Bolasepak Persahabatan Mafia Corp dengan CSA.

Hebat. Sungguh hebat. Sebanyak 6 gol telah di jaringkan dalam perlawanan persahabatan ini yang telah mendapat liputan meluas seluruh Siam oleh TV7 Siam Channel. Lebih kurang 70000 penonton telah bersesak-sesak memenuhi stadium Pusat Latihan Telekom Jalan Semarak yang boleh memuatkan 300 orang. Majoriti penonton pada hari itu belum membeli tiket ketika ke Stadium. Jadi, samada jadi tak jadi, yang datang tanpa tiket tidak dapat masuk ke dalam. Hanya mereka yang telah menempah tiket melalui cyber dibenarkan. Untuk mengelakkan rusuhan sebab tidak berpuas hati, pihak penganjur, Mafia Corporation, dengan serta merta sepantas Ronaldo selaju keretapi Jepun, menyediakan layar besar di luar stadium untuk mereka menyaksikannya secara langsung.

Keputusan seri 3 sama telah memberi kepuasan kepada pasukan Mafia Corp yang bermain tanpa kehadiran Pengarah Kejurulatihan, Uncle, yang tidak dapat hadir oelh sebab-sebab yang ingin benar beliau elakkan, tetapi terpaksa mengalah kepada cuba mengelak. Jadi tidak dapatlah beliau mengelak.

Pasukan Mafia Corp
Serang menyerang secara taktik terbuka, telah menghiburkan semua penonton yang hadir di dalam mahupun di luar stadium malah mereka yang berpeluang menonton siaran langsung di rumah walaupun permainan lewat setengah jam di sebabkan pengadil terkandas di dalam lif rumahnya. Saudara MJ Baggio menjadi pengadil sementara selama 8.32 minit sehingga pengadil sebenar muncul dengan senyuman manis yang hambar lagi berpeluh-peluh di sorak penonton di stadium mahupun di rumah.

Didalam perlawanan inilah, pertama kalinya jersi rasmi Mafia Corp menunjukkan diri. Tepukan dan sorakan gemuruh bersama kicauan gagak, mengiringi pemain-pemain memasuki padang setelah semua pemain di "warm up" kan oleh MJ Baggio selama 5 jam 21 minit.

Pasukan Mafia Corp lebih dahulu menguji penjaga gol lawan tetapi dapat diselamatkan. Dengan semangat jersi baru, serangan demi serangan di lancarkan. Bertali arus dan terus menerus selama 10 minit sebelum pihak lawan dapat memutuskan tali yang berarus itu. Penjaga gol lawan lebih banyak berpeluh didalam menyelamatkan arusan dayu bola samada laju ataupun perlahan. PakNgah, penjaga gol Mafia Corp sesekali dicuba dan dapat menyelamatkan beberapa percubaan walaupun ada yang bolos.

Di akhir permainan, kedudukan seri mengikat janji. Kedua-dua pasukan berpuas hati. Walaupun menengokkan Joos setengah mati. mengejar bola kesana kemari. Kerana dia menjadi pemain dibelakang sekali. Tetapi di depan pakNgah yang handsome berdiri. Dengan sarung tangan baru dikesepuluh jari.

Penjaring-penjaring gol bagi Mafia Corp adalah War4 pada minit ke - 14.5, MJ Baggio pada minit ke - 67 dan Jantan pada minit ke - 79. Manakala pihak lawan di jaringkan oleh Repassi pada minit ke 50, Merzagua Abderrazak minit ke - 71 melalui tendangan penalti setelah Azman Sap tertahan bola dengan tangan dan Katisuk Semuang pada minit ke 86.

Iklan Perlawanan
Selepas permaianan, di tanya pada pakNgah, bagaimana 3 gol boleh dilepaskan. Jawapnya," perkataan CSA membuatkan keriadahan otaknya kembali ke zaman silam, yang meghancurkan janji yang di ikat reben bertinta emas." Apabila didesak, apa kena mengena CSA dengan zaman silam, " Cinta Sesejuk Airmata," ringkas jawap pakNgah dan terus meninggalkan padang utnuk kegerai tempat semua pemain berkumpul. Yang paling mengejutkan ialah Hensem, yang hanya bermain sekejap sahaja. Selepas keluar tidak mahu masuk ke padang balik dengan alsan bootnya telah dibersihkan. " Takut menjadi sandaran kekalahan," jawapan yang tidak pernah didengar keluar dari mulutnya sendiri.

"Selalu sangat sekor, bagi orang lain lak," kata-kata dari Obeyz yang tak sekor hari tu. Tapi yang sebenarnya, dia tak sedap hati melihatkan pertahanan lawan yang berbadan tegap. Jauh dari apa yang diperkatakan sebelum ini bahawa pihak lawan berbadan bujal.

Latihan akan di teruskan untuk perlawanan berikut dan seperti biasa post mortem perlawanan akan diadakan di tempat latihan.

Sekian. Wassalam. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.................................tak leh tahan dah!