Terkini !!!
Kemaskini terakhir 15hb.Jan.1998
Masjid Al-Barakah
Tikam Batu

1.More Rusa hari ini(15.1.98)Jemput semua.Hang pun mai la kalau nak makan rusa.Rusa ni kita bawa dari Sungai Siput,Perak.Coming soon next week kita makan kuda.Dah tempah siap.Cubaan nak beli ayam unta(ostrich)gagal kerana harga seekor kira-kira RM10000.00.

2.Program Qiyamullail 10 malam terakhir.Jemput semua.Makan sahur disediakan.

3.MAJLIS PERTEMUAN ANAK PERANTAU Majlis ini bertujuan untuk mempertemukan anak-anak qariah masjid ini yang merantau dan kembali di aidilfitri ini untuk bertemu semuala dengan rakan-rakan.Majlis pertemuan ini diadakan di halaman masjid selepas solat hari raya.Jamuan kuih dan minuman disediakan oleh masjid.Masjid berharap semua anak perantau dan orang ramai akan bersama di majlis berkenaan kerana melalui majlis inilah kelak akan kita dapat bertemu semula dengan semua rakan yang telah berpisah.Majlis akan berjalan selama kira-kira 2 jam.