YEEEEEEEEEEEEHHAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.........!!!!Kembali mengganas! Ya........sepuh dan Sateyy menunjukkan kegarangan, kejituan, kesinambungan, ketajaman, kehenseman dan bermacam-macam ke lagi. Dengan kudrat yang serba terdaya dan kuat, balingan bola seberat 20, menteraburkan pin-pin yang sungguh liat dan degil untuk diteraburkan semasa pusingan kedua yang lalu.

Setelah difeladkan dengan 1001 macam felad, ketabahan jiwa, kesungguhan hati, kesabaran sanubari dan kedayaan tidak mengaku kalah berjaya membuktikan bahawa felad yang difeladkan adalah sementara semata-mata. Bukannya berkekalan sepanjang masa. Hanya untuk sebulan sahaja. Tetapi kalau dua bulan jenuh juga. Kalau 3 bulan, teruk ler jiwa. Boleh jadi gila.

Dengan kesuburan jiwa yang tidak dapat dilayukan dengan felad melimpah ruah, sepuh dan satey berjaya mendaki 22 anak tangga, ya, diulangi, 22 anak tangga. Aper dia...tak dengar....lagi sekali diulang...22 ANAK TANGGA...........Yehaaaaaaaaaaa.....! Tidak dapat dinafikan lagi, tidak dapat disangkalkan lagi dan tidak dapat diselindungi lagi, kejayaan ini adalah kejayaan mempertahankan diri dari serangan felad kilat selama sebulan....hehehehehe....!Akekekekekekekek..kek!
Kita tinggalkan dulu cerita sepuh dan satey. Pada pusingan ke 3 ini, keputusan yang memeranjatkan dan sungguh diluar dugaan sama sekali, Tupit....ya Tupit....oh...mengejutkan dan menggemparkan....berjaya menduduki kerusi JUARA. Bagaimana ini boleh terjadi? Mengikut dari rencah-rencah dan sumber-sumber yang samar-samar tapi boleh dipercayai, beliau, Tupit la...menggunakan toyol untuk menjatuhkan pin. Adakah ini benar, tidak dapatlah ditentukan kerana Tupit tidak dapat ditemuduga disebabkan dia tak boleh bercakap, asyik tersenyum dan tergelak memanjang. Diharapkan, beliau akan sembuh dengan segera.

Tupit sedang membuat balingan

Joos, yang menduduki tempat ke-2 dipusingan ke-3 ini, tidaklah berapa mengejutkan kerana beliau adalah salah seorang pilihan setelah berakhir pusingan pertama. Namun Joos dan Tupit berjaya memintas Hassler yang menduduki tempat ke-3. Namun, secara keseluruhan, Hassler masih diatas.

Daewood jugak membuat sensasi dengan menduduki tempat ke-5, mendaki 11 anaktangga. Jugak Mafianet, tidak ketinggalan dengan buatan sensasinyer, turun tempat ke-11. Diulangi, tempat kesebelas brother dan sister. Mengapa? Kerana bawak awek, macam partner dia semasa pusingan ke-2 dulu, Rentong. Namun Rentong, mengekalkan kedudukannya, samada bawak awek atau tidak. Samerrrrrrrrrr.....saja! Tapi yang sebenarnya, Mafianet terlupa nak basuh contact lens nya....dah kelabu dan Rentong pulak, pihak Lakers tak bagi dia pakai kasut kulit tajam sampai ke lutut yang telah sebati dengannya.

Sarjan pulak...heheheheheee! Nasib baik tidak masuk kedalam golongan kurang upaya. Frame terakhirnya, telah menyelamatkan dari felad yang bakal melandanya. Tapi bolehlah dimasukkan kedalam kategori separuh upaya.Nengokler gambor tu, sarjan tengah marah

Rekod yang paling mewangi kali ni dibentangkan oleh Binjay, yang turun 24 anaktangga....ishishish...sensasi jugak ni. Keseluruhannya, ada yang tidak stable, turun naik dan ader jugak yang stable menggolongi kategori upaya.

Berbalik kepada cerita sepuh dan Sateyy, apabila ditanya kepada Sateyy, bagaimana dapat mengembalikan maruah yang tercemar, jawabnya," kali ni satey....Sateyy sendiri yang bakar dan gunakan kipas angin siling, itu sebab sedapppppppp....!". "Statergi penganjur,"jawapan yang serupa dari sepuh apabila ditanya oleh dirinya sendiri. Dan yang penting, ia dapat membuatkan partnernyer, pakNGAH, untuk menarik balik surat tunjuk sebab yang hendak diberi kepada sepuh.

Jebat pulak, yang masih mengekalkan DOWN 3 nya, memberikan alasan TUAH tak der. Telah ditikam dik keris Tamingsari.

Berita sedikit gembira untuk pusingan ke-4 nanti, akan disediakan mineral water yang disponsor oleh Bos Teknikal, bos kita orang la. Tapi dia sendiri tak main.