Kejohanan Pusingan Ke -2 telah di bahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pertama telah di adakan pada hari Khamis, 2hb. April 1998 jam 7 malam dan bahagian kedua pada hari Ahad 5hb. April 1998 jam 10 pagi.
Bahagian pertama adalah untuk mereka yang pulang bercuti merayakan Hari Raya Korban dan tidak sempat bermain pada hari yang telah di tetapkan dan juga untuk mereka yang menjamu juadah di rumah perkahwinan member walaupun diri sendiri belum kahwin-kahwin.
Banyak upset telah berlaku dan ini memeriahkan lagi suasana kekeluargaan sesama sendiri. Kena mengena dan kutuk mengutuk atau lebih tepat lagi sakat menyakat, adalah perkara biasa bagi Mafia Corporation dalam merapatkan siratulrahim.
Selalunya, kemeriahan ini akan terus berlangsung sehinggalah pada pusingan yang akan datang. Dan sudah tentu, cerita dan kutukan dan idea baru akan muncul.
Yang paling di banggakan di dalam Mafia Corp, adalah penerimaan setiap warganya menerima kutukan dan ketawa perli dari rakan taulan. Tiada sebesar kuman pun mengambil hati atau merajuk walaupun sakatan yang di terima memanaskan......heheheheh. Semuanya di terima dengan tangan dan hati yang terbuka. Cuma..........yang terkena menunggu peluang untuk mengenakan " keperliannya " dan " ke ideannya " juga kebijakkan " sakatannya " pada masa akan datang.
Dalam masa yang sama, kita dapat melihat bagaimana kebijaksanaan seseorang yang memberi dan menerima kutukan. Bagaimana bijaknya idea yang terkeluar untuk menghangatkan susasana dan bagaimana orang yang menerima, memikirkan idea untuk menangkis segala serangan yang selalunya bertubi-tubi dan beramai-ramai dan akan di akhiri dengan gelak ketawa dan sorakan yang mengeluarkan air mata. Airmata gembira dan lucu.
Sebagai contoh, iklan model handphone Ericsson GH 629 terpampang di papan notis padahal tiada model tersebut. Orang yang terkena pula menambah dengan menyebutkan model ini hanya boleh di gunakan dengan line 013. Memang tidak dapat di fahami oleh orang lain kecuali mereka yang terlibat. 629 adalah jatuhan pin Sepuh untuk pusingan kedua yang menyebabkan kedudukannya merundum ke tangga 25 dari 12 sebelumnya. Hatta, 013 adalan penangkis serangan yang bermakna Selangor tewas kepada Sarawak 1 -3. Pereka handset GH629 adalah orang Selangor.....kehkehkehkeh...Mua kakak sekali......Begitulah seterusnya. Bermacam2 idea dan gelagat akan muncul.
Contoh di atas adalah sebahagian dari puluhan idea lucu yang telah dan akan di ketengahkan sehinggalah permainan pusingan kedua bermula.
Untuk pusingan kedua, sasaran highlight adalah kepada Sepuh, Sateyy dan Rentong. Walhal di pusingan pertama, Sarjan, JJ dan Hensem menjadi sasaran. Setiap bulan, akan bertukar-tukar orang yang menjadi highlight atau sasaran. Dengan semangat ini, maka dengan sukacitanya ingin di sampaikan, setiap pemain akan berusaha bersungguh-sungguh dan berazam untuk tidak jatuh begitu teruk dalam setiap permainan. Di harapkan mutu permainan akan terus meningkat dari masa kesemasa, terutamanya pada 2 pusingan yang terakhir.
Dengan kejatuhan pemain-pemain yang mulanya di jangka untuk menduduki top 15, pemain yang tidak dijangka akan bertambah semangat dan sengat untuk terus kekal memintas mereka. Tidaklah mereka begitu hampa kerana dapat merasa kedudukan yang lebih baik. Yang penting, mereka akan berpeluang untuk " mengenakan " dan memerli juga " menyakat " rakan-rakan. Tidaklah mereka saja yang kena SAKAT tiap bulan.
Inilah sesuatunya kemeriahan yang di rasakan amat ceria dan seronok lagi gembira di dalam Mafia Corporation. Sesuatu yang mungkin di anggap keterlaluan oleh sesetengah pihak, tapi TIDAK bagi MAFIA CORPORATION. Sesuatu yang di anggap kebudak-budakkan oleh sesetengah pihak, tapi TIDAK bagi MAFIA CORPORATION. Sesuatu yang di cerminkan oleh sesetengah pihak sebagai menaikkan api kemarahan dan kemerajukkan, tapi TIDAK bagi MAFIA CORPORATION. Bagi kami, ianya adalah salah satu cara untuk mengenali keperibadian diri sendiri dan diri orang lain.
Bagi pemain pilihan, seramai 5 orang, masih menetapi ramalan, kecuali JJ dan Sarjan yang terus berjaya merangkul jatuhan pin di bawah 700. Kejayaan mereka di harap memberi semangat kepada pemain lain untuk memintas sehinggalah ke hujung kejohanan.
Yang membuat upset untuk pusingan kedua ini ialah Binjay dan Sarjan. Binjay meningkat 15 anak tangga sementara Jantan meningkat 13 anaktangga. Syabas.
Yang juga membuat upset dan menghangatkan lagi suasana sakat menyakat ialah Sepuh dan Satey. Dari kedudukan 12 untuk Sepuh dan 13 untuk Satey, terus merundum ke tempat 25 dan 26. Kehangatan ini di jangka kekal sehingga sebulan sapertimana pusingan pertama dulu.
"No comment. Ini adalah statergi penganjur", jawab Sepuh apabila di tanya tentang kejatuhan nilai pin. Di tanya pula kepada Satey diatas soalan yang sama,"Satey orang lain yang bakar, tu pasal tak sedap". Rentung pulak....sebab bawak awek....ek eleeeeeeeeeeeeeeee.....!
Tentang pemain pilihan yang masih tidak menetapi ramalan lagi, soalan di ajukan kepada Sarjan, dan jawapannya : 1- Saya menganggap diri ini sebagai "coach", jadi, tak semestinya seseorang coach "power" apabila bermain. 2- Pada sebelah tengahari di hari permainan, Sepuh telah membawa saya meroundkan diri kat Pertama dan Selayang lalu mengakibatkan stamina dan kepenatan kaki saya bertambah parah.
Pemain pilihan kedua yang tidak menetapi ramalan, JJ, tidak dapat di hubungi kerana bercuti di Cheras selama 4 hari 5 malam.
Majulah sukan untuk kemeriahan dan persahabatan.
[Sain buku tetamu sepuh] | [Jelajah buku tetamu sepuh] | [Ke paparan sepuh] |