PEMBATALAN BELAJAR SAMBIL MELAWAT

Pembatalan ini bukanlah disengajakan oleh sesiapa, baik yang hidup mahupun yang mati ataupun yang sipi-sipi. Tarikh pemergian yang kebetulan jatuh pada musim cuti persekolahan, membuatkan penganjur dan yang lain-lain merasakan adalah menjadi kewajipan untuk memberi semua pelajar-pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Dengan semangat kewajipan yang meluap-luap dan jitu-jitan, kami tidak membeli tiket untuk memberi laluan kepada pelajar-pelajar tersebut. Yelah, musim cuti sekolah inilah mereka dapat pulang ke kampung samada bersendirian atau dengan ibubapa.

Kami memohon kemaafan kepada pihak di K.B. keranan tidak dapat meneruskan perancangan. Insyallah, satu hari nanti, tertunai jugalah hajat kami untuk disambut oleh orang K.B. dengan tarian Bunga Rampai...hehehehehe

Walaupun pun bersedih, kami tetap gembira kerana telah menunaikan kewajipan yang sekali imbas tidak disedari.......muakakakakakakk...!

SALAM.