PERINGATAN BUAT DIRIKU YG TERLUPA
 
 
Rasulullah S.A.W. bersabda; Apabila hari telah senja , laranglah anak-anak keluar rumah kerana ketika itu syaitan berkeliaran.  Satu jam sesudah itu apabila telah malam biarkanlah mereka.  Kuncilah pintu dan sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang berkunci (dengan nama Allah)..(Sahih Muslim Jil.3)
 
Rasulullah S.A.W. bersabda; Apabila Rasulullah diberi pilihan dua urusan atau  pekerjaan, beliau memilih yang termudah, selama yang termudah itu tidak mengandung dosa.  Jika pekerjaan itu mengandung dosa, maka beliau menjauhkan diri darinya sejauh jauhnya.  Dan beliau tidak pernah mencela seseorang, melainkan apabila orang itu melanggar larangan Allah Azzawa Jalla. (Sahih Muslim Jil.4)
 
Kalau kita terpesona dengan nikmat dunia yang bersifat sementara, kita akan kehilangan nikmat Akherat yang kekal selama-lamanya.
 
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda;Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba, selama doa itu tidak mengandungi dosa, atau memutus silaturrahim dan selama tidak minta cepat-cepat diperkenankan. Lalu ditanya; Apakah maksudnya minta cepat-cepat?  Jawab baginda; Umpama nya seorang berkata dalam doanya; "aku telah berdoa, aku telah berdoa, tetapi belum melihat doaku diperkenankan."  Lalu dia putus asa dan berhenti berdoa . (Sahih Muslim Jil.4)
 
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda;Apa yang telah kularang kamu mengerjakannya hentikanlah . Dan apa yang  ku perintahkan kamu mengerjakannya, lakukanlah sehabis dayamu.  Sesungguhnya umat yang sebelum kamu binasa kerana mereka banyak tanya dan banyak debat terhadap nabi nabi mereka.
(Sahih Muslim Jil.4)
 
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.
 
Home | pbdy1 | pbdy2 | pbdy3