Perihal Buang Air

Kertas tandas adalah benda yang boleh dibeli dengan harga yang murah di pasar-pasar raya atau pun di kedai-kedai runcit di Malaysia. Begitu juga di Jepun, orang ramai tidak berasa ada apa-apa istimewa tentangnya.

"Tetapi, daripada 150 negara-negara yang menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih kurang 30 negara sahaja yang berupaya membuat kertas suratkhabar. Daripada ini, hanya 5 negara sahaja yang boleh membuat kertas tandas yang jauh lebih lembut daripada kertas suratkhabar." Begitulah pendapat Profesor Hideo Nishioka daripada Universiti Keio, Osaka.

Mengikut kajian beliau yang berpanjang tahun, negara-negara yang mutu kertas tandas buatannya boleh dianggap sudah mencapai sesuatu tahap adalah Jepun, Amerika Syarikat, Perancis, German dan China. Daridapa ini, mutu kertas tandas buatan Jepan adalah yang paling baik.

Sungguhpun mutu kertas tandas buatan Perancis sudah menjadi elok sekarang, tetapi semasa Profesor Nishioka pertama kali melawat Paris pada tahun 1966, mutunya teruk sekali. Kertas tandas yang disediakan di hotel berwarna perang and berderap-derap seperti kertas lilin. Sukar dipakai !

"Masa itu saya bersama beberapa orang pelajar perempuan menghadiri Simposium Sains Pemuda yang diadakan di sana. Mereka fikirkan