Profesor
Lipas
Lipas itu memang sejenis serangga yang tidak disukai orang. Kalau terlihat seekor pun rasa kita tidak senang hati. Tetapi di dalam kilang perkakas dapur Matsushita Electrik di Kadoma, Osaka ada diperlihara 30 ribu ekor lipas.
Kesemua lipas diperlihara di dalam sebuah rumah lipas yang sebesar 5 tatami ( tatami adalah tikar jerami Jepun yang berukuran 3 x 6 kaki persegi ). Disekeliling rumah lipas terapung satu bau busuk yang sukar disifatkan dan tiada sesiapa yang ingin menghampiri.
Pintu rumah lipas biasanya ditutup ketat. Tetapi, sering ada juga lipas yang terlepas merayap-rayap di sekeliling pejabat. "Oi ! Tolonglah lakukan sesuatu !". Walaupun pada mulanya rungutan serta sungutan tidak berhenti-henti, tetapi kebelakangan ini tiada terdengar apa-apa ketidakpuasan hati. Oleh sebab kerana lipas inilah kilang Kadoma menerima surat pujian daripada Presiden Syarikat Matsushita atas terciptanya satu kelengkapan baru yang menempa zaman.
Orang yang memelihara 30 ribu ekor lipas itu adalah Encik Yoshihira Murakami, seorang jurutera di bahagian perkakas dapur kilang Kadoma Matsushita. Sejurus menerima ijazah kejuruteraan daripada Universiti Doshisha, Murakami masuk bekerja di kilang Kadoma dan bertanggungjawab dalam perekaan dan pembuatan mesin pengontang pingang mangkuk.
Mesin pengontang pingang mangkuk adalah satu barang yang biasanya diletak di dapur. Oleh itu lipas mestilah dicegah daripada memasuki dalam melalui celah-celah pintu buka. Seperti peti sejuk, pintu mesin pengontang ada ditampal lingkaran getah. Murakami ingin mengetahui betapa sempitnya celah pintu mesti dibuat supaya lipas tidak boleh masuk dalam. Itulah bermulanya pergaulan beliau yang berkepanjangan dengan lipas.
Murakami memulai pengajiannya dengan membaca-baca kepustakaan tentang lipas. Beliau juga berkunjung ke makmal-makmal penyelidikan universiti serta meminta nasihat-nasihat pakar. "Kami ingat lebih baik encik memelihara lipas dan membuat kajian sendiri.", begitulah syor-syor yang diberikan oleh pakar-pakar.
Masa itu Murakami tinggal di asramah syarikat yang berada di Moriguchi, Osaka. Restoran Cina berhampiran yang selalu dikunjunginya sering ada dilihat lipas-lipas yang merayap di ruang-ruang meja. "Makcik boleh tangkap dua tiga ekor untuk saya ?" Murakami bertanya. Dengan serta-merta makcik yang biasanya beramah-tamah itu menampik, "Tak boleh, tanyalah orang lain !" Murakami terasa malu kerana pemintaannya yang ngilu. Baru beliau sedar betapa dibenci orang serangga lipas itu.
Lantas, Murakami membeli sebuah perangkap yang boleh menangkap lipas hidup mengunakan umpan. Perangkap itu dipasang di sebalik mesin menjual air minuman automatik pada malam hari. Ini adalah kerana mesin menjual air minuman melepaskan haba. Mengikut buku-buku yang dibaca, lipas suka persekitaran yang bersuhu antara 20oC hingga 34oC. "Lipas tentu akan datang berhimpun ke dalam", Murakami berfikir.
Seperti yang dijangkakan, keesokan harinya banyak lipas yang masuk berkerumun dalam perangkap. Murakami memulakan pemeliharaan lipas dengan pembinaan sebuah rumah lipas yang bertingkat-tingkat seperti rumah pangsa. Walaupun lipas di beri makan nasi baki yang Murakami minta dari kantin, tetapi entah kenapa kanibalisme berlaku. Bilangan lipas semakin berkurangan kerana mereka makan sesama sendiri. Terpaksalah Murakami memasang lagi perangkap-perangkap lipas di sekitar pejiranan pada malam hari seperti pencuri.
