Mukaddimah:
Kelab Ekspedisi, Rekreasi, Promosi & Komunikasi Negeri
Melaka atau singkatannya Team EXPREM telah ditubuhkan
pada tahun 2001 dan telah mendaftar di Pendaftar Pertubuhan pada
tahun 2003 yang mana pendaftaran masih lagi di peringkat
penajaan.
Sebelum ini Team EXPREM berjalan di bawah naungan
Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Jasin, Kelab
Media Massa Melaka (KEMM) dan dibantu serta disokong oleh
Unit Promosi Pelancongan Negeri Melaka dan juga Jabatan Belia
dan Sukan Negeri Melaka.
Objektif utama Team EXPREM ini ialah untuk memberi
tumpuan kepada golongan
sasaran seperti belia, pelajar sekolah serta penduduk luar
bandar bagi menarik mereka
untuk datang ke Melaka dan menghabiskam cuti di negeri ini
termasuk bermalam di
Melaka sebagaimana sasaran kerajaan negeri Melaka.
Sembilan sektor pelancongan yang disediakan di Melaka akan
dipromosikan
kepada golongan sasaran dan disamping itu Team EXPREM
juga bercadang untuk membantu
produk perniagaan yang dikeluarkan di negeri ini supaya dapat
dipromosikan kepada
golongan sasaran.
Insyaallah dengan kerjasama dari semua pihak termasuk kerajaan
negeri Melaka,
syarikat swasta, badan korporat dan individu di Melaka,
ekspedisi ini akan dapat dijalankan
dengan baik dan mencapai matlamatnya.
Objektif:
-
Team
EXPREM ini bertujuan untuk rnembantu Kerajaan negeri Melaka
melaksanakan promosi pelancongan negeri Melaka 2001 sepertimana
yang dijalankan o!eh Festival Pelancongan Melaka 2001.
-
Memberi peluang kepada golongan belia untuk sama-sama menyahut
seruan kerajaan negeri supaya menggalakkan orang ramai supaya
menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan menarik.
-
Memperkenalkan
sembilan produk pelancongan di negeri Melaka kepada
golongan di peringkat belia, pelajar serta orang
luar bandar.
-
Merapatkan hubungan antara persatuan belia di negeri ini dan
juga belia di
negeri yang dilawati.
-
Memberi
pendedahan kepada golongan belia untuk sama-sama berkorban
dengan memberi komitmen kepada kerajaan negeri yang berhasrat
terus
menggalakkan pelancongan domestik.
-
Menarik
perhatian orang ramai terutamanya di negeri yang dilawati dengan
konvoi yang lebih menjelaskan destinasi pelacongan Melaka.
-
Melatih
golongan belia supaya menjadi pemandu berhemah melalui
ekspedisi ini.
-
Memberi
pengetahuan kepada golongan belia supaya sentiasa mematuhi
peraturan jalanraya apabila menyertai sesuatu konvoi.
-
Mengelakkan belia dari terbabit dengan gejala perlumbaan haram.
-
Menjadikan
aktiviti ini sebabagian dari kalendar pelancongan
Melaka
yang selaras dengan festival pelancongan Melaka.
Cara
Ekspedisi ini dilaksanakan:
Mengadakan konvoi ke negeri-negeri di serata Malaysia untuk
mempromosikan Melaka. Team
EXPREM akan membawa surat jemputan dari kerajaan negeri
untuk
menjemput seluruh rakyat di negeri yang dilawati untuk melawat
Melaka
. Surat
jemputan itu akan diserahkan kepada pemimpin negeri, pemimpin
belia
serta pemimpin-pemimpin di setiap peringkat.
Laluan
Ekspedisi:
Peserta ekspedisi akan melalui jalan-jalan kampung serta
bandar-bandar utama
untuk mengedarkan risalah mengenai sembilan produk pelancongan
di negeri Melaka
kepada masyarakat setempat.
Peserta ekspdisi juga akan mengadakan pelbagai program yang akan
disusun
oleh pemimpin di kawasan yang dilawati seperti perlawanan
bolasepak persahabatan
serta majlis makan malam atau makan tengahari.
Laluan serta daerah yang akan dilawat akan dikemukan kemudian
selepas ahli
jawatankuasa menghantar skuad peninjau ke negeri terbabit
sekurang-kurangnya 21 hari
sebelum ekspedisi dilaksanakan.
Keselamatan:
Untuk memastikan keselamatan semua peserta terjamin, anggota
polis trafik dari
seluruh negeri akan diminta memberi kerjasama mengiringi
sepanjang perjalanan peserta ekspedisi
disamping penganjur akan melantik empat kenderaan Marshall
beserta mekanik untuk memastikan keselamatan peserta dan juga
kenderaan.
Surat akan dihantar kepada cawangan Polis Trafik Bukit Aman dan
Ibu Pejabat
Kontijen serta Ibu Pejabat Polis Daerah untuk meminta kerjasama
menjadi juruiring peserta
ekspedisi.
Pembabitan
Peserta:
Terbuka kepada semua pemilik kenderaan dan kepada sesiapa sahaja
yang berminat. Team EXPREM mengamalkan dasar siapa
cepat dia dapat.
Setiap program akan membabitkan pelbagai golongan baik tua, muda,
belia dan sebagainya.
Sumber
Kewangan:
-
Mendapatkan peruntukan dari Jabatan Belia dan Sukan
Negeri Melaka.
-
Sumber kewangan juga akan cuba didapatkan dan Unit Promosi
Pelancongi Negeri Melaka.
-
Peruntukan Ketua Menteri, Exco dan Wakil Rakyat juga akan cuba
diperolehi.
-
Yuran pendaftaran peserta.
-
Sumbangan dari syarikat swasta, badan korporat dan individu.
-
Bayaran dari syarikat swasta yang mahukan produk pelancongan
atau
produk masing-masing dipromosikan sepanjang
ekspedisi ini.
-
Akaun
Team EXPREM akan dibuka di bank tempatan dan nombor
akaunnya akan
disertakan sebaik sebaik sahaja permohonan Pertubuhan Persatuan
diluluskan.
|