Nama, Alamat, Kursus Pesanan
Anis Suhailis Bt. Abdul Kadir
Unit SMPKE, Pejabat Perdana Menteri,Jabatan Perdana Menteri

System Analyst Course -A
17/4/99 - 31/7/99

Hajimemashite
Watashi wa Anis desu
Malaysia no Negeri Sembilan kara kimashita
Shigoto wa System Analyst desu
Keshuin kos wa System Analyst desu
Dozo yuroshiku.

Sorrylah terpaksa ciplak En.Asmadi punya idea. Tak apalah dia bukannya tahu. Tak tahulah kalau dia dapat datang kali kedua. Walau bagaimanapun ungkapan itu adalah penting untuk pembuka bicara setiap kali baru berjumpa/berkenalan disini...

Sebenarnya saya ni tak pandai nak mencoret atau berkata-kata, cukuplah buat presentation kat depan tu. Anyway saya ingin mengucapkan tahniah kepada yang baru sampai ke OIC. Saya yakin pada penghujung course masing-masing kita merasakan OIC telah banyak mengajar kita dalam pelbagai perkara.

Diantaranya ialah cara untuk bergaul dengan pelbagai bangsa dan negara. Mungkin bagi kita tiada masalah sebab negara kita sendiri terdiri daripada pelbagai bangsa. Pelbagai aktiviti disediakan oleh OIC untuk kita lebih mengenali Jepun dan juga untuk mengisi masa terluang. So sertailah setiap aktiviti yang disediakan (of course yang bersesuaian je). Perkara-perkara yang Abunai (dangerous), so berhati-hatilah supaya tidak terpengaruh.
 

Sepanjang saya berada di OIC hanya 2 orang participant dari Malaysia saya kenal dan semuanya lady. So senanglah kita orang nak kemana-mana.

Orang yang pertama saya kenali ialah Sym- dia ni paling glamour kat OIC kalah budak Latino dan budak benua lain dah lama kalah. Semua orang dia kenal dan semua masalah negara dia tahu. So, Sym teruskan usaha engkau yang murni tu.

Orang kedua ialah K.Yati. K.Yati ni memang saya respectlah, still maintain characters orang Malaysia terutama sekali sebagai seorang muslimah. K.Yati ni semua benda dia tahu. Diantaranya ialah tenis, table tennis, Ekabana, Tea Ceremony, badminton (ni of courselah) dan macam-macam lagi. Tak tahulah kat mana dia belajar, kat sini ke atau kat Malaysia. Oh... satu benda dia tak tahu...main snooker. Tak apa banyak masa lagi, banyak benda boleh belajar. So K.Yati maintain...

Disamping itu juga saya mengenali beberapa sedara baru yang tinggal atau belajar disini.

K.Lela, yang banyak membantu saya mengenali Jepun terutama sekali Okinawa, so tak adalah rasa sunyi sangat. So jangan lupa contact K.Lela, seperti comment yang lain-lain, K.Lela ni baik dan sentiasa sudi untuk membantu.

K.Sara juga tidak dapat saya lupakan kerana dia banyak menolong saya dan juga rakan-rakan yang lain untuk melepaskan gian makanan Malaysia.

Rukyu University Students, mereka ramai jugak, bolehlah contact mereka jika ada masa. Tapi fahamlah student, sibuk dengan lectures, kalau time tak ada exam bolehlah mereka luangkan masa.

Kepada mereka yang saya nyatakan diatas saya memohon maaf dan halalkan makan dan minum terutama sekali member I yang dua tu.

Lastly, I berharap setiap participant yang datang kesini ialah kekalkan nilai-nilai seorang Malaysia pada diri kita. Nilai-nilai ini cukup untuk membantu kita meneruskan kehidupan di sini. Dan jangan lupa tanggungjawab kita kepada Allah.
.
 
 

 

home  index nama index tahun