jenguk
PROGRAM JENGUK-JENGUK
Jenguk-jenguk merupakan satu lagi aktiviti
luar yang dijalankan untuk membendung masalah disiplin di kalangan pelajar.
Program ini dibuat untuk membendung masalah disiplin pelajar. Antara aktiviti
yang diadakan seperti :
1. Menziarahi rumah pelajar-pelajar
yang tidak hadir ke sekolah, di sini pertemuan muka ke muka (face to face)
dan perbincangan diadakan ibu bapa pelajar tersebut. Dalam program ini
Penolong Kanan HEM bersama guru tingkatan dan badan disiplin akan membuat
runding cara dengan keluarga pelajar tersebut.
2. Program juga tertumpu kepada lawatan warga
pendidik SMKKK 1 ke kampung-kampung tertentu untuk bersembahyang Jumaat.
Selepas bersolat runding cara dibuat dengan ketua kampung dan Imam di mukim
berkenaan.
Setakat ini Alhamdulillah program ini berjaya
mengatasi masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar, di samping dapat
mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.
Lihat Foto Di bawah:








