Nama, Alamat, Kursus Pesanan
Baharim Bin Salleh 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Systems Analyst (A)
13 April 2000 - 28 Julai 2000
 
 
 
 

baharim
sila klik pada imej untuk saiz sebenar

 
Assalamualaikum wbt dan salam sejastera

Hari ini 29 Julai 2000 tibalah giliran saya untuk meninggalkan OIC. Saya mula berkursus kat sini pada 13 April 2000 dan tamat pada 28 Julai 2000, tapi elaun dibayar dari 13 April 2000 hingga 30 Julai 2000. Kursus ini dihadiri oleh dua peserta dari Malaysia, iaitu Disney Lai dan saya.

Terasa sedih bercampur gembira nak tinggalkan OIC ni, biasalah tu... Gembira sebab nak balik ke Tanah Air dan gembira sebab nak tinggalkan kawan-kawan di OIC ni.

Sepanjang tempoh berkursus di sini saya sempat berjalan di beberapa tempat dari Utara (HEDO) sampailah ke selatan (ITTOMAN), ZAMPA Beach dan sempat ke sebuah pulau namanya Ekijima. Pergi Nago tiga kali dan beach party berkali-kali. Pergi Naha dan Koza tidak terkira kalinya.

Semasa kat sini saya sempat berjumpa dengan Y.Bhg Dato' Duta Malaysia di Jepun. Sempat bersama-sama pelajar-pelajar Malaysia di OKINAWA, terutamanya pelajar dari Ryukyu University. Kepada Zainuddin, Lalat, Botol, Donat, RAhul, Sabung, Tomel, Aweng, Arpah, An, Lela dan pelajar-pelajar lain saya ucapkan ribuan terima kasih kerana membawa saya ke sana sini  dan menyediakan juadah yang istimewa seperti pengat pisang... Khas untuk kak Lela, bilalah agaknya  saya dapat makan masakan asam pedas kak Lela sekali lagi. Kak Lela, terima kasih banyak kerana membantu saya. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi-baik kalian semua.

Kalau kalian semua berkesempatan ke KL jangan lupa hubungi saya.

Semasa di sini saya sempat bersama beberapa orang peserta Malaysia. Mula-mula sempat jumpa cik SARIMAH sempat jumpa seminggu sahaja. Lepas tu beliau baliik ke Malaysia. Lepas tu jumpa EN. FADZULLAH sempat beberapa minggu sahaja sebab kursus dia ni banyak pergi ke pulau-pulau. Lepas tu jumpa EN. EDWARD TAN sempat jumpa seminggu sahaja di OIC itupun semasa orientasi, lepas tu dia terus pergi kat Nago.
 


 
home  index nama index tahun