Buletin Al-Barakah
Keluaran Masjid Al-Barakah,
Tikam Batu, Kedah.

Edisi Internet

Al-Barakah Masjid Al Barakah,
Tikam Batu,
Kedah.
Tel.4389895
E-mail:barakah@pc.jaring.my
Bil.11... 27/3/98

NILAI MASA DALAM KEHIDUPAN
Masa amat bernilai dalam kehidupan manusia. Antara itu Allah bersumpah dalam surah Al-Asr bahawa manusia berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Firman Allah dalam Al Asr yang bermaksud:
Masa perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Masa lapang kita tidak akan selamanya berada bersama kita. Masa muda kita juga tidak kekal kerana semua orang akan tua dan akhirnya menemui Tuhannya. Oleh itu hargailah masa kita seperti maksud sebuah hadis yang bermaksud:
Justeru itu orang yang tidak memanfaatkan masa yang diberikan Allah dengan betul akan rugi selama-lamanya. Hindarilah diri dari berbual-bual kosong di kedai-kedai kopi hingga terlanjur kata dan mengeluarkan umpat-mengumpat kepada sahabat sejamaah.
HIDUP DENGAN AKHLAK ISLAM
Satu daripada dasar hidup yang penting yang dibawa oleh Rasulullah SAW.selain dari aqidah dan syariat ialah akhlak. Akhlak Islam merupakan satu disiplin hidup yang berkaitan dengan tingkah laku manusia berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh AllahSWT.
Akhlak terpuji yang perlu diikuti ialah akhlak junjungan kita Nabi Muhammad SAW, yang digambarkan oleh Allah dalam Al Quran surah Al Qalam: 4 , yang bermaksud
" Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang agung"
Ketinggian akhlak adalah melambangkan ketinggian Iman seseorang. Akhlak seseorang itu dicirikan oleh tingkah laku dalam kehidupan bermasyarakat seseorang. Orang tidak sabar, cepat marah, tidak memaafkan orang lain, sombong, riak, takabbur, bercakap besar, dan bersifat mazmumah yang lain adalah mengamalkan akhlak syaitan. Justeru itu kita harus banyak melihat diri kita, mencerminkan diri kita dan bermuhasabah sedalam-dalamnya diri kita, agar kita tidak sentiasa ditipu oleh syaitan yang telah menguasai diri kita.
Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada individu Muslim yang berakhlak mulia sehingga disebut dalam hadis bahawa orang yang dikasihi oleh Rasulullah SAW. Dan akan duduk bersamanya dan para sahabat di hari akhirat ialah orang yang berakhlak mulia.
PERHIASAN MENURUT ISLAM
Manusia memang sukakan perhiasan. Dalam Islam perhiasan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, seperti perhiasan diri, perhiasan harta dan perhiasan anak. Kecantikan rupa paras adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan mahal harganya. Kekayaan dan anak-anak juga menjadi perhiasan dan manusia berusaha memilikinya. Islam tidak melarang manusia lelaki dan manusia perempuan berhias diri selagi tidak melanggar etika perhiasan dalam Islam.
Dalam Islam perhiasan juga bukanlah juga bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk . Apa yang diharuskan ialah sekadar zahirnya sahaja. Seperti Firman Allah yang bermaksud:
"Janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang zahir daripadanya sahaja" An-Nur:30.
Perhiasan yang zahir ialah muka dan tapak tangannya. Jadi lantaran itu jagalah perhiasan yang dipakai oleh anak dan isteri kita supaya tidak berlebih-lebih dan menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan fitnah dan rasa cemburu orang lain melihatnya.
IMAN DAN TUNTUTANNYA DALAM KEHIDUPAN
Iman itu tercipta secara padu daripada tiga perkara utama, iaitu kepercayaan hati, pengakuan lidah dan beramal dengan segala rukun atau perintah. Dengan itu jelaslah bahawa orang yang beriman hendaklah menjadi seorang yang beramal kerana amalnya itu membuktikan imannya.
Kalimah iman adalah merupakan salah satu kalimah yang tidak ditafsirkan kecuali menurut penafsiran yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. Al-Quran menerangkan kalimah iman di sekitar dua pengertian asas, iaitu pertama: iman adalah membenarkan dan kedua: iman dengan makna amal atau beriltizam dengan amal.
Allah SWT menyifatkan bahawa orang yang tidak beriman sepenuhnya dengan hati yang ikhlas dan disusuli dengan amal adalah sifat orang -orang munafiq. Firman-Nya dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud :
"Dan di kalangan manusia itu ada yang mengatakan "Kami beriman dengan Allah dan hari akhirat padahal mereka itu orang-orang yang beriman dan tidaklah mereka menipu melainkan diri mereka sendiri sedangkan mereka tidak sedar."

