<1> |
Sabda Nabi s.a.w.:-
- Apabila masuk bulan Syaaban,baikkanlah niatmu
adanya,kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas
kamu.
|
<2> |
Barang siapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban:-
- diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.Dia
akan menjadi taulan nabi Allah Yusof di dalam Syurga.Di beri pahala oleh
Allah seprti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud.Jika dia sempurnakan
puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratlmaut dan
ditolakkan (terlepas) daripada kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripadanya
huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat
dan di wajibkan syurga baginya. (Al-Hadis)
|
<3> |
Barangsiapa berpuasa:-
- Pada awal khamis dibulan Syaaban dan akhir khamis
daripada Syaaban,dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-Hadis) dari kitab
Al-Barokah.
|
<4> |
Berkata Siti Aisyah r.a.:-
|
<5> |
Sabda Nabi s.a.w.
- Syaaban adalah bulan ku dan Ramadhan adalah bulan
umat ku.Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah
menyucikan dosa (jasmani rohani)
|
<6> |
Sabda Nabi s.a.w.:-
- Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan,
siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia berselawat
atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa,maka diampunkan oleh Allah dosanya
yang telah lalu, diberkatkan rezekinya baginya antara lain sabdanya lagi
: Bahawa Allah Taala bukakan pada bulan itu 300 pintu rahmat.
|
<7> |
Sabda Rasulullah s.a.w.:-
- Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan
yang amat banyak dan puasa yang lebih afdal sesudah Ramadhan ialah puasa
bulan Syaaban.
|
<8> |
Sabda Nabi s.a.w.:-
- Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang
lain nya seperti Quran atas segala Qalam.Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan
yang lainnya seperti kelebihan ku atas segala Anbia' (nabi-nabi). Kelebiahan
Ramadhan atas bulan-bulan yang lain nya seperti kelebihan Allah atas sekalian
makluk Nya.
|
<9> |
Keagungan malamnya dengan malam Nisfu-Syaaban
sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk-Mikrajnya dan keagungan
Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya.Maka pada malam Nisfu-Syaaban telah
datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:-Angkat kepala mu ke
langit,itulah malam yang dibukakan pintu langit.
|
<10> |
Sabda Nabi s.a.w:-
Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu
Syaaban maka diampunkandosa segala maklukNya melainkan orang syirik dan
orang yang tiada bertutur dengan saudaranya (Al-Hadis)
|
<11> |
Sabdanya lagi:-
Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah
kamu pada malamnya bersembahyang, dan puasa kamu pada siangnya.Allah berfirman:"Adakah
orang yang meminta ampun Aku ampunkannya,adakah orang yang ditimpa bala
Aku afiatkannya.Adakah orang yang meminta rezeki maka Aku rezekikannya"
demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. (Al-Hadis)
|
<12> |
- Tersebut dalam kitabA-Barokah:- Bahawa jin,burung,binatang-binatang
buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban.
|
<13> |
Tersebut dalam kitab Iq'na:- Bahawa Jibril bersungguh-sungguh
pada malam Nisfu Syaaban
menunaikan segala hajat.Maka datanglah Jibril
kepada Rasullullah s.a.w kali keduanya,katanya:- Ya Muhammad,
gembirakanlah kamu bahawa Allah Taala telah mengampunkan
segala umat mu orang yang tiada mengsekutukanNya sesuatu,angkatkan kepalamu,lalu
Rasullullah pun mengangkatkan kepalanya tiba-tiba
terbuka segala pintu Syurga.
- Dalam riwayat yang lainpula dinyatakan terbuka
segala pintu langit.
- Pada pintu langit pertama Malaikat menyeru kemenangan
bagi orang yang rukuk pada malam ini.
- Pada pintu langit yang kedua Malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang sujud pada malam ini.
- Pada pintu langit yang ketiga Malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang minta doa pada malam ini.
- Pada pintu langit yang keempat Malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang berzikir pada malam ini.
- Pada pintu langit yang kelima Malaikat meyeru
kemenangan bagi orang yang menangis keran takutkan Allah pada malam ini.
- Pada pintu langit yang keenam Malaikat meyeru
kemenangan bagi orang yang mengerjakan amal kebajikan pada malam ini.
- Pada pintu langit yang ketujuh Malaikat menyeru
kemenangan bagi orang yang meminta, maka dikurniakan permintaannya itu
.
- dan pada langit yang kelapan Malaikat menyeru
:- Adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya? Aku bertanya
pada Jibril, sampai bila kah terbukanya semua pintu ini (diterima doanya)
- Jawab Jibril:- Sehingga naik fajar subuh.Dan katanya lagi :-Pada malam
ini dimerdekakan hambaNya yang Mukmin lelaki dan perempuan dari api neraka
sebanyak bulu kambing Bani Kilab.(Bani Kilab di antara orang-orang Arab
yang banyak memelihara kambing).
|
<14.> |
Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Jaelani..... |