Keputusan--perlawanan persahabatan dipaparan sebelum ini berpihak kepada Bernama All Star, 5 berbalas 2. Tidak sesia penonton yang hadir kerana dapat menyaksikan 7 gol dijaringkan. Tiket2 berharga 10 bath, ( kerana kegawatan ekonomi, harga tiket telah dikurangkan, satelah mendapat persetujuan dari FIFA) telah habis dijual sebanyak 15 keping. Pihak penganjur hanya menjual 15 keping tiket kerana tahu berjuta-juta penonton diseluruh dunia lebih suka menonton dirumah masing-masing sambil minum nescafe dan cicah biskut empat segi. Ada juga sorang dua yang datang tapi kehabisan tiket dan hanya menjadi penonton diluar pagar stadium. Sambutan hebat diberikan oleh pihak stadium. Sebelum semua pemain masuk kepadang, pengawal keselamatan Stadium Telekom Jalan Semarak telah meminta kami menyain autogeraf. Betapa bangganya kesemua pemain termasuk pihak lawan.
Beberapa pemain utama kami termasuk 3 orang penjaga gol tidak dapat beraksi. Ketua jurulatih telah mencuba semua pemain yang hadir seramai 15 orang untuk melihat bakat baru yang perlu diasuh juga diasah dan bakat semulajadi. Beliau telah mengarahkan kami bermain secara pantas dan laju. Pada separuh pertama ianya menjadi. Mendahului 1 - 0. Pada ketika itu Hassler telah menawarkan diri menjadi penjaga gol. Walaupun tak berapa nampak bola dan pemain, dia terpaksa membuka cermin mata satelah dipaksa oleh pengadil dan dipujuk oleh kedua2 penjaga garisan. Hassler bermain cemerlang dan tidak langsung membenarkan bola melepasi matanya yang tak berapa nampak itu. Teknikal Bernama menguasai perlawanan. Cuma nasib tidak menyebelahi. Beberapa percubaan hanya tersasar sedikit, lebih kurang 15 depa dari pintu gol atau terkena tiang gol. Ada percubaan yang sipi dari palang gol, sehingga gagak yang tengah dok relax dipuncak pokok tinggi belakang gol terpaksa beralih tempat satelah tidak tahan dengan bola yang mengacau kententeraman mereka.
Masuk separuh kedua, beberapa pemain telah kejang otot. Bukan disebabkan penat atau keletihan, tapi tidak streching sebelum bermain. Ada pula yang berkata, padang tak cukup besar. Bukan saiz World Cup! Pada masa ini, kami pula diserang bertalu-talu. Terus cuba bertahan dengan apa yang ada, kepala, tangan, dada, perut ( hehehehe ), kaki dan buntut, tapi apakan daya, hati begitu komitmen untuk terus mengejar dan melarikan bola, namun keadaan fizikal kami tidak mengizinkan. Pintu gol dibolosi juga. Inilah perlawanan pertama kami satelah berehat lebih kurang 7 bulan. Ada yang belum sempat menyentuh bola, tetapi tergolek jatuh. Tapi tak pe la kan, penglipur lara kita. Walaubagaimanapun, dia tetap memberi komitmen 100 peratus walaupun selalu datang lewat dengan 17000 macam alasan. Seorang penonton telah mengeluarkan airmata sambil terbahak-bahak bergolek-golek. Spek mata reben hitamnya turut bergolek-golek. Mungkin dia rasa kasihan dan pilu yang amat sangat. Atau mungkin ingin melupakan kekecewaannya tidak dapat menjual Jamban. Itulah Tokey Jamban yang datang lewat sedikit atas komitmen perniagaan. Macam mana nak jual. Ader ke patut dia nak jual jamban curah kat pengurusan bangunan-bangunan moden dan tinggi di Kolompur ni. Ishishish...tak patut betoi.
Semasa permainan berlangsung, MJ beberapa kali keluar padang untuk mendapatkan handphonenya yang berdering nyaring. Ade ler 4-5 kali. "Bookie," katanya ringkas. Dari jawapan ringkas terus dipanjangkannya," Bookie ni telah mengacau tumpuan saya. Mereka cuba menyuap saya dengan nilai matawang rupiah supaya kalah 2 - 5." dan terus berlalu dengan senyuman manja dan melirik. Berbagai taktik dan teknik dicuba. 4-2-4, 5-3-2, 6-3-1, 7-2-1, 1-3-4-2, 2-4-4, 1-5-4, 5-5 dan 4-7.
