Dimana bulan disitulah bintang. Sinaran mentari melupus diri, bintang bulan mengagah diri menjelma. Mendung gelap, gelap mendung. Cerah timbul, timbul lak juga. Kepadamu kekasih hati, kupinta darimu keceriaan membara dijiwa, sesungguhnya, berilah aku semangat sebagai tonik kekuatan mental dan tenaga, buatku, menghabiskan sisa-sisa baki perjuanganku. Akan kuminum tonik tersebut dengan penuh kesemangatan yang tidak dapat dikira dik mata manusia. Akan ku minum Tonik Cap Gajah, tapi bukan sekarang, mungkin......ah...! masanya akan tiba. Kuharap, galakan semangat tak kunjung padam darimu, melonjakkan aku ketempat yang harum. Seharum mawar yang sedang mengembangkan kelopaknya diembunan pagi. Seharum dikau semasa pergi dan balik kerja. Sembilan haribulan tujuh itulah sembilan puluh tujuh, yang pasti, kelembutan dan kesyahduan semangat tanpa henti darimu sayang, aliran demi aliran tonik kau tuangkan, angka tersebut tidak akan menjelma lagi. Oh tidak.

Diketika aku menghayun tangan membaling bola menetepati sasaran, kemungkinan engkau sedang kusyuk syahdu mentelahi pelajaranmu, my sweetheart. Malam itu, sebelum aku mengaturkan langkah menuju kedestinasi perjuangan, hatiku, jiwaku dan perasaanku, tidak kehaluan. Debuk jantungku mengencangkan diri seperti lagu Aku Debuk. Fikiran dan tumpuanku menghala hanya kesatu arah. Sayang.... kerinduan yang mencengkam bak kilat menyambar pantas, bak banjir kilat di ibukota, bak keputusan air secara tiba-tiba, menginginkan daku untuk terus menyampaikan gelora taufan rindu ini kepadamu dikala itu jua. Namun, kepentingan diri mu diwaktu itu yang sedang menghadapi rujukan demi masa depan, kupendamkan segalanya, kutanamkan semuanya, ku simpankan keseluruhannya. Ku teruskan jua langkahan ini walaupun longlai layu bagai sayur tidak disimpan didalam peti sejuk. Namun semangat yang aku cuba kuatkan dan gagahkan, gagal untuk menangani kerinduan yang sedang mencucuk ngilu. Sesungguhnya, ketahuilah olehmu sayang, aku dikala itu betul-brtul merinduimu. Balingan demi balingan, lontaran demi lontaran, sebahagian besarnya menjadi milik kiri kanan lorong yang berlekuk. Sebahagian kecil sahaja lontaran ku sayang, yang menjatuhkan kegagahan pin yang berdiri megah yang seakan-akan tersenyum manja kepadaku. Mungkin kerinduanku padamu yang amat sangat diketika itu, pin dihadapanku, kuterbayangkan wajahmu. Setiap kali keterbayangan kemesraan itulah, lontaranku menyepi. Dan aku, diri ini , jiwa ini, gagal mencecah angka tujuh ratus, tetapi masih meninggi dari teman sebereguku yang juga mungkin sehaluan denganku diketika itu.

Malam berganti dinihari, dinihari berganti subuh, berganti pula pagi nan segar dan indah, maka ketika itu juga timbul matahari yang menerangi alam semesta ini. Aku terus membuka tingkap dan mendepa tangan ku sepanjang yang boleh menghirup udara segar dan nyaman sambil bibirku menguntumkan senyuman yang tak kunjung padam, walau disimbahi air perigi atau air paip. Tersenyum ku menghantui bibir kerana terkenang dan mengenangkan peristiwa malam tadi, sembilan haribulan tujuh, yang kembali membawa tuah. Ya....kekasih hati ku yang sering memberi semangat kepadaku dengan lagu dan lirik nyanyian Lagu UMNO, telah membuatkan aku kembali kepersada yang membanggakan. Aku tahu sayang, engkau turut berkongsi sama dengan keceriaan yang sedang aku alami dan akan terus aku alami sepanjang bulan Julai ini. Alat sukatan suhu kembali berfungsi setelah dihantar untuk diembunkan sepanjang bulan Jun yang lalu. Aku berjaya. Aku bangga. Aku suka. Aku kembali mengganas penuh kelembutan mendaki tahta Liga. Bukan lapan ratus, bukan lapan ratus lima puluh, bukan lapan ratus sembilan puluh sembilan, tetapi ketahuilah sayang, sembilan ratus. Ya sayang, sembilan ratus dan aku diangkat sebagai juara bulan Julai. Ku ulangi, juara bulan Julai. Juara untuk kali kedua setelah lima peringkat diperjuangi. Ini semua adalah hasil ketidak jemuan dirimu menanamkan semangat Malaysia Boleh kepadaku. Walaupun aku tau, terkadang-kadang engkau jemu, namun keeratan kasih sayang kita, membuatkan jemu itu engkau pindahkan jauh dari lubuk jiwa mu. Teruskanlah sayang. Teruskan. Berpanjangan. Itulah harapanku terhadap kejayaanku. Kejayaan kita bersama. Iringkan doamu agar semangat Malaysia Boleh terus dan tetap tertanam dilubuk benak fikiranku. Diseluruh kekuatan tubuhku. Kata-katamu semangatku. Semangatku mengagahkan nilai kata-katamu. Kesetiaanmu membuatkan aku menyimpan hatimu dibalang kaca hatiku.

