KELAB UMNO KAWASAN TOHOKU @@ |
HALAMAN INI DIKEMASKINIKAN PADA 24 NOVEMBER 2000
Terima Kasih kerana mengunjungi halaman ini. Berita terkini serta maklumat
mengenai aktiviti kelab akan disalurkan kepada ahli melalui halaman ini.
Harap dapat mengunjungi halaman ini dari masa ke semasa. Sila 'bookmark' halaman
ini untuk kepentingan bersama.
Laporan penuh senarai aktiviti Kuk Tohoku 2000 telahpun dimasukkan kedalam ruangan "BERITA"
MESYURAT AGUNG KUK TOHOKU
Tempat : Pusat Belia Akita, Akita
Tarikh : 9 Disember 2000
Masa : 9 pagi
Mesyuarat Agung KUK Tohoku akan diadakan pada tarikh, tempat dan masa seperti di atas. Semua dijemput hadir.....!
Ahli2 yang ada bakat kepimpinan boleh mulakan sessi
berkempen secara sihat dari sekarang! Tapi awas..pastikan budaya
rasuah dan politik wang diketepikan!
JUALAN KAD HARIRAYA 2000
Jualan kad raya dah bermula walaupun puasa tak start lagi...
kalau nak tengok design marilah ke homepage ini....
http://carpos.cjb.net/
boleh terus tempah! design boleh tahan!
WAKIL TOHOKU JUARA PIDATO PIALA KEPIMPINAN KUJ PUSAT
Bagi pihak kepimpinan KUK Tohoku dan seluruh ahli di Tohoku, webmaster ingin mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada Saudara Noor Hisham bin Ahmad Kamil (Universiti Iwate) kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan pidato piala Kepimpinan KUJ Pusat 2000. Pidatonya bertajuk "Anak Melayu-Di Manakah Martabat Mereka?". Ini sekaligus mengekalkan piala Pusingan di Tohoku buat kali kedua tahun berturut2 setelah berjaya membawa pulang piala yang sama pada tahun lepas. Walaubagaimanapun, wakil kedua kuk tohoku tidak bernasib baik untuk menggondol sebarang hadiah.
MAJALAH SUARA 2000 DALAM PERCETAKAN
Majalah kuj dalam proses cetakan....pastikan ia menemui anda
pertengahan hingga akhir disember insyaAllah. Mana yang tak dapat nanti sila hubungi ;
AJK PENERBITAN SUARA KUJ
di email : rokawa28@hotmail.com