Jersey baru hijau putih dan tiga buah bola tajaan BLOOMBERG telah di terima pada 25hb. Mei yang lalu. Dengan semangat yang berkobar-kobar, semangat perjuangan yang membara dan semangat jiwa yang jitu, sampai saja jersey tersebut lebih kurang jam 9 malam, tanpa membuang masa, beberapa orang ahli Mafia Corp yang masih berada di opis terus memperagakan pakaian tersebut. Siap dengan memakai boot sekali dan terus mengadakan sesi fotografi. Antara yang berkobar-kobar tu adalah Mafianet, Uncle, MJ, Jantan, Rentong, War4, Abesenyum dan Sepuh. Walau bagaimanapun, Sepuh hanya berfoto sekali saja, tidak macam deypa, berpuluh kali. Sebab Sepuh tengah kusyuk nonton bola "live" Pahang lawan Penang.

Foto-foto tersebut tidak dapat di siarkan kerana masih belum di hantar proses, ketika karangan tidak melebihi 150 patah perkataan ini di taip. Kerana apa belum di proses? Abesenyum, tuan punya kamera, bermadah-madah, tinggal lagi satu, simpan untuk dia berfoto bila beli boot baru. Lepas tu pakai jersey baru. Tangkap sorang-sorang. Baru mengancam.

Semua ahli Mafia Corp mengucapkan terima kasih kepada pihak penaja iaitu Bloomberg. Terima kasih daun keladi, kalau ada berlebih lagi, janganlah segan hubungi kami, yang sentiasa berseri-seri, dengan rambut yang bersikat rapi dan gigi yang sentiasa di gosok setiap pagi, akan kami menerimanya dengan berbesar hati.

Beberapa perlawanan persahabatan yang tertangguh kerana menunggu ketibaan jersey baru, akan di teruskan. Bau jersey ini di harap akan menguatkan lagi otot-otot semua pemain yang telah berpenat-lelah dan tercunggap-cunggap minta air selama membuat latihan bertubi-tubi di stadium latihan Mafia Corp, demi untuk menyarung jersey baru ni. Maka bermula dari 25hb. Mei, tarikh penerimaan jersey, bancuhan air pada setiap petang akan di pertambahkan berbaldi-baldi lagi kerana setiap pemain telah di rasuk bau jersey baru. Dengan rasukan ingin menyarungnya, kemungkinan pada setiap sesi latihan, padang yang ada terasa begitu kecil. Semuanya ingin menunjukkan rasukan mereka berbaloi.

SELAMAT BERLATIH DENGAN RASUKAN SEMANGAT SETIAKAWAN