Selamat Datang Ke Laman SMTEKNIK Kajang


Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh pasukan web dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun yang tidak langsung dalam usaha untuk menjayakan sebuah Laman WEB yang cukup interaktif dan informatif untuk ditonjolkan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya.

Sesungguhnya saya sangat tertarik dengan usaha dan pengorbanan mereka yang terlibat untuk meningkatkan tahap profesionalisme bidang pendidikan di sekolah ini. Dengan tertubuhnya Laman WEB SMTEKNIK ONLINE ini, ia telah meletakkan SMTEKNIK KAJANG duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah menengah lain di seluruh negara untuk bersaing menuju ke zaman internet dan Teknologi Maklumat ( IT ). Dengan ini, SMTEKNIK telah memasuki era globalisasi dan dunia tanpa sempadan melalui sistem internet selaras dengan matlamat kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020.

KE ARAH KECEMERLANGAN DALAM MENUJU ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

    ...Tn Hj Mohd Fadri Bin Nadzir

Pengetua Sek. Men. Teknik Kajang, Selangor.



Klik Disini Untuk Ke Laman Utama