Sudah selalu diulangi..serapkan akhlak Islamiah dlm diri dan keluarga
sendiri dulu, baru lah senang nak tarik org ke arah perjuangan kiter. Jgn
mencemar nama baik parti. Akhlak boleh meruntuhkan hati yg keras ke arah
sebaliknya. Kajilah sirah para rasul dan anbiya'
dan para sahabat.
Saya mengharapkan agar kawan2 di kk ni, dpt menggunakan perkataan yg
berpadanan dgn mesej yg nak disampaikan. Jangan mesej tentang hukum hakam
Islam, tapi akhlak Islam diabaikan.Biar bahasa mudah
tapi sopan. Sikap berlembut dlm kata2,mengawal marah di hati walaupun
memang org itu menyakitkan hati kita atau menghina parti kita..tak rugi
kalau diamalkan. Bahkan akan dpt mengelakkan kekeruhan atau kejerebuan
dlm kk ni. Siapa lagi yg nak menceriakan suasana di kk ni kalau bukan kita
yg berkunjung ni. begitu juga pd yg suka "menghangatkan" kk ni dgn meniup
api kemarahan saudara se Islam yg lain tu...bukan org lain...kiter juga.
Pilihlah..anda suka dikategorikan yg mana. Pecayalah..org
yg mengalah tak bererti kalah. ! Org yg berlembut, tak bererti lemah!
Biarlah KK ini bercahaya ibarat cahaya bulan, bukan bercahayakan api
yg akhirnye membakar diri. Tenangkan KK ini seperti tenangnye air di tasik
bukan bergelombang seperti di Laut Cina Selatan.
Ingatlah..musuh sentiasa mencari kelemahan kita
umat Islam. Hal2 yg kecil dan seni pun boleh mereka besarkan. Andai kita
mahukan negara Islam..kita sebagai rakyat mestilah amalkan Islam, barulah
terbina sebuah negara Islam.Amalkan Islam itu bukan hanya di aspek pelaksanaan
hukum Hudud spt yg dilaung2kan. Bukan juga setakat sembahyang dan berpuasa.
Tapi di segala sudut kehidupan. Termasuklah akhlak kita. Terutama yang
mengaku berjuang untuk Islam. Akhlak merupakan tingkah laku...tutur bicara.
Kita selalu berhadapan dengan org yg berkasar
dgn kita. Terkadang , org tu memang dah sikap dia tak leh ubah lagi. Jadi,
kita yang mengaku memperjuangkan Islam ni, perlu lah tunjukkan contoh yang
baik kepadanya. Kita yang sepatutnya telah membekalkan diri dgn ilmu Islam,
menjadi teladan pada mereka yg mungkin tidak tahu. Kita perlulah berhikmah
dalam menyampaikan mesej kita.
Saya mintak maaflah kalau perkataan saya di atas
tadi menyinggung sesiapa. Marilah kiter bersama membina ukhuwah antara
kita. Kemesraan perlu kita ujudkan, permusuhan perlu kita jauhkan.
Segala apa yang baik terdapat dlm kata2 saya
di atas tadi adalah dari Allah semata2. Dan memana yg tak baik..yg tak
betul ..yg tersilap tu adalah dari kelemahan saya sendiri. Kenkawan nasihatkanlah.
Terima kasih kepada semua guru2 yg telah memberi ilmu samada secara
langsung, multimedia atau alam sekeliling.
Sekian .....wassalam.
Peringatan buat diri(ku ) yg lupa.
Humble words from
cencorot.
Lawatilah rumahku
| Rumah lamaku | Homepage
kawan-kawan *kenkawan yg ader hpage ..bolehle bagi url kat saya.| Free
Homepage
Balik ke
KK