Sekolah ini dibuka atas nama SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL KAJANG pada 1hb Disember 1991 di bawah pentadbiran Pengetua yang pertama iaitu En. Mohd. Hasni b. Mohamed, berkelulusan B.Sc. Kejuruteraan Mekanikal dan Ijazah Lanjutan (Pendidikan) dengan dibantu oleh 33 orang guru (8 orang guru akademik dan 22 orang guru teknikal)
Sekolah ini dibina khusus untuk bidang kemahiran (Automotif dan Penyejukan dan Penyamanan Udara ) untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) disamping kursus kemahiran untuk Sijil Kemhiran Malaysia (SKM) Peringkat Asas, Pertengahan dan Lanjutan. Matapelajaran teras SPMV terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Moral. Mulai sesi 1993/94 dua matapelajaran pilihan telah diperkenalkan iaitu Matematik Tambahan dan Prinsip Akaun.
Kemasukan pelajar pertama seramai 269 orang (tingkatan 4) pada 2hb Febuari 1992 dan kemasukan kedua pada 10hb Febuari 1992 seramai 55 orang menjadikan kesemua pelajar berjumlah 324 orang. Pada Januari 1994 jumlah pelajar ialah 600 orang termasuk pelatih bawah tajaan EON dengan 67 orang guru (trmasuk Pengetua). Pengetua baru Tn. Haji Mohamed Yunus b. Marulah melapor diri pada 9hb Ogos 1993 selepas EN. Mohd. Hasni meletak jawatan pada 31hb Mei 1993. Pada masa itu, kakitangan sekolah terdiri daripada dua orang Juruteknik , seorang Pembantu Makmal, seorang Kerani Kewangan, seorang Kerani Pentadbiran, seorang Penyelia Asrama , dua orang pekerja Am Rendah, dua orang Pemandu dan dua orang Pekerja Rendah Awam.
Pada November 1995 Tn. Haji Mohamed Sani B. Mohamed Yusof menjadi menjadi pengetua sehingga beliau bersara pada 14hb November 1998. Pada 1hb disember 1998 Tn. Haji Selamat b. Amat Judi menerajui pimpinan di sekolah ini sehingga sekarang.
Pada Akhir tahun 1996 sekolah ini telah diubah nama menjadi SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KAJANG dan pada tahun 1997 seramai 111 pelajar kumpulan pertama Kursus Pengajian Kejuruteraan Jentera memulakan pengajian di samping pelajar lain terus mengikuti kursus aliran vokasional (Automotif dan Penyejukan & Penyamanan Udara)
Kini terdapat 82 orang guru dan 702
orang pelajar di sekolah ini. Pengurusn sekolah dibantu oleh 12 orang staf sokongan.
LAMAN
UTAMA