MENYEDARI bahawa proses perbentukan
minda merupakan asas kepada pembinaan diri, sahsiah dan ketaqwaan dalam
diri manusia, MENGISAFI bahawa generasi pelajar dan remaja hari ini
terlalu terdedah kepada pengaruh luaran yang
negatif yang melupakan pelajar dan remaja terhadap tanggungjawab diri maka
ADALAH DIHARAPKAN program GEMPUR MINDA dapat dijadikan sebagai landasan
dan asas ke arah melahirkan insan yang gemilang di kalangan warga SMKKK1.
2.0 OBJEKTIF/SASARAN
1. Menanam rasa bertanggungjawab terhadap diri,
keluarga, sekolah, agama dan negara.
2. Melahirkan pelajar yang memenuhi Visi dan
Misi SMKKK1 sebagai pelajar yang mengutamakan
kegemilangan, keceriaan
diri dan minda berteraskan keimanan (3K)
Sasaran Program Gempur Minda adalah untuk semua pelajar SMKKK1 seramai 1913 orang.
3.0 PENGISIAN PROGRAM /KURIKULUM
1. Perkongsian pengalaman dan perasaan bersama
pelajar
2. Renungan dan muhasabah diri terhadap tanggungjawab
dan harapan ibubapa
3. Input kerohanian dan pembinaan diri berteraskan
pendidikan agama dan amalan
4. Aktiviti pengisian minda berdasarkan latihan
celik minda / insight
5. Diskusi dan sesi soal jawab.
6. Penekanan dan penguatkuasaan disiplin dan
semangat kerja berpasukan
Program dilaksanakan oleh Kaunselor/Guru Pembantu
Kaunselor dari Unit Bimb. Kaunseling SMKKK1 dengan menggunakan masa yang
telah ditentukan oleh guru-guru tingkatan
(1 atau 2 waktu)sebagaimana tarikh yang dicadangkan
4.0 PERBELANJAAN / KOS
Program dilaksanakan tanpa melibatkan perbelanjaan
/ kos.Pelajar hanya diminta untuk membiayai
sendiri edaran bahan (fotostat) alatan yang
digunakan dari semasa ke semasa.
5.0 JAWATAN KUASA PENGELOLA
Penaung :
Datin Hjh. Nik Khatijah Nik Man (Pengetua)
Penasihat :
Pn. Hjh. Haziah Mohd. Ab. Rahman (PK1)
Tn. Hj. Ibrahim Daud (PK.HEM)
Tn. Hj. Mohd. Nor Yusoff (Penyelia Petang)
Penyelaras :
Semua guru tingkatan
Pengisian & Perlaksanaan Aktiviti :
Tn. Hj. Ahmad Termizi Hj. Musa (Kaunselor)
Dengan Bantuan & Sokongan
AJK Unit Bimbingan Kaunseling & Kerjaya
SMKKK1
6.0 PENUTUP
Adalah diharapkan bahawa program ini dapat
dilaksanakan sebagaimana yang dijadualkan.
Walau bagaimanapun sebarang pindaan / pertukaran
tarikh boleh dibuat sekiranya perlu
dan mendapat persetujuan pihak Unit Kaunseling
dan Kerjaya. Sokongan dan kerjasama semua pihak bagi menjayakan program
ini amatlah diharapkan.
Sekian
MANUSIA MEMANUSIAKAN MANUSIA