Terlupa pulak dah, penjaring gol bagi Teknikal Bernama ialah Jackle dan War4. Gol2 lawan pula dijaringkan oleh Mokhtar, Arul dan lupalak...akan diupdatekan kemudian.Hehehehehee...
"Satelah mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan, saperti dengan kelab-kelab Manchester United, Barcelona, Juventus dan Bunut Payung, barulah dapat saya menentukan kesebelasan utama. Teknik dan taktik akan ditentukan berdasar kekuatan dan kelemahan lawan yang akan ditemui," ujar Uncle ketika ditanya siapakah pemain yang akan menjadi kesebelasan utama. Pihak pengurusan telah bersetuju untuk menghantar Uncle menyaksikan beberapa perlawanan kelab-kelab diatas melalui pita video dan vcd, untuk mendapatkan ilham. Cuma menunggu bendahari, sarjan, untuk sain cek membeli pita video atau vcd. Latihan akan diadakan setiap hari Selasa dan Khamis di Stadium Fletcher yang boleh memuatkan 20,000 penonton. Latihan ala komando akan dijalankan untuk menguatkan keadaan fizikal secara zahir dan batin dalam sedikit masa lagi. 2 minggu sekali, semua pemain akan dibawa berlari mendongak bukit ke Genting Highland dan Gunung Ledang. Kalau hujan, pemain akan berlari menaiki tangga di Menara KL. Adalah menjadi hasrat pihak pengurusan bolasepak Teknikal Bernama untuk melihat dan menjadikan kesemua pemainnya kelihatan sasa dan hensem selalu. Agar membolehkan Ketua Jurulatih, Uncle, untuk menggunakan taktik body contact.
Berita baik untuk semua pemain,-- Ketua Jurulatih telah membenarkan pemain2 berehat besok, sempena hari Ahad, tak yah datang keje, pada depa yang off. Pada yang keje, diwajibkan datang. Kalau tak datang, dipotong elaun sebanyak 5 bath.
Perlawanan persahabatan seterusnya dijadualkan bertemu pasukan Sekinchan All Star dalam pertandingan bolajaring 11 sebelah. Tarikh belum ditetapkan. Rundingan lebih lanjut sedang dijalankan oleh Sateyy, Abesenyum dan Pakngah.
Bila diajukan pula soalan kepada pengurus bolasepak Teknikal Bernama, sepuh, adakah beliau berpuas hati dengan prestasi anak-anak buah ketika beraksi didalam perlawanan tersebut," Saya amat berpuasa hati berdasarkan persembahan tadi. Maklumlah, kami hanya berlatih sehari ssja sebelum perlawanan. Sebenarnya bukan berlatih, tapi main-main. Kalau dapat diturunkan semua pemain utama, insyaallah prestasi kami akan meningkat tinggi setinggi KLCC. Walaubagaimanapun, saya berpuas hati dengan prestasi bakat baru dan pemain-pemain lain." Ketika kami hendak beredar, sepuh sempat bersuara," pada masa latihan 2 hari yang lepas, saya telah tercedera, doktor fisokologi dan urut kami tidak membenarkan saya bermain selama seminggu." Yeeeelaaaa tuuuu...!dan kami terus beredar.
Penjaga Gol :
Hassler / Hensem / JJ
Pertahanan :
Hassler / MJ / Jo Os / Hensem / NX105 / Ganu / Hentam
Tengah :
Mafianet / Jackel / JJ / Jantan / Jackel
Penyerang :
Obeyzz @ Zubeereta / War4 / Linggi / Uncle
Senarai pemain yang tidak hadir
Penjaga Gol :
Nasty / Tupit / pakngah @ senapang
Pertahanan :
Selborn / Tokey jamban / sarjan / Rentong / Daewwod
Tengah :
Anakjati / Jebat / Binjay / Satey / Anakjati
Penyerang :
25sen
Laporan diatas telah disediakan oleh wartawan sukarela Teknikal Bernama, adik kepada sepuh, iaitu sepuh.net.com.my./ishishish./
[Sain buku tetamu sepuh] | [Jelajah buku tetamu sepuh] | [Kembali ke paparan sepuh] |