"Agak mengambil masa untuk saya menyedari bahawa lipas akan makan sesama sendiri jika tidak diberi makanan punca haiwan. Makanan tertanggal air juga tidak boleh diberikan."
Tiada lama, lahirlah telur lipas generasi pertama. Lantar, menetaslah larva lipas. Rumah lipas menjadi sibuk dan sesak.
Murakami melakukan ujikaji mengenai keupayaan lipas menembusi celah. Keputusan yang diperolehi sungguh menghairankan. Larva lipas boleh menembusi celah cuma setebal 0.5 mm sahaja tanpa sebarang kesulitan.
"Pelik !" Jika keselisihan cuma 0.5 mm tidak diizinkan, penambalan lingkaran getah di sekeliling pintu buka mesin pengontang menjadi sesuatu yang tidak bermakna. Ini kerana mesin pengontang mustahil dan tidak boleh dijadikan kedap udara.
Project pencegahan lipas dari mesin pengontang terkarang terumbu. Tetapi Murakami tidak berputus asa. Beliau yakin tentu ada satu cara yang boleh dicari. Mengaku kalah kepada lipas adalah sesuatu yang memalukan manusia. Tetap beliau memperhatikan lipas setiap hari.
"Apa yang engkau ingin meneruskan ? Jangan cari susah ! Tinggalkan saja !" Masa diputih mata sebeginilah yang paling menghiba hati Murakami.
Murakami semakin mahir memelihara lipas. Bilangan lipas makin bertambah dan menjadi satu lagi masalah untuk beliau. Sebab selalu berpanjang masa di dalam rumah lipas, badan Murakami sentiasa berbau busuk. Sehinggalah teman wanitanya enggan berjumpa dengan beliau.
"Apa khabar, Yoshihira ? Apanya tugas engkau di syarikat sekarang ?" Kadang-kadang ibubapa Murakami yang datang melawat dari kampung bertanya. Susah Murakami nak jawab. Kepada ayah dan ibu yang bangga serta mempungai harapan tinggi terhadap anak mereka, macam manalah Murakami nak beritahu yang dia sedang memelihara lipas.
Makin lama makin Murakami faham tabiat lipas. Sesungut yang panjang merupakan penderia untuk menperolehi matlumat fisikal sekitar. Sambil merayap sambil menggerayang, lipas boleh bergerak dalam kegelapan. Tapak kaki lipas ada penghisap yang mengeluarkan suatu kumuhan yang melekat. Itulah sebab mengapa lipas boleh bergerak tanpa tergelincir di atas kaca.
"Ah ! Tidakkah elektrik boleh mengalir dari sesungut ke tapak kaki lipas ?" Satu idea terkilas kepada Murakami pada suatu hari. Lantas, Beliau menyediakan alat-alat dan memulakan ujikaji. Seperti disangkakan, lipas yang bergerak di atas plat negatif terkejut dan jatuh ke lantai apabila sesungutnya menyentuh kutub positif.
Voltan elektrik ditingkatkan. Pada 5 volt, lipas terasa elektrik, melompat serta melarikan diri. Pada 10 volt, lipas meloncat kuat. Pada 20 volt, lipas mengigil-gigil dan terkejang-kejang. Pada 100 volt, lipas mati terkejut. "Syabas ! Ini kemenangan manusia !"
Tetapi, voltan yang tinggi juga membahayakan manusia. Terutamanya, di dalam dapur yang biasanya basah. Selepas berunding dengan pakar-pakar, Murakami mendapati bahawa voltan di bawah 20 volt adalah selamat kepada manusia.
Murakami cuba menampal pintu buka mesin pengontang dengan lingkaran resin ( damar ) yang mengalir elektrik. Dawai logam tidak digunakan kerana mudah kakis. Lingkaran resin kemudiannya disambung kepada 2 batteri bervoltan 9 volt. Hebat ! Lipas yang cuba masuk melalui celah terkejut lalu melarikan diri apabila menyentuh lingkaran resin.
