H geocities.com /amer2brg/africangrey.html geocities.com/amer2brg/africangrey.html elayed x $J 0 : OK text/html ? : b.H Tue, 27 Mar 2007 02:36:13 GMT Mozilla/4.5 (compatible; HTTrack 3.0x; Windows 98) en, * $J :
African Grey
( Psittacus Erithacus )
Asal
Afrika berhampiran garisan Khatulistiwa
Saiz
Dari 14 16 Inci ( 35 40 cm )
Perbezaan di antara jantina
Tidak ada perbezaan di antara rupa di kedua-dua jantina. Jantan dan betina hanya boleh dikenali oleh orang yang pakar di dalam bidang ini.
Sifat Sosial
African Grey dapat tinggal dengan baik sesama spesisnya tetapi sangat agresif terhadap spesis yang lebih kecil atau lain jenisnya. Jadi adalah tidak munasabah menempatkan spesis tersebut di sangkarnya. Burung ini akan menjadi terlalu jinak jika disuap ( peringkat anak lagi ) atau ditempat berhampiran orang ramai diawal usianya. Satu sifat yang paling nyata bagi burung ini ialah ia akan percaya ( rapat ) dengan hanya seseorang yang dipercayainya. Untuk itu kita hendaklah selalu membelainya. Bagi orang yang tidak dikenalinya ianya akan lebih agresif. Jadi burung ini bukanlah boleh jinak dengan semua orang.
Pembiakan
Burung ini bukannya burung yang senang untuk dibiakkan, apa yang penting ialah suasana damai dan senyap.akan tetapi apa yang paling penting ialah burung itu betul-betul berpasangan. Tunggul kayu berlubang boleh digunakan untuk sarang bertelurnya. Yang mana permukaan depannya antara 12 16 inci dan ketinggian 28 inci. Lubang masuk bergaris pusat 5 inci. Anda boleh hampar habuk gergaji, ranting atau kayu reput boleh dimasukkan kerana burung ini akan menghancurkannya sendiri untuk digunakan sebagai hamparan sarangnya. Biasanya burung ini bertelur di antara 3 hingga 5 biji dan akan dieram oleh burung betina selama lebih kurang 30 hari. Bila usia anak dua atau tiga bulan ianya keluar daripada sarang untuk belajar terbang, akan tetapi ibubapanya akan terus menyuap selama sebulan ataupun lebih lagi
|
|
|