Dibawah neon aku berdiri. Simbahannya menerangi sekeliling. Kepulan asap turut memenuhi. Bau harum mencengkam deria bauku. Deria bauku sudah sebati dengan keharumanmu. Aku masih berdiri disitu. Aku masih setia menegakkan diriku menghadapimu. Engkau juga sayangku, masih setia bersamaku. Sekali kulentur engkau tidak membantah. Sekali aku merenjismu, engkau masih teguh disitu. Kuangkamu dengan lembut. Kutimang akan dirimu dengan penuh kasih sayang. Kubelaimu dengan penuh perhatian. Hatiku tidak pernah berbelah bagi diwaktu itu. Hanya engkaulah yang aku tatap. Hanya engkaulah yang aku renungi. Hanya engkaulah yang aku sirami. Tiada lain hanyalah engkau. Aku sungguh gembira hari itu. Perhiasan mu yang kerap aku padankan ditubuhmu, aku menukarnya untuk kali ini. Aku hiaskan dengan perhiasan yang lebih bermutu tanda kasih dan sayangku yang tidak berbelah bagi kepadamu. Kayu cengal dan cendana menghiasimu, menggantikan lidi dan buluh. Kipas kapal titanic kusediakan untukmu. Sungguhpun bara api dari arang membakarmu, engkau tetap mengeluarkan keharuman jua membuatkan aku sesungguhnya menyayangimu sepenuh nulari ini. Aku turun ke gelanggang selepas bermanja denganmu. Aku yakin seyakinnya, kesetianmu akan membuatkan prestasi aku melambung tinggi. Memang benar sayang. Aku meletakkan sudut fikiranku membayangkan ketika aku menimangmu. Lantaran itu, lontaran aku menjadi. Walaupun tidak melepasi lapan ratus, namun mata yang dipungut, memuaskan aku, tetapi bukan nafsuku. Keharuman yang sentiasa engkau keluarkan tanpa jemu-jemuan, mentafsirkan semangat juangku yang tinggi. Teruskan engkau dengan keharumanmu. Aku. Aku akan terus membelai dan menimangmu dengan penuh belaian jiwa. Hanya engkau yang satu yang membawa rezeki kepadaku. Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

Wira, Iswara, rusa dan kancil. Kancil tetap menjadi pilihanku. Walaupun sekarang bukan milikku sesahnya, kenalurian kesetiaan dan kasih sayangmu jua cintamu terhadapku, sekarang ini menjadi milikku. Begitu jua segala kesetiaan dan kasih sayang yang tidak terkata-kata menjadi milikmu. Dengan ungkapan ini, kekasih intan payung gunungku, aku masih berada dilandasan menuju sasaran kejuaraan. Hasil dari ketidak jemuanmu mencurahkan kerinduan dan kasih sayang yang tidak pernah putus walau sesaat dan seketika pun. Aku berada tidak jauh dari pencabar terdekatku yang menjadi pilihan untuk juara. Semangat juangku dijolokkan dengan kebersihan dan keputihan hatimu, melonjakkan keyakinan diri ini. Aku yakin. AKu tidak akan tergelincir dari landasan yang telah aku bina ini. Kejernihan hatimu menjernihkan fikiranku. KepadaNYA kita berdoa, termakbullah semua cita-cita kita juga keluarga kita. Aku yakin. Engkau pun yakin. Kita YAKIN BOLEH. Percayalah sayang. Doakan kejayaan abang.

Walaupun jasadmu jauh dimata, berpaling tadah jauh dari mata, mengenyit yang lain tidak pernah terlintas dikepala, apatah lagi membahagikan kasih sayang dijiwa. Semangat juangku masih tetap membara. Melintang patah, mengundur tidaklah aku keletah. Walaupun engkau jauh, tetapi jumlah mata pencabarku dekat menghampiri. Keseluruhannya, aku masih mengungguli. Hayunan balinganku mengikut irama tarian kasihmu. Lagu cintamu, menderaikan pin didepan mata. Menambahkah jumlah mataku. Tetapi aku tidak pernah bermain mata. Pancaroba yang datang, akan tetap aku renangi. Akan tetap aku selami. Begitulah hatiku padamu, begitu jualah keyakinanku mengungguli kejuaraan dikala aku sesungguhnya sibuk mengahadapi KL98. Teruskanlah menyuntik benih-benih kebahagian terhadapku. Benih yang insyaallah akan tumbuh segar dan mekar persis daun teh di Cameron. Keyakinan yang kau tanamkam menghasilkan kemeriahan yang berlipat ganda. Kejayaanku adalah kejayaanmu jua.