ILMU MENGANGKAT MARTABAT INSAN

Islam menggalakkan manusia menimba ilmu sebanyak mungkin dan setinggi yang boleh. Islam tidak pernah membawakan antara seseorang individu dengan individu yang lain dalam mempelajari ilmu sama ada dari segi umur, jantina dan keadaan fizikalnya bahkan tidak membataskan tempat belajarnya.
Dalam kita sibuk mempelajari dan mengejar ilmu ada golongan yang mengundur ke belakang tidak mahu malah membenci kepada orang-orang yang mahu mencari ilmu. Firman Allah dalam surah Al-A`raf:179 yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami masukkan ke dalam neraka jahannam itu terdiri dari kalangan jin dan menusia kerana mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat. Mereka itu seperti binatang ternakan bahkan lebih sesat lagi. Mereka inilah orang-orang yang lalai"
MEMAHAMI TUJUAN HIDUP
Jika diteliti dari gaya hidup manusia masa kini jelas menunjukkan kekeliruan dan ketidakfahaman manusia tentang matlamat hidup sebenar kewujudan mereka mereka di bumi Allah ini.
Dunia dan kehidupan kita hanyalah alat untuk sampai ke alam yang kekal iaitu akhirat. Dunia ini tidak lebih dari ladang tempat kita beribadat dan hasilnya akan dituai dan dinikmati di akhirat kelak.
Manusia mempunyai jasad dan roh: mempunyai panca indera yang wajib untuk berhubung dengan alam sekelilingnya, mempunyai nafsu sebagai pendorong untuk memperlengkapkan keperluan hidup dan memelihara keturunannya, mempunyai akal untuk berfikir dan mempunyai hati untuk merasa.`
Namun begitu manusia juga mempunyai kecenderungan untuk turun martabat sampai ke taraf haiwan bahkan lebih rendah dari itu. Firman Allah dalam surah At-Tin :5, yang bermaksud:
"Kemudian Kami turunkan darjat mereka kepada darjat yang paling rendah."

KONSEP BAHAGIA DALAM ISLAM

Aristotles seorang pujangga Yunani pernah mengatakan kebahagian ialah sihat tubuh badan, selesa tempat tinggal dan sejahtera jiwa. Inilah amalan orang-orang yang berpegang kepada falsafah kebahagian hidup. Malah ada yang beranggapan mempunyai banyak harta dan mempunyai anak yang ramai menjadi puncak kebahagian .
Adakah dengan mempunyai harta yang banyak, anak yang ramai, sihat tubuh badan dan beberapa perkara lain itu sudah bahagia?
Berkaitan hal ini Rasulullah SAW menjelaskan dalam hadisnya yang bernaksud:
" Empat perkara yang membahagiakan seseorang iaitu isteri yang soleh (baik), anak-anak yang baik (berbakti), sahabat yang baik dan rezeki terdapat dalam negeri sendiri."
BERITA DAN KEGIATAN MASJID
PROGRAM BAKAR LEMANG BERAMAI-RAMAI
Satu program membakar lemang beramai-ramai akan diadakan sehari sebelum Hari Raya Aidl Adha(6.4.98)di masjid ini.Anak-anak qariah diseru menyumbang beras pulut,dan kelapa.Semua anak qariah juga dijemput menyertai program ini.Sebahagian dari lemang yang dibakar akan disedekahkan kepada keluarga anak yatim dan miskin yang ada dalam qariah ini.Selebihnya akan dibahagikan kepada mereka yang menyertai program ini di samping akan dijadikan jamuan di masjid.
TANGKAI KUNCI DAN T SHIRT MASJID
Tangkai kunci dan Tshirt masjid telah mula dijual hari ini bertujuan mengisi kewangan masjid dan sebagai satu usaha dakwah mengikut pendekatan baru.Pihak masjid juga berharap untuk mengubah trend pemakaian kepada t shirt berjiwa Islam.Yang berminat sila hubungi pejabat masjid.Yang jauh kirim e mail.
Kembali Kehalaman Utama
Untuk melihat buletin keluaran yang lalu.