"Bagus ! Ini bukan saja boleh digunakan dalam mesin pengontang. Jika dipasang di merata tempat, lipas akan hapus dihalau dari dapur." Di kilang Kadoma ada sebuah dapur makmal di mana ujian sebenar boleh dilakukan keatas perkakas dapur. Murakami memasang lingkaran resin di semua pintu almari, rak serta laci meja dapur. Lipas langsung tidak mendekati tempat-tempat yang dipasang lingkaran resin.
Yang paling mengkagumkan, tiada seekor lipas dijumpai lagi dalam dapur makmal. Oleh kerana kerja-kerja memasak sebenar sering dilakukan di dalam dapur makmal, suhu sekitarnya suam dan sisa-sisa banyak tertinggal. Namun, lipas tiada seekor.
"Lipas itu bijak. Sekali ia bertemu bahaya, tidak lagi ia mendekatinya lagi. Lipas boleh mengenal bahaya melalui penglihatan mata !" Jika seekor lipas menerima kejutan elektrik di sesuatu perkakas, lipas itu tidak akan mendekati perkakas itu sekali lagi. Itulah sebabnya Murakami berpendapat bahawa lipas boleh mengenal bahaya melalui penglihatan.
Tetapi, ini tidak boleh menjelaskan kenapa tiada seekor lipas pun di dalam dapur makmal. "Mengikut dugaan saya, lipas yang dikejut elektrik akan melepaskan sejenis feromon yang menjadi amaran kepada lipas-lipas lain. Apabila lipas-lipas lain menghidu feromon itu, mereka tahu tentang bahaya di depan dan menjauhinya."
Mengikut penyelidikan pakar serangga, lipas menukar matlumat antara sata sama lain melalui sejenis bahan kimia yang digelar feromon. Lipas betina melepaskan sejenis feromon untuk memikat lipas jantan demi mencapai matlamat reproduksi. Lipas juga boleh melepaskan sejenis lagi feromon amaran yang memberitahu rakan-rakan lain tentang musuh yang menghampiri. Apabila lipas-lipas lain yang berada di dahan pokok menghidu feromon amaran, mereka akan terjun ke tanah dan berpura-pura mati.
"Mungkin pada satu hari nanti kita boleh menggunakan feromon amaran lipas ini untuk menghapuskan lipas dari rumah kita. Malah kita boleh menghapuskan mereka dari restoran, pawangam, tandas serta keretapi." Jika begitu, serangga yang berasal dari alam semula jadi terpaksalah meninggalkan kehidupan parasit mereka dan pulang semula ke hutan rimba. Tidakkah manusia akan kesunyian tanpa mereka ?
Kelengkapan yang direka Murakami diberi nama Pengejut Lipas. Ia dipasang bersama sistem dapur yang dijual oleh bahagian perkakas dapur kilang Kadoma. Oleh kerana ia biasanya ditampal di sebelah dalam laci dan pintu, Pengejut Lipas tidak kelihatan dari luar.
Sehingga kini, Pengejut Lipas tidak dijual berasingan. Kos Pengejut Lipas cuma beberapa peratus sahaja daripada satu sistem dapur yang berharga dari 400,000 yen ke 1,800,000 yen. . Semenjak tahun 1984, ia merupakan barangan popular yang mencapai jualan bulanan sebanyak lebih kurang seribu unit. Ia juga sentiasa menarik minat orang ramai di pameran-pameran kerana mereka tertarik hati melihat lipas-lipas meloncat jatuh ke lantai apabila dikejut elektrik.
Murakami sudah berkhidmat sepuluh tahun dan mendapat gelaran Profesor Lipas di kilang Kadoma. Beliau sudah berkahwin 3 tahun dulu dan mendapat seorang anak lelaki. Isteri beliau benci pada lipas tetapi tidak mempunyai apa-apa rungutan terhadap suami yang memelihara beribu-ribu ekor. Isteri beliau juga bekerja di bahagian perkakas dapur di kilang Kadoma dan merupakan seorang wanita yang sentiasa memberi sokongan kepada suaminya.
Dapur rumah Murakami tidak ada pasang Pengejut Lipas. Tetapi entah kenapa ? Lipas seekor pun tidak ada !