Dekat dimata dekat dihati. Senyuman manismu sering ku nikmati. Lirikan ekor matamu yang manja sering aku hayati. Hari berlalu mendalamkan pertautan kasih. Kelibat gerakmu menyegarkan cinta. Kesegaran cinta melebatkan kasih. Kelebatan kasih mencerahkan harapan. Meskipun sayang, pertentangan mata kerap terpapar seharian kita, ucapan kasih sentiasa saling kita mendengar, bukan bosan yang terhidang dan terentang tetapi setiap kali renungan matamu dengan pandangan penuh kemanjaan dan senyuman penuh keceriaan, menaikkan tahap reaksiku ketika dimedan perjuangan. Ya....cahya hatiku, sehingga ketahap aku disegani samada diUnitku atau diseluruh bangunan. Aku juga berada dilandasan kejayaan. Sebagaimana menebalnya kasih ini meneruskan perhubungan kita, begitulah perjuanganku mengejar kejayaan. Kejayaan yang terhasil dari lirikan mekar keharuman kelopak kasih dan sayang mu. Teruslah engkau mekar, wahai kekasih. Nescahaya, kemekaranmu akan membuahkan penghasilan kejayaan ku dan kemekaran itu jua yang menempatkan aku pada high game tertinggi. Sayang, acara individu masih upaya ku mengejar diketika berada ditempat ketiga dikala ini. Namun buat beregu, partnerku asik turun dan naik lif. Bukan salahmu sayang. Itu sudah kehendak takdir. Kejuaraan individu tumpuanku. Tetapi kita tetap berdua-duavidu dari sekarang, besok dan akan datang. Alunan kasih menguntum kemekaran setiap cintamu, membahagiakan aku. Ketahuilah.

Setiap hari hatiku melekap padamu. Setiap hari kusirami dan ku belaimu. Belaianku tidaklah berpecah 10 atau 30 tetapi hanya satu. Satu itulah untukmu sepenuhnya. Kalau engkau tercedera aku sedih. Kalau engkau kehausan kasih akan terus aku memberikan kau kasihku. Aku menatangmu sayang, seperti menatang CPU. Penuh berhati-hati. Engkaulah yang bermaharaja lela dihatiku. Engkau jualah yang telah menyematkan pin didadaku. Panahan kesuburan cintamu, membuahkan hasil penuh kelunakkan dan kekejutan. Aku berjaya melepasi angka lapan ratus dan menduduki top 5 pusingan kelima. Belum pernah aku melepasi angka ini. Kemerahanmu merealistikkan kejayaan ini. Aku berjaya sayang. Aku bangga sayang. Kejayaan pusingan ini memberikan kekuatan tubuhku yang agak membonjol untuk terus menaikkan taraf kedudukan ku. Aku percaya, aku akan menduduki top 5, kalau tak pun top 10 ataupun top 15 dan tak mustahil top 20 dan boleh jadi kalau nak terjadi top 25. Janganlah engkau berpaling tadah, wahai cahaya penyinar seri perjuanganku. Hayatilah bait-bait lagu CT Nurhaliza, Aku Cinta Padamu. Mewangilah dikau sewangi-wanginya agar poketku tidak akan tergelincir disaat-saat kegawatan ekonomi kebanyakkan negara kini. AKU CINTA PADAMU, KANCIL MERAHKU YANG CUTE dan sesungguhnya memang cute dengan sport rim yang aku hadiahkan kepadamu sempena ulangtahunmu ke - 4 yang kita sambut bersama di Ulu Yam. Dikala itulah engkau berjanji akan tetap cinta padaku dan kasih yang ada disanubarimu, hanyalah aku yang layak untuk memilikinya. AKU CINTA PADAMUUUUUUUUUUUUUU...!!!!!!

Tidak pernah mengenal jemu. Tidak tahu jerih dan payah. Hanya mengikut telunjuk manusia. Diarahkan naik, naiklah ia, diarahkan turun, turunlah ia. Mengikut rentak butang ditekan. Namun untuk bulan ini, ramai yang naik dari turun. Hujan ditengah hari, ribut ditengah laut. Walaupun sepuh, pakNGAH, Jantan, Linggi dan lain-lain yang masih berada digarisan sama, kenaikan permainan setengahnya berjaya melepasi mereka yang masih berada digarisan yang sama. War4, Hensem, Jebat terus menaikkan taraf permainan masing-masing. JJ masih turun naik macam binjay. Habehhhhh....ide dah habehhhh....!!! Yang tak tersebut nicknya....sorry sesajerlah, bunga gelap bunga terang, mungkin ader keluaran akan datang.