad. |
Kemenangan pada perlawanan ini menjadi perangsang kepada Mafia Corp untuk terus menampakkan belang. Belang hijau ngan putih. Belang yang dari satu perlawanan ke satu perlawanan yang semakin jelas. Walaupun tak semantap pasukan Italy atau Brazil atau Sepanyol, tapi kiranya berupaya jugaklah untuk mengucar kacirkan 3 pasukan tadi jika bertemu.
![]() Jantan - tiada didlm gambar |
Ek eleeeeee...keputusan tak ditaipkan lagi...ishishish.....Keputusan perlawanan....Mafia Corporation 2 .... MMC......0. Kedua-dua gol dijaringkan pada separuh masa pertama. Mula-mula star kita orang, lari lau, stamina mana datangnya, tak tau, selalu datang lambat sikit...sikit ajer.....Ronaldo Jantan pada minit ke 11.5 dari sebelah kiri pintu gol yang agak-agaknya lah, lebih kurang 13 meter, yang mengelirukan penjaga gol dan masuk sebelah kanan. Gol kedua menusul pula pada minit ke 18 oleh 25sen, setelah bola melepasi pertahanan lawan dan 25sen terus mengejar dengan lajunya, semua terkejut, kecuali penonton bukan dari Mafia Corp, dan terus berhadapan dengan penjaga gol lawan. Dengan mudah dia menolak masuk kejaring. Mana tak terkejut, sejak dua menjak masa tua ni, mana dia pernah lari macam tu. Lepas jaringan tersebut, 25sen, banyak menghabiskan masanya di tengah padang, dan sesekali membantu pertahanan. Dia dah penat. Dada dah nak pecah. Walau bagaimananpun, dia berupaya bermain sepenuh masa. |
Separuh pertama, kedua-dua pasukan sama banyak membuat serangan dan bertahan. Namun banyak percubaan yang tersasar. Pakngah...penjaga gol utama Mafia Corp., segak dengan jersey warna merah, berseluar hitam dan bersarung tangan kulit, berjaya menyelamatkan beberapa percubaan walaupun pada satu ketika dia dipersalahkan oleh pengadil kerana kesalahan menyimpan bola. "Undang-undang dah tukar ke?," itulah jawapan pakNGAH apabila ditanya atas kesilapan yang dilakukannya.
Pada separuh kedua, Hassler digantikan dengan Rentong kerana dia dah kepenatan sikit dan untuk menyimpan tenaga pada perlawanan boling malam ni. Pasukan MMC lebih banyak membuat serangan. Bertalu-talu hinggakan Mafia Corp. hanya mampu bertahan dengan badan, kaki, peha, kepala, bahu mahupun tumit di keting. Namun, gol tidak dilepaskan walaupun agak kucar kacir sedikit. Sehinggalah tamat permainan, keputusan tak mahu berganjak. Kekal, seperti tajuk nyanyian Ziana Zain.
Oh ya...kali ini tiada siaran langsung, cuma delay telecast yang disiarkan di seluruh Kampung Bunut Payung. Tiket habis ditempah melalui Internet 2 bulan sebelum perlawanan. Majoriti dibeli melalui package oleh pihak Hospital Besar. Sesungguhnya, hanya satu tiket yang tinggal, yang telah ditempah oleh Timah Janda, tapi dia tidak menampakkan batang hidung. Bila dihubungi, beliau berkata pada masa itu ada kecemasan, ader orang masuk minang secara tiba-tiba. Walaupun tidak hadir, harga tiket tetap dia bayar kerana memberi sokongan kepada Mafia Corp.
Buat pertama kalinya, sebelum perlawanan, Mafia Corp. telah mengadakan pertunjukkan untuk semua yang hadir dan juga diadakan secara delay telecast keseluruh Kampung Bunut Payung. Acara pertunjukkan ini telah mendapat kepujian dari semua penonton. Ahli Mafia Corp. yang tidak terpilih untuk perlawanan ini, telah mengadakan perlawanan Galah Panjang dan Kondang Kondi sesama sendiri. Tepukan dan sorakan yang amat gemuruh telah diberikan hingga menggegarkan pagar sekeliling padang permainan. Rupa-rupanya kebanyakkan yang hadir telah lama tidak menonton permainan tersebut dan mereka amat rindu melihatnya. Pertunjukkan ini dikepalakan oleh Sateyy, Anakjati, NX105 dan Richard. Beberapa penonton bertuah telah dipilih menyertai sama. Diantaranya ialah Platini, Romario, Jurgen Klinsman, Gazza ( yg baru digugurkan dari skuad England ), Celion Dion, Pamela Lee Anderson, anak Lady Di, Prince William dan Spice Girls. Kepada yang tidak terpilih seperti Prince Charles, Zidane, Alan Shearer, Halim yatim, dan lain-lain, jangan berputus asa. Cuba dilain masa. Mungkin tuah akan tiba. Datang bernyala-nyala. Seperti pasukan Mafia Corp. yang mencuba. Kemenangan datang jua. Setelah 3 perlawanan penuh gelora.
Setelah 3 perlawanan, kefahaman sesama pemain telah dapat dipertingkatkan. Namun kecergasan dan taktikal mesti dan akan ditusukkan didalam latihan. Latihan pengaliran otak untuk dapat berfikir didalam masa yang singkat juga akan dipertingkatkan dan didirikan dengan lebih anggun lagi. Setelah semua ini berjaya diselitkan didalam sanubari setiap pemain, maka, pasukan Mafia Corp. bersedia untuk menjadi pencabar paling digeruni di dalam Serie A, Italy. | ![]() Carta perlawanan Mafia Corp. |
Kesemua pemain simpanan telah diberi peluang bermain, kecuali penjaga gol simpanan, JJ, yang menjadi linesman sepenuh masa. Peluang tidak tiba kepadanya, kerana pengurus sementara, sepuh, melihat keadaan yang tidak sesuai untuk menukar penjaga gol. Ketika itu, pintu gol diasak hebat oleh lawan sehingga tamat perlawanan. Juga, pakNGAH ketika itu menunjukkan form yang baik. Namun, JJ yang understanding dan faham, tetap memberi komitmen untuk menjadi linesman sehingga tamat permainana. Tahniah kepada beliau. Lepas ni kita makan buah lai dan epal.
Sehingga ini dulu buat kali ini, sampaikan salam rindu dan sayang secara zahir mahupun batin buat tersayang yang sentiasa bermain-main diruang mega otakan ku, yang sentiasa terselit hatimu dicelah hatiku, tidak akan berubah nyalaan api cinta walau ditiup gelora ombakan menghempas....ishishish....camner tersasul lak.......belah dulu...dah abeh modal...nak kuit...akhir kata...dibawah ader senarai nama pemain. Zaragoza. Chow.
Senarai Pemain
![]() |
Tahniah dari S/Usaha Mafia Corporation yang kemudian pergi minum ngan pemain, tapi SSB, bayar sendiri kerana suntikan modal sebanyak 15 juta belum diterima.