Panduan Hidup
 



"DAH TAKDIR ....." Bukan Sekadar Pujuk Hati.

Suratan takdir untuk setiap manusia sudah ditetapkan.  Apabila tiba saja saat yang ditetapkan itu maka berlakulah kematian tanpa didahulu atau ditangguhkan walau sesaat pun .  Begitu juga lah dengan miskin atau kaya, susah atau senang, gembira atau duka, kufur atau iman, sihat atau sakit, alim atau jahil dan lain-lain akan terjadi dan berlaku tepat sebagaimana yang telah Allah takdirkan.
Selalunya apabila disebut suratan takdir maka akan terasa oleh orang yang bercakap atau yang mendengar bahawa telah terjadi bala bencana, musibah dan macam-macam perkara malang yang mengerikan.  Hampir tidak pernah kita mendengar orang mengatakan ;"Dah jadi suratan takdir...." apabila berhadapan dengan  nikmat dan kebaikan.
Mari kita lihat hakikat.  Kita bercakap atas dasar ilmu dan realiti.  Hakikat segala yang berlaku adalah seperti mana yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT sejak azali lagi.  Seorang yang terlantik menjadi perdana menteri ketika hidupnya adalah kerana telah ditakdirkan.  Seorang yang secara tiba-tiba dilanggar ketika keluar daripada kereta nya juga telah ditakdirkan.  Mengapa isteri apabila mengetahui suaminya telah dilantik menjadi perdana menteri, tidak berkata: "Dah takdir..."  Tetapi sebaliknya dengan senyum simpul dia mengucapkan "Alhamdulillah...syukur!"
Sedangkan pada hakikatnya jadi perdana menteri adalah kerana sudah ditakdirkan.  Oleh sebab itulah bagi orang yang betul-betul mengerti apabila melihat atau mendengar akan sesuatu, dia memilih diam sejenak lenih dahulu supaya dapat merenung akan hakikat yang sebenarnya, bukan sekadar melihat apa yang lahir semata-mata.
Kepercayaan kepada takdir, qadha' dan qadar bukanlah sekadar di lidah semata-mata.  Kepercayaan kepada takdir adalah amalan hati.  Ia merupakan kekuatan yang ampuh dalam hati orang Mukmin.  Ia adalah rukun iman yang keenam .  Ia bukan sekadar untuk menjadi senjata untuk memujuk hati di waktu musibah melanda atau ketika menemui kebuntuan dan kegagalan, tetapi juga untuk insaf dan sedar ketika dikurniakan kejayaan atau nikmat yang melimpah ruah,  Maka ketika itu hati hendaklah ingat: "Itu semua di dalam ketentuan, bukan kerana kecekapan, kepandaian atau kuat berusaha."
Inilah keyakinan kita.  Inilah pegangan kita.  Kepercayaan kepada takdir adalah kepercayaan yang lekat di hati.  Manakala berusaha adalah sikap yang ada pada diri seseorang. Oleh itu janganlah ada sesiapapun yang berkata. "kerana percaya kepada takdirlah kita jadi mundur.."
Berapa ramai orang komunis yang tidak percaya kepada takdir tetap pemalas juga.  Pemalas itu adalah sikap diri. Ia tidak ada kena mengena dengan kepercayaan diri. Cuma ada hubungan sahaja seperti mana berhubungan udara dengan jasad.
Rajin adalah kerana latehan, kebiasaan dan pengaruh lingkungan sekeliling.  Malas pun demikian juga. Oleh itu Islam mementingkan latehan riadhah.  Misalnya riadhah nafs ( latehan jiwa ) boleh membentuk manusia menegakkan hakikat daripada budi pekerti - hakikat akhlak.
Begitu juga dengan kepercayaan kepada takdir, ia juga perlu dilatih.  Pada peringkat awal, latehlah fikiran berfikir dengan buat 'mental exercise'.  Akal hendaklah dilatih berfikir secara "ketakdiran" yakni melihat segala sesuatu sebagai telah ditentukan,(memang hakikatnya begitu) sehingga akhirnya bukan hanya tinggal di hafalan tetapi masuk ke dalam hati.  Setelah menetap di hati, barulah dinamakan telah beriman.

cencorot : takdir..sesuatu yang telah ditetapkan. Tak bermakna kita mesti duduk sahaja menanti takdir...tetapi kita perlu berusaha untuk mengharapkan sesuatu takdir yang baik buat diri kita. Begitu juga kita perlulah berusaha utk menghalang diri dari membuat suatu yg tidak baik kerana kononnya kita telah ditakdirkan buat jahat...jangan sesekali..usahalah untuk kebaikan dan jauhi kebatilan..kecuali..apakala telah berusaha...kita masih tak dapat mengelakkannya. Ini baru dikatakan takdir. (peringatan buat diri sendiri.)
 


Teguran adalah diterima atas mana-mana kesilapan untuk ingatan dan panduan bersama (Artikel dari pembacaan saya).
 

MY EMAIL
 

INDEX PANDUANIKLAN TERKINI KEDAI KOPI | HOME      
  



 
Get Free Homepage From