Teknikal Bernama atau Mafia Corp akan menjelajah ke Kota Bahru dan kawasan-kawasan yang seangkatan dengannya selama 4malam 3 hari.
Rombongan akan bertolak dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam. Di jangkakan tidak ramai yang dapat menyertai kunjungan ini disebabkan oleh beberapa perkara yang ingin di elakkan tetapi tetap terselak. Di antaranya :
i )Ketiadaan air di K.L.
ii )Membawa sedara ke Zoo dan Menara K.L. di musim cuti sekolah juga berkelah kat Bukit Belacan.
iii)Ingin menolong membela dan menugurangkan kegawatan ekonomi negara.
iv )Mahu tidorrrrrrrrrrrrrrr - sebab hari bekerja tidak cukup tidur......asyik MENJENGANGKAN mata mengadap benda ni.
v )Gi mengambil segulung kertas yang di gulung didalam kotak gulung yang bergulung sambil mengambil gambar sedang bersalam dengan counseler.
vi )Macam-macam lagi - "sulit dan tidak dapat diumumkan kepada umum."
Kemungkinan besar, Mafia Corporation akan mengadakan perlawanan persahabatan boling dengan KCC semasa di sana walaupun beberapa pemain utama Mafia Corp tidak dapat turut serta. Namun gitu, pemain-pemain bukan utama yang di harapkan dapat memberi saingan yang jitu lagi bersatu dan tidak kaku, akan tetap memberikan persembahan yang "mencemaskan", kerana bermain di tempat orang.