Kebebasan manusia adalah terbatas, laksana kebebasan layang2 di tangan tuannya, boleh terbang meninggi, boleh berpusing2 dgn.megahnya. Tetapi ingat, bila2 masa sahaja boleh disentap turun oleh tuannya.

 
Nabi s.a.w. bersabda; ...Perbanyakkanlah sujud kepada Allah, kerana sesungguhnya apabila engkau sujud satu kali, Allah mengangkatmu satu darjat dan menghapuskan satu dosa daripadamu. (Sahih Muslim Jil.1)

 
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya; Apabila seseorang lupa, lalu dia makan dan minum, maka hendaklah dia meneruskan puasanya. Sesungguhnya, Allah yang telah memberinya makan dan minum. (Sahih Bukhari)

Ye kenkawan..makna nya, kalau masa puasa tak kira lah puasa wajib atau sunat......andainya kita terrrrrrmakan kerana bebetul terlupe...maka sah jika puasa tu diteruskan....jgn sengaja lak terrrrrrrrlupa. - cencorot


 
Nabi s.a.w. bersabda; Berapa banyak org yang bersembahyang malam tidak mendapat apa2 melainkan berjaga malam saja, berapa banyak yang berpuasa melainkan lapar dan dahaga.