Nama, Alamat, Kursus | Pesanan |
Nor Azman Mokta
Telekom Malaysia Berhad DP Division Manager
|
Sekali Komputer Dihidupkan Salam sejahtera semua, Minggu depan baliklah saya ke Kajang di mana anak-anak dan isteri saya sedang menanti sejak dua bulan setengah yang lalu. Anak sulung saya (Elham 7 tahun) dah hampir lupa rupa ayahnya. Adiknya (Hani Amirah, 4 tahun) sejak dua minggu kebelakangan ini, asyik berlinangan airmata setiap kali menatap album keluarga. Sekembalinya saya nanti, semoga jalinan erat ayah, ibu dan anak akan kembali berseri. Akan legalah rasanya ibu serta mertua saya di kampung. Bersyukurlah juga saudara mara dan sahabat taulan yang dah lama tak bersua muka. Pasti akan bergembiralah anak-anak buah serta boss di pejabat kerana beban tugas yang diserahkan kepada mereka sebelum saya ke sini akan dibebankan kembali kepada yang sepatutnya. Hidup di Jepun ni kalau nak dibandingkan dengan di Malaysia memanglah susah. Dahlah makanan dan pengangkutan mahal, nak keluarkan duitpun kena ke OkiMart selama 10-15 minit (sehala). Kalau tak kena masa, kena caj Y105 (dah RM2.70 tu!). Di Malaysia 24jam percuma. Kalau adapun, caj antara bank cuma RM1. Jadi, berbelanja tu, selalu beringat agar elaun yang diperolehi di sini dapat dirasai bersama dengan keluarga yang ditinggalkan. Tak mati kalau tak enjoy to the limit. Tak kempunan kalau tak berperangai
macam peserta dari negara-negara lain buat (yang tak elok la of course...).
Kenapa? Sebab kita ke sini bukan untuk over enjoy. Ketenangan dan kegembiraan
harus dicari bagi yang kesunyian di sini. Pun begitu, setiap kegembiraan
di tempat asing begini hendaklah sentiasa disertai dengan beringat-ingat.
Kita ke sini sepatutnya untuk belajar dan mencontohi perkara-perkara yang
baik. Kita ke sini sewajarnya untuk menilai keindahan, kebaikan dan keunikan
negara kita sendiri dengan membandingkan nilai-nilai kehidupan bangsa asing.
Segala yang baik jadikanlah teladan manakala yang buruk dijadikan sempadan.
Niat dan tujuan asal kita ke sini biarlah lurus agar segala yang dilakukan
diberkati.
|
home | index nama | index tahun |