Pemuda Al-Barakah

PROGRAM RAKAN MASJID(PEMUDA AL BARAKAH)
MASJID AL BARAKAH,
TIKAM BATU,KEDAH


PENGENALAN


Keruntuhan akhlak golongan remaja dan pemuda hari ini telah menjadi gawat hinggakan berbagai pihak telah diseret sama untuk membincangkan isu ini serta mengambil tanggungjawab.Masjid sebagai sebuah institusi penting dalam masyarakat Islam juga tentunya mempunyai tanggungjawab dan peranannya.

MATLAMAT
Meletakkan kepimpinan pemuda dan belia di bawah masjid untuk menentukan arah kegiatan hidup pemuda bermatlamatkan ke arah pembinaan ilmu,kemantapan iman,ketinggian akhlak dan kehalusan budi pekerti generasi muda untuk merealisasikan hidup Islam.

OBJEKTIF · 
Menyatukan para remaja dan belia di bawah kepimpinan masjid melalui penubuhan badan PEMUDA AL BARAKAH. · Merancang dan mengawal program untuk badan berkenaan. ·
Membantu dan mendapatkan sumber kewangan serta kemudahan bagi badan berkenaan. ·
Menjalinkan hubungan dan berusaha merapatkan golongan belia dalam badan ini dengan masjid. ·
Melatih dan mendidik golongan belia ini untuk menjadi tenaga penggerak berbagai kegiatan masjid. Disamping itu mereka akan menjadi pelapis yang akan memimpin masyarakat dimasa depan. ·
Menangani gejala keruntuhan moral dengan cara mengatur program-program bagi mengisi masa lapang golongan belia.

AKTIVITI

1.PENDIDIKAN - Kuliah muda mudi
2.SUKAN - Program sukan masjid
- Penyertaan dalam berbagai program sukan anjuran berbagai pihak.
3.KHIDMAT KEBAJIKAN - Gotong royong pembersihan masjid dan kampung
- membantu bebrbagai program masjid.
- Khidmat di rumah kenduri
- Khidmat di rumah yang ada kematian
- Program keceriaan kampung
4.EKSPEDISI - Ke Gunung Jerai
- Ke Trengganu
5.LATIHAN BINA SEMANGAT - Program Kembara
6.Menganjur Pertandingan Memancing di JPS
7.MENGENDALIKAN PROGRAM CINTAILAH SUNGAI KITA DI KAWASAN PAM PEKULA
8.KHEMAH IBADAH DI PULAU BIDAN.