Highlight of The Month...! Highlight of The Month...! Highlight of The Month...! Highlight of The Month...! Highlight of The Month...!.......Saper diaaaaa......aaaaaaaaaaaaaa......Tupit.....sekali lagi T...U...P...I...T....! Setelah sekian lama selama 4 bulan dia berada di top 5, kini tergelincir kebawah...tidak termasuk didalam senarai top 10. Terantuk kebawah kedalam golongan orang kaya yang tidak berupaya. Keriakan dan kebanggaannya selama ini, bertukar menjadi kekriokkan dan kesedihan. Sukatan temperature yang selalu disuhukan terhadap pakar2 boling Mafia Corp, disorok dengan penuh kesyahduan agar ianya tidak memakan tuan. Lebih tepat lagi, senjata memakan tuan, ataupun tuan memakan senjata.
Mafianet kembali menyinggah disinggah sana atas setelah terhumban bulan lalu. Senyum memanjang sepanjang masa. Aweknya pun gembira seribu bahasa. Kerana tidak boleh berkata-kata, walau sepatah perkataan jua.
Rentong memeranjatkan perhatian pakar boling dunia setelah berjaya melonjakan tangan dan badan ketahap atas, mencecah mata 800. Dia telah dapat menyesuaikan diri melontar bola dengan kasut boling. Tak payah lagi mengharapkan pihak taukey Lakers Bowl membenarkan dia memakai kasut boot tajam paras lutut ketika bermain. " Aku telah jual kasut boot tu," jawab Rentong apabila ditanya apakah perasaannya 30 saat selepas tamat permainan dan terus meluru keluar untuk menalipon seseorang.....saper dia....lawyer...doktor...mata-mata....bukan....mestila.....kakakak muakakak....
Linggi menjunam jauh kebawah...nunnnnnn dibawah....bersama sateyy yang mengambil tempatnya semula pada 2 bulan yang lepas. Linggi menyatakan, kejunaman permainanya disebabkan meminum air free...air sponsor. eleh....ek eleeee. Sateyy pula kerana bawak 3 orang awek...kalau bawak 5 ke... 9 ke... 15 ke... nescaya dia akan dapat mempertingkatkan penggolekkan bolanya dengan lengguk yang lebih.
JJ menggemparkan. Kembali menularkan sanubarinya dengan kepakaran seperti sebelum mempunyai bola sendiri. Mengangkat mertabat berangan-angannya untuk menjadi juara bulanan dan dia mencecah lebih 900 mata indeks untuk menjadi juara pusingan kelima.
Pakngah pulak....my partner....menyinggah suhu lebih 800 darjah. Dia senyum megah. Tak nampak dah member2 dibawah. Tido malam bermimpi bola diasah. Moga bulan depan 900 dijengah. Juara bulanan angan diarah. Tapi frust server down tak sudah. Habeh sepuh dia sasah. Tak dapat tunjuk pada dia...lah. Hanya cerita sahaja melimpah ruah. Kepada sidia yang manisssss wajah.
Yang lain, masih lagi naik lif turun lif. Sekejap tingkat 15, sekejap tingkat 8, sekejap tingkat 2, sekajap pula tingkat 12. Dan ini mencantikkan graf permainan masing-masing. Macam gunung-ganang dilihat dari jauh.
Pemburuan juara masih terbuka. Hassler masih belum dapt mengembalikan kelancaran permainannya. Dia dikejar rapat oleh Joos, yang berdarah manissssssss.....Menunggu ditepi padang pula, Obeyzz...yang kawannya telan sain MOU....dan Mafianet....yang dah lama tak mentenet.
Acara beregu pula masih terbuka kepada 4, 5, 6, 7, 8, 9 beregu. Kedudukan mata kiri dan kanan adalah begitu rapat. Sekejap mata kanan mengenyit. Sekejap mata kiri mengenyit. Rapt...sungguh rapat, kemungkinan pusingan akhir baru dapat, saper juara hingga keempat. Kelima, keenam, ketujuh dan seterusnya kita lihat. 2 pusingan lagi penentu pengejaran hebat.
Perhatian : Sever cerita ni down untuk sebulan adalah kerana talian data disalai dengan bara api oleh sateyyyyyyyy......! Sekian untuk makluman semua terutama pakNGAH...yang termengah-mengah, balik dari tasik sebelah.